Rentak Kita

Showcase KPPB IPGKRM - Pembelajaran Digital Pemacu Sistem Pendidikan Negara

Showcase KPPB IPGKRM - Pembelajaran Digital Pemacu Sistem Pendidikan Negara

 

Oleh Syazreen Nuraizura binti Mazalan & Nurliyana Najwa binti Mahadi (Pelajar PISMP BM1, Jun 2022/27)

 

DENGAN bertemakan “Pembelajaran Digital Pemacu Sistem Pendidikan Negara”, Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) telah sempurna diadakan pada 30 November 2023 secara dalam talian melalui platform Google Meet.

Showcase peringkat IPGKRM ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, mewakili Pengarah,  anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKRM bagi Semester 1, 2023, yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2022/27.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata KPPB telah bergerak laju dan pantas dalam memperlihatkan pembelajaran itu sebagai satu perspektif yang lebih meluas skopnya menyebabkan impak yang diperoleh akan bersifat menyeluruh dan berkesan. 

Beliau juga berharap agar setiap pensyarah dan pelajar dapat menjiwai KPPB ini dengan lebih mendalam terutama dari aspek merungkai bagi memperoleh aspek clarity atau kejelasan. 

“Pelaksanaan KPPB di IPG dan di sekolah-sekolah merupakan satu proses pembudayaan amalan pedagogi yang terbaik dalam usaha merevolusikan pendidikan ke peringkat global melalui pelbagai platform terutamanya pembelajaran secara digital”, katanya.

 

Gambar: En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

 Sebanyak lima jabatan yang membuat pembentangan iaitu terdiri daripada Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Sains Sosial, Unit Kokurikulum dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. 

Majlis telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, Ahmad Irsyaduddin bin Khairuddin, diikuti dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa oleh Muhammad Harizh Iman bin Chairil Anwar sebelum ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah IPGKRM.

Gambar: Ahmad Irsyaduddin bin Khairuddin, selaku pengacara majlis.

Pembentangan Sesi 1 dimulakan pada pukul 9.30 pagi oleh Jabatan Pengajian Melayu. 

Moderator pada sesi pertama ini dikendalikan oleh Siti Nur Amira binti Mohd Ali.

Gambar: Siti Nur Amira binti Mohd Ali selaku moderator sesi pertama.

Sesi pembentangan ini disampaikan oleh pelajar unit BMMB berdasarkan The Big Idea  (TBI) mereka iaitu Keunikan Budaya Asas Pembinaan Bangsa.

 

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Pengajian Melayu (KPPB - Pelajar)

Terdapat dua kursus yang dilaksanakan secara interdisciplinary ini. Antaranya ialah Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMMB3183) dan Pengajian Kesusasteraan Bahasa Melayu (BMMB3193). 

Pembentang berkongsi pengalaman mereka melalui aktiviti pembelajaran di luar dan sesi temubual bersama orang awam di Bukit Bendera, Pulau Pinang. 

Antara produk yang telah mereka hasilkan ialah buku cerita binatang dan Kamishibai

Hasilnya, mereka menjadi lebih mahir dalam kemahiran digital serta kemahiran komunikasi.

Berdasarkan aspek pembentangan, ahli panel mencadangkan agar mereka meletakkan pautan video penghasilan Kamishibai agar lebih mudah difahami oleh penonton. 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan wakil pelajar PPISMP daripada Jabatan Ilmu Pendidikan dengan TBI Guru Hebat Pemangkin Pembelajaran Bermakna. 

 

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Ilmu Pendidikan (KPPB - Pelajar)

Kursus yang dibentangkan adalah secara interdisciplinary iaitu Kemahiran Hidup Praktik Untuk Pendidik Awal Kanak-kanak (PAKK1112) dan Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK1084). 

Para pelajar berkongsi tentang pengalaman pembelajaran mereka dalam aktiviti kemahiran hidup seperti menjahit, menanam dan sebagainya yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Ilmu Pendidikan (KPPB - Pelajar)

Antara produk yang telah mereka hasilkan adalah seperti dompet, apron, sarung telefon bimbit dan sebagainya.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan oleh wakil pelajar PISMP daripada Jabatan Sains Sosial dengan TBI Legasi Ekspresi Seni Visual

Kursus ini dijalankan secara stand alone iaitu Asas Menggambar (PSVK3423) dan Asas Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSVK3413). 

Pembentang berkongsi pengalaman pembelajaran mereka melalui aktiviti di luar dan membuat lawatan di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. 

Selain itu, pelajar dapat menimba pengalaman berdasarkan aktiviti luar yang dijalankan.

Hasilnya, pelajar dapat menghasilkan lukisan-lukisan yang kreatif dan menarik. 

