Rentak Kita

Program Sekolah Pengajar IPG Kampus Raja Melewar Dijangka Dilaksanakan di SK Tekir, pada Bulan April

Oleh Muhaimi Suhaili

Program Sekolah Pengajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar dijangka akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekir, Labu, Negeri Sembilan pada bulan April.

Demikian diputuskan dalam sesi perbincangan Kunjung Bantu bagi Program Sekolah Pengajar iaitu kerjasama IPG Kampus Raja Melewar dengan SK Tekir, hari ini.

IPG Kampus Raja Melewar diwakili oleh Dr Hjh Noziati Hj Borhan, Encik Mohd Izan Hj Yusop, Cik Norazian Jaafar dan Encik Muhaimi Suhaili.

Pelaksanaan Program Sekolah Pengajar IPGM berkonsepkan hubungan kerjasama dengan pihak sekolah  dalam semua aspek pendidikan iaitu memanfaatkan perkongsian ilmu secara dua hala.

SK Tekir ialah salah sebuah sekolah yang dipilih dalam Program Sekolah Pengajar oleh IPG Kampus Raja Melewar.

Melalui program ini, IPG Kampus Raja Melewar telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau pelaksanaannya selaras dengan tujuan Program Sekolah Pengajar.

Kunjung bantu itu diisi dengan aktiviti perbincangan dan sumbang saran tentang isu-isu yang dikenal pasti dan cadangan beberapa strategi yang sesuai dilaksanakan.

Sebelum itu, rombongan telah mendengar taklimat daripada Puan Dasmah binti Mamat, Guru Besar SK Tekir.

Selepas itu, Dr. Hjh Noziati Hj Borhan, Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, selaku koordinator turut berkongsi konsep Sekolah Pengajar dan peranan IPG Kampus Raja Melawar dalam melaksanakan program ini.

Menurutnya, pelaksanaan program ini sesuai dengan peranan IPG sebagai pusat kecemerlangan pedagogi serta matlamat Sekolah Pengajar yang menjadikan sekolah sebagai makmal pendidikan membantu bagi menyelesaikan isu serta cabaran pendidikan setempat.

Encik Mohd Izan Hj Yusop, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu juga berkongsi pengalaman pelaksanaan program seumpama itu di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan.

Katanya, program ini diharap akan dapat membawa hala tuju dan aspirasi semua pihak termasuklah sekolah, IPG, PPD Seremban, komuniti orang asli, pelajar malah sistem pendidikan secara keseluruhannya.

Encik Muhaimi Suhaili, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu turut memberi maklumat tentang operasi program ini dan perancangan pelaksanaan yang melibatkan pensyarah serta pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang mengambil kursus BMMB1124 Literasi Bahasa dan BMMB1134 Keterampilan Berbahasa.

Menurutnya, pelaksanaannya adalah berdasarkan modul khas yang dibangunkan sesuai dengan aspirasi, minat, persekitaran  mengambil kira budaya masyarakat orang asli.

Turut hadir ialah Encik Amran bin Bakar; Pegawai Sisc+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Encik Zamzuri bin Zainal Abidin; Penolong Kanan 1, dan Puan Priyatharisini a/p Jeyabalan; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Seramai 102 orang murid orang asli bersekolah di SK Tekir manakala 12 orang guru yang berkhidmat di sini.

Jarak dari IPG Kampus Raja Melewar ke sekolah ialah 22 kilometer dengan perjalanan selama lebih kurang 30 minit.

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini196
Semalam458
Minggu Ini3165
Bulan Ini4181
Jumlah Pelawat245910

Who Is Online

13
Online

2025-03-09