Sembilan Pembentangan Showcase OPD-KPPB Kluster VI
Featured

Sembilan Pembentangan Showcase OPD-KPPB Kluster VI

 

Oleh Muhaimi Suhaili, Nur Raihan Md Ariani, Nur Ain Faresha Abdul Haqq, Nur Alifah Wardiah Syafie*

SEBANYAK sembilan pembentangan yang terlibat dalam Showcase Objek Pembelajaran Digital - Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (OPD-KPPB) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kluster IV pada 29 Januari.

Sebanyak enam IPG Kampus terlibat dalam pembentangan tersebut iaitu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang bertemakan “KPPB: Mengoptimumkan Potensi Murid Melalui Pembelajaran Bermakna”.

Kali ini, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan menjadi tuan rumah dalam Showcase OPD-KPPB IPGM Kluster IV dengan dibantu oleh lima IPG kampus lain dalam satu penganjuran bersama.

Pembentangan pertama adalah dari IPGK Tengku Ampuan Afzan (A) yang diwakili oleh Wan Aqilah Sofea binti Wan Mohd Noor, Muhammad Danish Aiman bin Hasrin dan Nik Adriana Maisarah binti Hazin. Pensyarah Pembimbing ialah Puan Syahidah Haziyah binti Sulaiman.

Tajuk kursus yang dibentangkan ialah TBI : Psikologi Perkembangan Asas Pedagogi Berkesan dan Inklusif di bawah kod kursus EDUP 3103 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja dari Jabatan Bahasa. Kursus ini merupakan kursus stand alone iaitu tidak bergabung dengan mana-mana kursus lain. Panel penilai ialah En. Muhaimi bin Suhaili. 

Selepas itu, sesi pembentangan diteruskan dengan mempersilakan pembentang dari IPGK Temenggong Ibrahim yang diwakili oleh Aidiel Iman bin Mohd Fahmi, Muhammad Haiqal bin Mohd Sany, Siti Aisyah Najwa binti Mazlan, Muhammad Aqmar Muqri bin Jusri Shahril, Nur Dania Humaira binti Muhammad Fairus, Aisyah Sofea binti Kamarul Ariffin.

Pensyarah Pembimbing ialah Dr. Hairunnisa binti  Jopri.

Kursus yang terlibat ialah MTES 1094 Statistik Asas, MTES 1084 Trigonometri dan GWCP 1042 Penulisan Akademik dari Jabatan Sains Sosial. Tajuk pembentangan yang dipersembahkan ialah TBI : Pemikiran Berfakta Menyuburkan Insan MADANI Berdaya Fikir dan Beretika. 

Panel Penilai ialah En. Muhaimi bin Suhaili.

Pembentang seterusnya adalah daripada IPGK Ipoh bagi kursus BMMB 3183 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dan BMMB 3193 Pengantar Kesusasteraan Melayu dengan TBI: Komunikasi Berkesan Tonggak Ketamadunan Bangsa. 

Para pembentangnya ialah Izz Liyana Awatif binti Izharuddin Alradzi, Nor Izzah Izzati binti Mohd Zambri dan Irdina Amani binti Mohd Zain dari Jabatan Pengajian Melayu.

Pensyarah Pembimbing, Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan dan Dr. Nor Anita binti Mat Isa.

Panel Penilai ialah Encik Muhaimi bin Suhaili.

Seterusnya ialah pembentang keempat dari IPGK Kota Bharu dengan kursus PIMK 3233 Kemahiran Al-Quran dan kursus PIMK 3223 Pengajian Ilmu Akidah dengan TBI: Penguasaan Tilawah dan Akidah Membina Jati Diri Muslim Berilmu dan Beriman.

Para pembentang adalah terdiri daripada Muhammad Zulkarnain Haikal bin Azman Khan, Muhammad Ammar Mustaqim bin Rusli, Anis Faqihah binti Adam dan Nur Akrimi Maswa binti Mohd Amiruddin.

Pensyarah Pembimbing ialah Dr. Abdul Hamid bin Ali dan Pn. Nor Adrina Elani binti Hashim.

Panel Penilai ialah Encik Muhaimi bin Suhaili.

Dengan TBI: Struktur Bahasa Membentuk Komunikasi yang Berkesan kali ini tiba giliran IPGK Tengku Ampuan Afzan (B) untuk membuat pembentangan.

Kursus yang terlibat ialah BMMB 1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu.

Para pembentang terdiri daripada 3 orang iaitu Nurhusna Nabihah binti Mohd Bakhtiar, Muhammad Fakhrul Iman bin Azmir dan Afiqah Balqis binti Mohd Safrey.

Pensyarah Pembimbing ialah Puan Saliza binti Sahli.

Panel Penilai ialah Puan Zakia binti Setu.

Giliran berikut adalah dari IPG Kampus Raja Melewar dengan kursus MPU 3221 Kokurikulum-Pengurusan Persatuan. Kursus ini juga ialah kursus stand alone dan tidak bergabung dengan mana-mana kursus.

TBI yang dibina ialah Pendidik Berautonomi Pemangkin Pembangunan Mampan dengan pembentangnya yang diwakili oleh Muhammad Adam Syakir bin Jalaluddin, Mohamad Haikal Afiqq bin Mohamad Rizal, dan Nur Aina Farihah binti Ruslan.