Sesi 2

Untuk Sesi kedua pula, moderator yang mengendalikan sesi ialah Nurul Natasha Alia binti Mat Yusof.

Gambar: Nurul Natasha Alia binti Mat Yusof selaku moderator sesi kedua.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan oleh wakil pelajar PISMP iaitu Dhanya A/P Kanan daripada Unit Kokurikulum dengan TBI Kemahiran Kendiri, Survival Kehidupan Individu.

Gambar : Pembentangan daripada Unit Kokurikulum ( KPPB - Pelajar ) 

Terdapat enam kursus yang dilaksanakan secara interdisciplinary ini. Pembentang berkongsi pengalaman pembelajaran mereka ketika melakukan aktiviti perkhemahan yang menekankan konsep kesukarelawanan, kemahiran asas dan pengurusan pentadbiran pasukan. 

Selain itu, aktiviti yang telah dihasilkan ialah para pelajar dapat mempelajari kemahiran menjahit, memasak secara tradisional dan teknik ikatan untuk dijadikan sebagai gajet seperti rak kasut. 

Ahli panel juga turut mencadangkan agar kemahiran kendiri kehidupan ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian dan bukanlah sekadar ketika melakukan aktiviti perkhemahan sahaja. 

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan oleh wakil pelajar PPISMP daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan TBI Keperibadian Rasulullah SAW dalam Pembentukan Jati Diri Umat Islam.

Gambar : Pembentangan daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( KPPB - Pelajar ) 

Kursus yang dibentangkan adalah bersifat stand alone iaitu Pendidikan Islam ( GPIM1022 ) dan juga Pengantar Tilawah Al-Quran ( PIMK1074 ). Para pelajar berkongsi tentang pengalaman pembelajaran mereka dalam sejarah tarannum dan qiraat yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 

Gambar : Pembentangan daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( KPPB - Pelajar )

Selain itu, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ini juga turut berkolaboratif dengan rakan pembelajaran di luar dalam mendalami ilmu al-quran ini untuk mempersiapkan diri menjadi seorang insan yang dinamik dan berkarisma dalam bidang kemahiran al-quran.

Showcase pembentangan KPPB ini masih diteruskan lagi dengan pembentangan OPD KPPB Pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral oleh Dr. Zurina Mustaffa.

Gambar : Pembentangan daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral oleh Dr. Zurina Mustaffa ( OPD - KPPB Pensyarah ) 

OPD yang telah dibina ini di bawah kursus Pendidikan Islam ( GPIM1022 ) yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah pelajar laksanakan sepanjang pembelajaran berlangsung. Penyediaan laman web bagi kursus ini, secara tidak langsung, membantu para pelajar dalam menghayati topik pembelajaran kursus.

Namun, beberapa penambahbaikan perlu dibuat antaranya menjadikan laman web ini lebih bersifat interaktif dan mudah untuk dikongsi dan digunapakai oleh pihak luar. Tamsilnya, memasukkan arahan aktiviti dengan jelas dan perlu meletakkan sumber rujukan serta metadata atau penghargaan bagi pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web kursus ini.

Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan wakil pelajar PPISMP daripada Jabatan Pengajian Melayu dengan TBI Sejarah Dihargai, Bahasa Dikuasai.

Gambar : Pembentangan daripada Jabatan Pengajian Melayu ( KPPB - Pelajar )

Terdapat tiga kursus yang dilaksanakan secara interdisciplinary ini. Pembentang berkongsi pengalaman pembelajaran mereka melalui aktiviti di luar dan berkolaboratif dengan rakan pembelajaran di Muzium Adat dan Makan Moyang Salleh.

Majlis diteruskan lagi dengan rumusan oleh Ketua Panel Penilai iaitu Encik Muhaimi bin Suhaili untuk memberikan rumusannya sepanjang showcase ini berlangsung.

Gambar: Encik Muhaimi Suhaili ketika membuat ulasan selaku Ketua Panel Penilai, manakala di sebelah kiri ialah Dr. Abdul Karim bin Mansor (Panel Penilai).

Menurut beliau, komitmen para pensyarah dan para pelajar amatlah penting dalam melaksanakan KPPB ini kerana memerlukan dedikasi, pengetahuan dan kemahiran yang lengkap tentang pelaksanaan KPPB.

Selain itu, beliau juga menyatakan setiap pelajar perlulah mengetahui dengan lebih mendalam tentang HPK dan CLO yang terlibat dalam kursus masing-masing serta cara untuk mendapatkan TBI dengan betul.

Beliau turut mengingatkan tentang etika pembentangan melalui GM terutama dari aspek penampilan selain aspek pengurusan masa.

Di samping itu, para pembentang juga diminta berkongsi pengalaman pembelajaran mereka meliputi "semua HPK atau CLO kursus" sama ada melalui Pentaksiran Berterusan (PB) atau melalui aktiviti kuliah serta tutorial.

