Rentak Kita

Kuasa Soalan
Featured

Kuasa Soalan

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Satu soalan yang baik akan menghasilkan 1000 jawapan yang baik.

Soalan yang baik akan menghasilkan jawapan yang baik.

Jawapan yang baik akan menghasilkan maklumat yang baik.

Maklumat yang baik akan menghasilkan pengetahuan yang baik.

Pengetahuan yang baik akan menghasilkan ilmu yang baik.

Jika pengetahuan yang diperoleh, digunakan pula dalam kehidupan kita seharian, terutama menyelesaikan sesuatu persoalan dalam hidup, maka pembelajaran tersebut adalah lebih bermakna. Semuanya bermula dengan satu soalan.

Pepatah ada mengatakan, kalau malu bertanya akan sesat jalan.

Jawapan yang betul adalah daripada soalan yang betul.

Jawapan yang benar adalah daripada fakta yang benar.

Satu pertanyaan pun dapat memperlihatkan diri seseorang melalui jawapan yang diberikan.

Satu soalan, walaupun kurang berkualiti, akan menghasilkan satu jawapan juga.

Kuasa soalan dan falsafah di sebalik soalan tiada sempadannya.

Kuasa bertanya lebih hebat daripada kuasa memberitahu.

Memberitahu, belum tentu orang akan tahu. Kalau seseorang itu tahu pun, belum tentu dapat menyampaikan pengetahuan itu supaya orang tahu.

Apa yang kita beritahu, belum tentu orang dengar, dapat ilmunya (maklumatnya) atau faham.

Akan tetapi kuasa bertanya akan membuatkan semua orang berfikir ke satu arah pusat pemikiran dan daripada berfikir itu seseorang itu akan banyak belajar tentang sesuatu perkara.

Soalan yang hadir, walaupun soalan "yang paling bodoh" pun dapat menghasilkan satu fenomena dan dapatan yang berimpak tinggi, malah boleh mengubah peradapan dunia. Contohnya; Isaac Newton hanya bertanya satu soalan yang tidak masuk akal iaitu: Kalau epal jatuh, mengapa harus jatuh ke bawah? Hasil daripada penerokaan dan penemuannya, akhirnya beliau menemui hukum tarikan graviti!

 

Isaac Newton - Teori tarikan graviti bermula dengan satu soalan!

 

Tiada soalan, tiada jawapan - Film Ronin. 

Dengan soalan, akan mengajar kita untuk mencari dan menemui jalan penyelesaian.

Soalan boleh meningkatkan daya berfikir pelajar.

Menggunakan alat berfikir yang sesuai akan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid.

Soalan untuk mendapatkan maklumat atau membina maklumat?

Kalau soalan untuk mendapatkan maklumat, seseorang murid hanya dapat maklumat sahaja.

Soalan yang membina maklumat, seseorang murid itu bukan sahaja mendapat maklumat, malah membina maklumat.

Adakah soalan tersebut bertujuan mendapatkan maklumat, daripada tidak tahu kepada tahu, atau membina maklumat daripada  maklumat tersebut, seseorang murid belajar sesuatu?

Pepatah Cina ada mengatakan: jangan beri ikan, tetapi ajarlah dia cara menangkap ikan!

Membina soalan yang sesuai dan tepat, serta berstruktur, juga boleh mengubah cara berfikir dan tindakan murid kita.

Kemahiran bertutur pun ada seninya jika kita berinteraksi dengan murid di dalam kelas sama ada di sekolah atau di institusi pendidkan tinggi. Antara guru dengan murid, atau antara pensyarah dan pelajar.

 

 

Seni bertutur antara pensyarah dan pelajar ada dalam interaksi.

Penerapan nilai murni, umpamanya.

Penggunaan alat berfikir WRIAC boleh membantu murid membuat penilaian sendiri atas perbuatan yang dilakukan dengan hanya bertanya soalan sahaja untuk menerapkan nilai murni yang kita temui di dalam kelas dan diangkat sebagai aspek yang perlu kita raikan.

Contohnya nilai yang kita angkat di dalam bilik darjah tentang situasi: murid membuang sampah merata-rata tempat (bukan di tempat yang sepatutnya).

Guru: Apakah yang baru awak lakukan? (W-What:  kenal pasti isu atau masalah nilai tersebut)

Murid: Saya membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Guru: Adakah perbuatan itu salah dan baik? (R-Reasonable = Rasional/Kewajarannya)

Murid: Membuang sampah bukan di tempat yang sepatutnya itu salah dan bukanlah perbuatan yang baik.

Guru: Baiklah, apakah akibatnya jika melakukan perbuatan tersebut? (I-Implication = Implikasi)

Murid: Tempat tersebut menjadi kotor dan tidak kemas.

Guru: Adakah kamu mahu menerima akibat itu? (A-Agreement = Persetujuan)

Murid: Tidak cikgu.

Guru: Oleh itu, janganlah melakukannya lagi (kalau nilai itu tidak baik). Oleh itu, jadikanlah amalan tersebut sebagai satu tabiat (kalau nilai itu baik). (C-Conclusion = Rumusan)

Kesimpulannya, dengan bertanyakan soalan, kita pasti akan menemui jawapannya, mungkin cepat, mungkin ditunda jawapannya oleh Sang Pencipta.  

 

GARAPAN MINDA DI KEDAI KOPI

"MAGIC"

Apabila seseorang itu bergelar guru, Tuhan telah menganugerahkan "magic" kepadanya tanpa seseorang (guru) itu sedari.

- muna

 

 

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini4
Semalam508
Minggu Ini2046
Bulan Ini3866
Jumlah Pelawat189843

Who Is Online

3
Online

2024-10-13