Pelaksanaan Kurikulum Secara Stand Alone atau Interdisiplinary
Oleh Muhaimi Suhaili
Penyampaian kurikulum secara modular dan interdisiplinary
Kamus Cambridge mendefinisikan modular ialah perihal menerangkan kaedah pembuatan iaitu sesuatu proses dipisahkan kepada bahagian yang boleh dilakukan dalam susunan yang berbeza atau di tempat yang berbeza.
Dalam pembelajaran bahasa, pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul (BPK, 2016).
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KPPB pula, modular ialah pembelajaran yang merujuk kepada kursus-kursus yang tidak bergabung atau melaksanakan interdisiplinary atau yang bersifat stand alone atau berdiri sendiri.

Elemen Interdisiplinary dalam Pembelajaran Berasaskan Projek di sekolah
Dalam konteks sekolah, Pembelajaran Berasaskan Projek ada dilaksanakan secara interdisiplinary. Cumanya tidak disebut perkataan interdisiplinary itu.
Contohnya, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP), menghasilkan Jet Terbang bagi Tahun 5 dengan menggabungkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.
Contohnya melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) pelajar menghasilkan satu projek.
Mata Pelajaran RBT: Bagi mata pelajaran RBT, murid akan menghasilkan reka bentuk Jet Terbang.
Mata Pelajaran Matematik: Dalam mata pelajaran Matematik pula, murid akan menggunakan ilmu matematik untuk membuat sebarang aktiviti pengiraan seperti kos yang dikeluarkan atau pengiraan yang melibatkan ujian-ujian tertentu tentang Jet Terbang mereka.
Mata Pelajaran Sains: Mata pelajaran Sains pula akan melihat dari aspek hubungan jisim dengan kelajuan Jet Terbang atau seumpama dengannya yang berkaitan dengan pergerakan.
Mata Pelajaran Bahasa Melayu: Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pula, murid diuji kemahiran komunikasi mereka melalui pembentangan projek Jet Terbang tersebut.
Satu tugasan tersebut telah mencapai empat projek yang dihasratkan menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna.
Guru bagi setiap mata pelajaran akan menilai tugasan berdasarkan kriteria dalam rubrik bagi mata pelajaran masing-masing.

Gambar: Murid-murid SK Teluk Kemang, Negeri Sembilan sedang membuat Showcase Projek Bot Stim dan Projek Jet Terbang
Apabila pelajar dapat melaksanakan projek yang dihasilkan melalui pengintegrasian disiplin pelbagai mata pelajaran, mereka akan melalui proses pembelajaran bermakna.
Video Iklan: Projek Eid oleh Axiata Celcom ialah satu idea ke arah transformasi Pembelajaran Berasaskan Projek di sekolah ke arah pembelajaran bermakna
Pembelajaran Bersepadu dalam Kurikulum Persekolahan 2027
Melalui kurikulum persekolahan 2027 juga turut menekankan pembelajaran yang akan mengintegrasikan pelbagai disiiplin secara berpakej yang dikenali sebagai transdisiplin melalui Pembelajaran Bersepadu.
Di IPG, pelajar telah didedahkan dengan konsep interdisiplinary bagi menyediakan mereka dalam melaksanakan Kurikulum persekolahan 2027.
Bagi konteks IPGM, interdisiplinary pula ialah merujuk kepada kursus-kursus yang bergabung untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dalam mana-mana aktiviti pembelajaran yang bersesuaian seperti kuliah, tutorial atau pentaksiran berterusan.
Pelaksanaan kursus-kursus secara interdisiplinary di IPG merupakan salah satu daripada elemen yang paling unik dalam KPPB yang tidak dilaksanakan oleh mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Di IPG, pelaksanaan penyampaian kurikulum menggunakan kedua-dua kaedah ini.
Dengan perkataan lain, IPG melaksanakan kaedah modular apabila sesuatu kursus itu tidak digabungkan atas sebab-sebab tertentu, atau digabungkan apabila didapati kursus ini sesuai dilaksanakan dengan kaedah interdisiplinary.
Sama ada sesuatu kursus itu dilaksanakan secara stand alone atau interdisiplinary, kedua-dua kaedah penyampaian kurikulum ini hendaklah melalui proses KPPB berdasarkan Modul KPPB (IPGM, 2020).
