Portfolio

KPPB: Membentuk Konsep Mikro dan Makro

KPPB: Membentuk Konsep Mikro dan Makro

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Takrifan Pengetahuan/fakta

Pengetahuan ialah fakta, maklumat atau pernyataan tentang tajuk-tajuk yang perlu diketahui dan dikuliahkan.

Pendek kata, pengetahuan ialah perkara yang perlu kita tahu maklumatnya yang bersifat fakta. 

“Pengetahuan” (Bloom, 1956), ialah perkara yang perlu kita tahu dan ingat - dan apabila ingat, merujuk kepada “mengingat” iaitu aras C1 (Bloom, 2001).

Pendek kata, pengetahuan ini aras yang paling rendah. 

 

Di manakah pengetahuan/fakta diperoleh?

Pengetahuan/ fakta diperoleh daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam HPK/CLO yang telah ditentukan.

Contoh pengetahuan/fakta yang diambil daripada beberapa kursus seperti di bawah.

  • Jenis-jenis ayat
  • Ayat aktif dan ayat pasif
  • Operasi tambah, operasi tolak
  • Teori behaviorisme
  • Teori Maslow
  • Masyarakat madani

 

Takrifan Konsep

Konsep ialah sesuatu idea yang dihasilkan  berdasarkan pengetahuan atau fakta yang terdapat dalam tajuk yang murid atau pelajar akan pelajari.

Sesuatu pengetahuan/fakta tidak akan bermakna kalau tidak dipindahkan dalam bentuk konsep.

Fakta akan menjadi fakta, jadi apa maknanya? (so what?)

Di mana hendak mendapatkan konsep?

Konsep diperoleh di sebalik fakta yang dipelajari atau diketahui itu.

Dengan perkataan lain, fikirkan bagaimana di sebalik pengetahuan atau fakta yang dipelajari tersebut dapat memberi makna dalam kehidupan.

Ciptakan satu-satu konsep berdasarkan pengetahuan yang dipelajari.

Pengetahuan atau fakta itu seperti isi tersurat manakala konsep pula diibaratkan sebagai isi tersirat.

Dengan kata lain, konsep diperoleh daripada pengetahuan atau fakta.

 

Mengapakah pengetahuan/fakta perlu ditukar kepada konsep?

Seperti mana yang dinyatakan tadi bahawa sesuatu pengetahuan/fakta tidak akan bermakna kalau tidak dipindahkan dalam bentuk konsep.

1. Menjadi panduan dan hala tuju atau idea utama atau "wawasan besar" tindakan kita menjadikan konsep itu direalitikan. Pengetahuan itu hanya dapat direaliti dengan adanya konsep.

2. Membentuk pula satu TBI berdasarkan konsep-konsep mikro dan makro itu.

Contoh: Masyarakat Madani

Konsep-konsep: Kaitkan dengan digital, kaitkan guru, negara, inovasi dan ketamadunan bangsa dll

TBI: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara  Madani

 

Pengetahuan/ fakta kepada konsep

Seperti mana yang ditegaskan, fakta/pengetahuan yang kita peroleh akan lebih bermakna kalau kita pindahkan kepada konsep yang memberi manfaat dalam kehidupan.

Jika tidak, pengetahuan hanyalah tinggal pengetahuan semata-mata.

Mungkin semua orang “tahu” tentang ayat aktif dan ayat pasif, dan teori tarikan graviti. Apa maknanya?

Contoh lain, semua orang tahu bahawa dalam Sejarah Melayu, yang Hang Tuah setia kepada Sultan dan Hang Jebat pula menderhaka kepada Sultan. Itu ialah fakta atau pengetahuan yang kita peroleh. Akan tetapi apakah makna di sebalik itu?

Gambar hiasan: Hang Tuang (Sumber: Harian Berkat)

Akan tetapi kalau pengetahuan atau fakta itu iaitu peristiwa “Hang Jebat menderhaka kepada Sultan” dipindahkan ke dalam bentuk konsep maka wujudlah idea-idea atau persoalan tentang konsep “kebenaran adalah satu hak” atau konsep bahawa “Hang Jebatlah hero sebenar pahlawan Melayu”. 

 

Untuk konsep “kebenaran adalah satu hak”,  dalam konteks kehidupan yang sebenarnya, kita perlu menyatakan kebenaran walaupun pahit tetapi dengan cara bijaksana dan dapat diterima. Dalam konteks kehidupan kita, bagaimana hendak direalitikan?

Konsep atau idea-idea baharu inilah yang perlu dijelmakan di sebalik pengetahuan atau fakta yang dipelajari berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam RMK atau MK itu.

Aktiviti ini memang aktiviti ‘pecah kepala’ tetapi membawa kita memahami lebih mendalam tentang falsafah di sebalik kursus yang kita ajar.

 

Gambar hiasan: Hang Jebat (Sumber: JantungMelayu.co)

 

Bagaimana menemukan konsep mikro dan makro

Daripada pengetahuan/tajuk,  cari konsep-konsep kecil yang dicetuskan daripada pengetahuan/fakta berdasarkan  tajuk-tajuk dalam RMK atau MK tersebut. Konsep-konsep kecil itu dinamakan konsep mikro.

Daripada brainstorming konsep daripada idea-idea kecil itu pula, kita boleh fikirkan satu garapan yang membentuk konsep baharu yang lebih besar dan meluas dimensinya yang tercakup dalam konsep-konsep kecil itu tadi. Itu kita namakan sebagai konsep makro. Konsep ini akan lebih bermakna hingga peringkat mega.

Kalau kita melihat cakupan persekitaran fizikal, konsep mikro itu berada di sekitar individu dan bilik darjah manakala konsep makro pula cakupan meliputi organisasi-organisasi yang terlibat. 

Malah boleh diperluas di peringkat mega iaitu hingga peringkat dunia dan komuniti.

Konklusinya, pengetahuan ialah yang kita tahu dalam bentuk fakta, manakala konsep pula ialah apa yang kita “maknakan” berdasarkan fakta atau pengetahuan yang pelajar pelajari yang berbentuk perkataan, frasa atau klausa. 

SUMBER TENTANG KPPB YANG BOLEH DIRUJUK:

Anda boleh memperoleh templat merungkai dan merangkai, serta beberapa panduan tersebut melalui pautan di bawah ini. 

Anda juga boleh memperoleh kedua-dua templat tersebut seperti di bawah serta maklumat yang boleh dijadikan panduan seperti pautan di bawah ini.

 

Selain itu, Puan Mimma Sayuti juga ada berkongsi dengan kita tatacara tentang menghasilkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) melalui pautan penulisan beliau seperti di bawah.

Panduan DLO-KPPB IPGM sebagai bahan bacaan tambahan dan panduan seperti pautan di bawah.

Selain itu, buku khusus untuk OPD KPPB telah dikeluarkan. 

Panduan lengkap boleh merujuk buku tersebut malah telah diterbit yang dihasilkan oleh Task Force.

Date

03 Ogos 2024

Tags

KPPB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini243
Semalam340
Minggu Ini583
Bulan Ini7068
Jumlah Pelawat193045

Who Is Online

2
Online

2024-10-22