"Format dan kandungan pembentangan haruslah dipatuhi seperti yang ditetapkan agar perkongsian tersebut menggambarkan ciri-ciri KPPB tersebut seperti adanya The Big Idea (TBI), Essential Question (soalan pencetus idea), aplikasi kelima-lima model KPPB, kekuatan, kekurangan dan cadangan penambahbaikan", tambah beliau.

Selesai sahaja ulasan daripada Ketua Panel, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Kami Guru Malaysia’ serta sesi bergambar bersama ahli-ahli panel serta pembentang yang terlibat.

****

Di Sebalik Tabir

 

 

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

EN. MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK

(Pengarah)

 

PENGERUSI

EN. MOHD KHADRI BIN FAZIL RAHMAN

(Timbalan Pengarah)

 

TIMBALAN PENGERUSI

DR. MOHD. ASHRAF BIN IBRAHIM

(KJ JKA)

 

PENYELARAS KPPB

EN. MUHAIMI BIN SUHAILI

(Pensyarah Akademik)

 

PENYELARAS OPD-KPPB

PN. IRMA YANTI BINTI MAHAMUD

(Ketua Unit Pembelajaran Digital)

 

SETIAUSAHA

PN. MAIZATUL AKMAM BINTI KAMARUDDIN

(Ketua Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik)

 

 

PANEL PENILAI SHOWCASE

1

En. Muhaimi bin Suhaili (Ketua)

2

Pn. Mayzatul Akmam binti Kamaruddin

3

Pn. Irma Yanti binti Mahamud

4

Tn. Hj. Abd. Hadi bin Sulaiman

5

Dr. Farah binti Mukhtar @ Mohd. Yunos

6

Pn. Hjh. Zairinah binti Mohd. Shukur

7

Dr. Zaleha binti Endot

8

Pn. Hjh. Nurciana binti Nasruddin

9

En. Akbar bin Amran

10

Dr. Abdul Karim bin Mansor

11

Pn. Erana binti Abd. Seman

12

En. Ahmad Latfi bin Latif

 

Gambar: Dari kanan, Nur Alisa binti Zulkifli (Ketua Operasi) dan Nurul Sazwani binti Rosli (Penolong Ketua Operasi)

 

JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENYELARAS OPERASI DALAM TALIAN SHOWCASE

Nur Alisa binti Zulkifli (Ketua Operasi)

Nurul Sazwani binti Rosli (Penolong Ketua Operasi)

 

2. JK TEKNIKAL/SIARAN MAYA/ LAGU NEGARAKU & LAGU IPGM

Muizzuddin bin Jamail

Muhammad Imtiaz bin Ahmad Musthafi

 

3. PENGACARA MAJLIS PERASMIAN 

Ahmad Irsyaduddin bin Khairuddin

 

4. BACAAN DOA 

Muhammad Harizh Iman bin Chairil

 

5. JK TEKS UCAPAN PERASMIAN

Siti Hazirah Sajidah binti Zainal

 

6. JK MODERATOR 

SESI 1: Siti Nur Amira binti Mohd Ali

SESI 2: Nurul Natasha Alia binti Mat Yusof



7. PENJAGA MASA

Sesi 1: Nur Firzanah binti Noor Abidin

Sesi 2: Nurhusnina Haziqah binti A Ramlee

 

8. JK PENGURUSAN PESERTA & PANEL JEMPUTAN 

Nurizzati Nazihah binti Inche Mohd Marzuki

Siti Nurnadrah Faqihah bin Mohd Ridhwan



9. JK PENGURUSAN BAHAN SHOWCASE (VIDEO RAKAMAN)

Sakinah Ellyana binti Jaf Rosli

Safia Zahidah binti Mohd Mohlis

 

10. JK HEBAHAN; BACKDROP /  POSTER

Nur Adani Madiha binti Makhizu

Nek Nur Amira Natasha binti Nek Zulkilee

 

11. JK OPD JPM

Nur Hamizah binti Daub

Ainul Sofea Solehah binti Abdul Hadi

 

12. SIJIL DIGITAL

Wazieta Izyannie binti Ab Wahab 

Adriana Batrisyia binti Noorazhar

 

13. JK KEHADIRAN SPLKPM

Pn. Mayzatul Akmam binti Kamaruddin

En. Mohd Akmal bin Abdul Razak

 

14. JK DOKUMENTASI / PELAPORAN

Syazreen Nuraizura binti Mazalan

Nurliyana Najwa binti Mahadi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini487
Semalam259
Minggu Ini2021
Bulan Ini3841
Jumlah Pelawat189818

Who Is Online

2
Online

2024-10-12