Oleh Muhaimi Suhaili
MEMANG tidak masuk akal.
Kisah ini hanyalah sebuah drama yang bertajuk Winter Sonata tetapi sudah berjaya mengangkat Pulau Nami menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia.
Tidak ada yang lebih bermakna tentang Winter Sonata apabila ungkapan ini menjadi tagline drama ini: “Rumah yang tercantik dibina dalam hati orang yang paling dicintai.”
Drama hebat Korea ini sama hebatnya dengan drama lain seperti Autumn in My Heart (2000), Taejo Wang Geon (2001), Stairway of Heaven (2003) dan Full House (2004) yang kekal ketika itu.
Drama Korea sering dirujuk sebagai K-drama.
Mula menunjukkan penampilannya pada awal 1960-an, dengan populariti antarabangsa meningkat pada 1990-an dan awal 2000-an, khususnya di Asia Timur, dan kemudian tersebar ke seluruh dunia.
Penerbitan awal drama Korea bermula pada awal 1960-an yang mula ditonton di dalam negara sahaja sebelum berjinak di arena global.
Begitupun, pada tahun 1990-an berlakunya Kebangkitan Gelombang Korea apabila beberapa dramanya mula mencapai populariti antarabangsa yang ketara, terutamanya di China dan Jepun.
Tidak ada yang lebih bermakna tentang Winter Sonata apabila ungkapan ini menjadi tagline drama ini: “Rumah yang tercantik dibina dalam hati orang yang paling dicintai.”
Pada awal tahun 2000-an pula berlakunya peringkat Peluasan Global dengan menyaksikan kemunculan drama Korea terkenal yang mendapat pengiktirafan dunia.
Antaranya, Winter Sonata sendiri dan Jewel in the Palace yang sangat popular di Asia Timur, Asia Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika.
K-Drama ini seterusnya menunjukkan momentum yang konsisten dalam fasa Pertumbuhan Berterusan dengan kemunculan drama-drama lain seperti Crash Landing on You dan Squid Game yang turut mencapai kejayaan global.Akan tetapi, drama Winter Sonata benar-benar menjadi satu fenomena hingga berjaya memperkenalkan Korea Selatan amnya, dan Pulau Nami khususnya.
Selepas tayangan Winter Sonata, jumlah pelancong dari China meningkat lebih-lebih lagi dari Jepun yang menunjukkan tsunami pelancong yang datang secara mendadak.
Hal ini mungkin juga disebabkan oleh watak utamanya yang dikatakan pernah tinggal di Jepun pada fasa “menghilangkan diri” seperti naratif dalam drama ini.
Oleh sebab keterujaan tersebut, pengunjung benar-benar ingin menyaksikan dengan mata kepala sendiri tentang lokasi penggambaran filem tersebut, tempat bermulanya kisah percintaan.
Kini 23 tahun sudah berlalu tetapi Generasi X dan Generasi Y awal ketika itu, kini telah mula mengutip dan menjejaki kisah-kisah permulaan percintaan di pulau ini seperti benar-benar berlaku di alam realiti.
Winter Sonata dibintangi oleh Bae Yong-jun, Choi Ji-woo, Park Yong-ha, Park Sol-mi, Lee Hye-eun dan lain-lain.
Pulau yang tak ubah berbentuk cawan ini dipacak di kawasan tanah yang keluasannya ialah 430,000 m 2 (0.17 batu persegi) dan diameter kira-kira 4 km (2.5 batu).
Kini, Pulau Nami, menjadi destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.
Kini 23 tahun sudah berlalu tetapi Generasi X dan Generasi Y awal ketika itu, kini telah mula mengutip dan menjejaki kisah-kisah permulaan percintaan ini semula seperti benar-benar di alam realiti.
Pulau yang dikatakan juga berbentuk separa bulan ini terletak di Chuncheon, Wilayah Gangwon, Korea Selatan, di tengah-tengah Sungai Han.
Jaraknya ialah kira-kira 60 kilometer di timur Seoul.
Cara untuk ke sana ialah menaiki kereta api ITX-Cheongchun dari Stesen Yongsan atau Cheongnyangni ke Stesen Gapyeong, diikuti dengan perjalanan pendek menaiki teksi atau bas ulang-alik ke terminal feri.
Perjalanan feri dari terminal ke Pulau Nami mengambil masa lebih kurang 5 minit.
Namiseom atau Pulau Nami ini ialah rumah kepada Republik Naminara, negara mikro yang diisytiharkan sendiri yang digambarkan sebagai "destinasi pelancongan yang menyokong konsep negara."
Pulau yang berada di daratan ini, mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Nama pulau ini berasal daripada Jeneral Nami (Nam-Yi), yang meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas dituduh secara palsu melakukan pengkhianatan semasa pemerintahan Raja Yejong (1468–1470), raja kelapan dinasti Joseon di Korea.
Ini bukan tentang sebuah pulau yang cantik dan indah tetapi tentang sebuah drama yang menjadi kegilaan para penonton sama ada yang tua mahupun muda.
Oleh sebab kegilaan yang melampau tentang drama ini, Pulau Nami turut terpalit sama.
Pengunjung kebanyakannya teruja untuk mengimbas nostalgia tentang memori kisah cinta yang bermula di sebuah pulau bertuah ini.
Drama yang diterbitkan pada tahun 2002 tersebut merupakan kemuncak industri hiburan Korea yang sudah mula menerobos sempadan dunia.
“Ini bukan tentang sebuah pulau yang cantik dan indah tetapi tentang sebuah drama yang menarik perhatian penonton ketika itu sama ada yang tua mahupun muda”.
Seluruh bahagian drama ini tiada siapa yang boleh disampaikan dengan mudah.
Bahagian permulaan, atau bahagian perkembangan cerita, mahupun pada fasa peleraian memang sukar dijangkakan.
Apapun, Korea Selatan memang berjaya menjual namanya melalui industri hiburan.
Seorang pembentang dalam satu seminar pernah mengatakan bahawa Korea Selatan melonjakkan industri pelancongan mereka melalui industri hiburan dengan memperkenalkan budaya K-Pop dan K-Drama.
Walaupun kepopularitian Pulau Nami dibayangi oleh Winter Sonata , tetapi tempat ini memang cantik dan indah.
Kesegaran pulau ini sama segarnya dengan cerita Winter Sonata .
Dengan kata lain, kedua-duanya sama hebat.
Walaupun tidak berkunjung pada musim salji atau bunga, bunga-bunga yang sudah gugur dan kering tetap mempesonakan pengunjung.
Anda sepatutnya pergi ke sini untuk menyaksikan sendiri.
*****