Rentak Kita

Program Melahirkan Inventor Muda Generasi Alfa (MIMGA) 2024 - Kolaboratif IPGM Kampus Raja Melewar dengan Kolej PERMATA@Pintar Negara

Program Melahirkan Inventor Muda Generasi Alfa (MIMGA) 2024 - Kolaboratif IPGM Kampus Raja Melewar dengan Kolej PERMATA@Pintar Negara

Oleh Muhaimi Suhaili

PROGRAM Melahirkan Inventor Muda Generasi Alfa (MIMGA) 2024 akan dilaksanakan secara kolaboratif oleh IPGM Kampus Raja Melewar dengan Kolej PERMATA@Pintar Negara Kampus Seremban selepas satu sesi perbincangan diadakan hari ini.

Program MIMGA 2024 ini diharap dapat menyahut hasrat kedua-dua pihak dalam melahirkan inventor muda negara yang berbakat dan berpotensi dalam kalangan murid Kolej Permata@PINTAR Negara.

Gambar: Sesi pembentangan sedang diadakan

Antara objektifnya ialah menjalin hubungan kolaboratif yang kuat antara IPGM Kampus Raja Melewar dengan Kolej Permata@PINTAR Negara selain dapat mengeratkan ikatan kebersamaan dalam memenuhi aspirasi organisasi dalam memperkasakan learning partnership.

Di samping itu dapat meningkatkan Kompetensi Global 6C dalam kalangan murid dan meningkatkan kemahiran interpersonal serta intrapersonal dalam berhadapan dengan komuniti dan pemain industri.

Gambar: Sesi brainstorming kedua-dua pihak sedang dilaksanakan

Program ini berbentuk bengkel bersiri melibat lima siri pembelajaran murid yang akan dibimbing oleh Kumpulan Design Thinking IPGM Kampus Raja Melewar yang terdiri daripada para pensyarah yang datang daripada pelbagai disiplin.

Inovasi yang dihasilkan oleh murid adalah secara berkumpulan yang melibatkan tiga orang bagi satu kumpulan inovasi dengan menggunakan pendekatan Project Based Learning (PBL) dan Learning Outside the Classroom (LOC).

Gambar: Sesi perbincangan tersebut memutuskan pelaksanaan melibatkan satu kohort 

Siri bengkel ini menggunakan Modul e-EDEBEB yang dibangunkan oleh Kumpulan Design Thinking IPGM Kampus Raja Melewar iaitu satu kaedah untuk menghasilkan inovasi yang mementingkan satu pendekatan kontemporari yang memberi fokus kepada human atau user centric.

Bengkel dilaksanakan menggunakan pendekatan proses sehingga projek inovasi selesai untuk dibuat showcase dengan anggaran peserta kira-kira 50 orang satu kohort dan dijangka dapat menghasilkan 15 produk inovasi.

Sebanyak Lima (5) Siri Bengkel akan dijalankan dan setiap bengkel dilaksanakan mengikut ketetapan jam pembelajaran yang telah dirancang.

Gambar: Perbincangan tersebut turut menekankan pendekatan kontemporari yang memberi fokus kepada human atau user centric dalam menghasilkan produk

Pendekatan bengkel berkonsepkan pembelajaran flipped classroom akan menggunakan laman web khas bagi memastikan pelaksanaan flipped classroom berjalan dengan berkesannya.

Dalam perbincangan tersebut, IPGM Kampus Raja Melewar diwakili oleh Dr. Noziati binti Borhan, Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Pendidikan dan Inovasi, Encik Muhaimi bin Suhaili, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan Puan Kharsiah binti Mohd Nor, pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik.

Kolej Permata@PINTAR Negara pula diwakili oleh Roslina binti Ahmad Faisal, Ketua Kolej, Kolej PERMATA@Pintar Negara, Kampus Seremban, Encik Mohd Hafizul Azrie bin Othman, Penyelaras Hal Ehwal Akademik dan Puan Zulaikha, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi selaku wakil pengajar.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini87
Semalam888
Minggu Ini2539
Bulan Ini6180
Jumlah Pelawat211423

Who Is Online

7
Online

2024-12-13