Pensyarah Pembimbing ialah Cik Maznah binti Shaari.

Panel Penilai ialah Puan Zakia binti Setu.

Pembentang dari kumpulan ketujuh pula ialah IPGK Dato’ Razali Ismail dengan kursus PIMK 1094, Pengantar Ilmu Fiqh dengan The Big Idea : Penghayatan Ibadah Tonggak Kekuatan Akidah.

Para pembentang ialah Iris Yusuf bin S Ahmad, Muhammad Adam Hariz bin Zairul Azmi dan Ahmad Muqarrabin bin Ibrahim.

Pensyarah Pembimbing ialah Encik Mohd Rushdan bin Mat Rosid dan Tuan Haji Zainuddin bin Lateh.

Panel Penilai ialah Puan Zakia binti Setu dan Encik Mohamed Shahren bin Abdullah.

Pembentang daripada kumpulan lain pula ialah IPGK Tengku Ampuan Afzan dengan kursus PBKK 3333 (Makmal Bimbingan dan Kaunseling Kelompok) dengan The Big Idea : Katalis Transformasi Diri Melalui Dinamik Kelompok.

Para pembentang ialah Wong Shin Ci, Nur Diana Farisha binti Hardy, Eowyn Ang Zhi Xuan dan Nuranis Fadhilah binti Mohamad Razlan.

Pensyarah Pembimbing ialah Dr. Mohd Faizal bin Hassan.

Panel Penilai ialah Puan Zakia binti Setu dan Encik Mohamed Shahren bin Abdullah.

Pembentang terakhir adalah daripada kumpulan IPGK Ipoh dengan kursus PSVK 3413 (Pengenalan Asas Pendidikan Seni Visual) dan PSVK 3423 (Asas Menggambar) dengan The Big Idea : Asas Seni, Nadi Warisan Lama.

Para pembentang ialah Aishwarryaa Chandran, Intan Nurayuni binti Yahya dan Yageni Kayathiri Uvaraja.

Pensyarah Pembimbing ialah Puan Salbiyatun Binti Abd Rashid @Shaari dan Puan Salzuriawani Binti Ridzwan.

Panel Penilai ialah Puan Zakia binti Setu dan Encik Mohamed Shahren bin Abdullah.

 

PROFIL PENILAI

En. Muhaimi Suhaili Pn. Zakia Setu En. Mohamed Shahren Abdullah

 

Berikut ialah soalan-soalan terpilih sepanjang sesi soal jawab dalam pembentangan  tersebut.

  1. Daripada pengalaman pembelajaran, bagaimanakah anda dapat mengoptimumkan potensi murid apabila berada di sekolah nanti.
  2. Bagaimanakah cara untuk menggilap potensi murid untuk menjadi warganegara global?
  3. Dapat tak anda mengaitkan Big Idea anda dengan Projek Based Learning?
  4. Apakah kepentingan Essential Questions?
  5. Apa yang anda faham tentang OPD?
  6. Apakah perbezaan di antara OPD dengan Google Classroom?
  7. Sekiranya anda memuat naik video di media sosial, bolehkah anda dapatkan maklum balas daripada pihak luar?
  8. Bagaimanakan transformasi dapat memberi impak yang tinggi kepada pendidikan di peringkat global?
  9. Apakah yang anda dapat pelajari daripada kursus Asas Tatabahasa ini?
  10. Bolehkah anda menjelaskan tentang Critical Thinking?
  11. Dari aspek manakah pembangunan digital ini selari dengan Big Idea dalam membangunkan sahsiah pelajar?
  12. Mengapakah perlu mengadakan Program Mentor Mentee?
  13. Bagaimanakah teknologi boleh disentuh dengan peradaban?
  14. Ketika memuat naik video Tiktok, tersebut, apakah maklum balas yang diberikan oleh rakan-rakan lain atau mereka yang terlibat dalam kursus yang sama.
  15. Apakah yang dapat anda faham tentang The Big Idea: Asas Seni Warisan Lama ini?
  16. Bagaimanakah fungsi atau peranan Kaunselor dalam memberi bimbingan dari aspek etika?
  17. Sebagai seorang Kaunselor, untuk membangunkan sesuatu pembentukan memerlukan tahap-tahap kesedaran, kefahaman dan kebudayaan tinggi, oleh itu, 
  18. Bagaimanakah cara Kaunselor dapat membentuk tahap kesedaran, kefahaman dan kebudayaan yang tinggi dalam kerjaya mereka.

___________________________________________________________________

*PROFIL PENULIS: Muhaimi Suhaili ialah Pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar; manakala Nur Raihan Md Ariani, Nur Ain Faresha Abdul Haqq, dan Nur Alifah Wardiah Syafie ialah Pelajar PISMP BMMB SSM Ambilan Ogos 2025-2029.

     

Muhaimi Suhaili

Nur Raihan Md Ariani Nur Ain Faresha Abdul Haqq Nur Alifah Wardiah Syafie

___________________________________________________________________

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini165
Semalam507
Minggu Ini1150
Bulan Ini1710
Jumlah Pelawat397269

Who Is Online

14
Online

2026-02-04