Rentak Kita

KIK EDEBEB IPGM Kampus Raja Melewar perlu Menyediakan Standard Inovasi untuk Pengamal Inovasi

KIK EDEBEB IPGM Kampus Raja Melewar perlu Menyediakan Standard Inovasi untuk Pengamal Inovasi

 

Oleh Muhaimi Suhaili

KUMPULAN Inovasi dan Kreativiti (KIK) EDEBEB dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar perlu menyediakan satu standard tentang tatacara dan kriteria  penghasilan inovasi yang boleh dimanfaatkan dan diguna pakai oleh mana-mana pengamal inovasi.

 

Gambar: Encik Ismail Rosdi

Demikian dinyatakan oleh Encik Ismail Rosdi, Head - Design Policy & Advisory Division, Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) ketika membuat verifikasi produk inovasi e-EDEBEB yang telah dihasilkan oleh kumpulan tersebut sempena lawatan penanda aras ke MRM.

Menurut beliau, selain telah didaftarkan sebagai harta intelek, fokus tindakan berikutnya ialah penyediaan standard dalam menghasilkan inovasi yang boleh menjadi rujukan kepada mana-mana pihak terutamanya dalam bidang pendidikan sama ada  di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.

Gambar: Sesi maklum balas dan verifikasi sedang dilaksanakan.

“e-EDEBEB merupakan produk inovasi yang mudah difahami, praktikal dan sesuai digunakan oleh murid-murid yang mengambil mata pelajaran RBT atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menghasilkan inovasi” katanya.

Beliau turut menekankan aspek gaya laporan inovasi yang mementingkan layout muka teks dan infografik yang bersesuaian agar mesra mata bagi menimbulkan nilai impression yang tinggi.

Gambar: Sesi brainstorming dalam kalangan ahli EDEBEB.

Tambahnya, aspek penilaian terhadap keberkesanan sesuatu inovasi yang dihasilkan sangat penting tetapi aspek pemantauan atau maklum balas selepas enam bulan hingga setahun juga perlu diambil kira untuk melihat sejauh manakah impak inovasi selepas digunakan dalam tempoh tersebut.

“Ahli-ahli EDEBEB ialah subject matter expert dalam bidang masing-masing dan pengesahan oleh pihak yang berwenang akan menjadi nilai tambah kepada produk e-EDEBEB ini” ujarnya.

Gambar: Ahli EDEBEB mendengar taklimat daripada Encik Ismail Rosdi ketika berada di bahagian Design Exhibit

Melalui lawatan itu juga, para ahli EDEBEB dapat memahami fungsi MRM dalam mendidik industri tentang kepentingan pengurusan reka bentuk yang berkualiti dan berkesan, dalam pembuatan produk, untuk bersaing dalam pasaran terbuka.

Selain itu, dapat membuka ruang masa depan inovasi dan reka bentuk daripada MRM dalam menerajui program di negara ini ke arah meningkatkan kepakaran, keupayaan dan piawaian reka bentuk industri.

Gambar: MRM juga turut membuat showcase tempat imej 3D dihasilkan melalui pencetak khas.

Hasil daripada lawatan tersebut juga, IPGM Kampus Raja Melewar berhasrat menyediakan suatu lokasi di Pusat Sumber di kampus untuk membina Galeri Inovasi dengan meminta pandangan dan konsultansi dari aspek reka bentuk galeri yang akan dihasilkan itu daripada Encik Ismail Rosdi.

Lawatan selama dua hari yang dilaksanakan dari 9 hingga 10 Mei 2024 itu membentangkan laporan inovasi kumpulan e-EDEBEB pada hari pertama.

Pada hari kedua pula ialah pembentangan produk inovasi laman web e-EDEBEB.

Gambar: Ahli-ahli EDEBEB ketika berada di ruang ligar MRM

Kedua-duanya dibentangkan oleh Encik Muhaimi Suhaili selaku Ketua Kumpulan yang mewakili ahli-ahli yang lain.

Gambar: Encik Muhaimi Suhaili ketika membuat pembentangan, manakala di sebelah kanan ialah Dr. Noziati binti Borhan.

Aktiviti tersebut sebahagian daripada usaha kumpulan EDEBEB untuk memperkasakan produk inovasi dari perspektif industri dalam satu-satu penghasilan produk serta persediaan dengan Program Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 iaitu program kolaboratif antara IPGM Kampus Raja Melewar dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu.

Gambar: Bersama-sama dengan Encik Ismail Rosdi (Dua dari kanan)

Projek TUKESMIP 2024 nanti akan melibatkan 60 orang guru sekolah rendah di daerah Jelebu yang akan menggunakan kaedah e-EDEBEB ini.

*****

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini128
Semalam297
Minggu Ini1518
Bulan Ini5738
Jumlah Pelawat191715

Who Is Online

1
Online

2024-10-18