Oleh Muhaimi Suhaili, Nur Raihan Md Ariani, Nur Ain Faresha Abdul Haqq, Nur Alifah Wardiah Syafie*
SHOWCASE Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) tidak seharusnya berhenti di peringkat kluster atau nasional semata-mata tetapi boleh diperkasakan dan diperkembang ke peringkat antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Dr. Abdul Rahman bin Abdullah, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan ketika merasmikan pembukaan Showcase OPD-KPPB Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kluster IV hari ini.

Gambar: Dr. Abdul Rahman bin Abdullah
“Hal ini menjadi sumbangan yang bermakna kepada IPGM dalam konteks wacana pendidikan dunia. Semoga usaha kolektif ini menjadi bukti bahawa guru Malaysia mampu berdiri sama tinggi di peringkat global”, tambahnya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pensyarah pembimbing yang telah membimbing dengan penuh komitmen dan kebijaksanaan, serta para siswa guru selaku pembentang yang mewakili kampus masing-masing.
“Usaha dan keberanian anda untuk berkongsi amalan pedagogi membuktikan bahawa anda merupakan wajah masa depan profesion keguruan yang mampu berfikir secara kritis, mencipta solusi, dan berupaya memimpin pembelajaran bermakna”, tambah beliau.

Gambar: Farhah Amalin binti Amilan Arman ketika menjadi Pengacara Majlis pembukaan.

Gambar: Bacaan Doa oleh Muhammad Nasrullah bin Mohd Rozairie
Sebanyak enam IPG Kampus terlibat dalam pembentangan tersebut iaitu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang bertemakan “KPPB: Mengoptimumkan Potensi Murid Melalui Pembelajaran Bermakna”.
Kali ini, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan menjadi tuan rumah dalam Showcase OPD-KPPB IPGM Kluster IV dengan dibantu oleh lima IPG kampus lain dalam satu penganjuran bersama.

Gambar: Video nyanyian lagu Negaraku yang disiarkan secara langsung di YOUTUBE
Terdahulu, Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi, Pemantau showcase kali ini yang juga Task Force KPPB turut memberi memberi ucapan alu-aluan.

Gambar: Dr. Abdul Hadi Mat Dawi ketika menyampaikan ucapan alu-aluan
Selepas itu, sebanyak sembilan pembentangan showcase yang melibatkan enam IPG kampus yang dilaksanakan secara dalam talian.
Panel penilai showcase ini ialah Encik Muhaimi bin Suhaili dari IPG Kampus Raja Melewar, Puan Zakia binti Setu, dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, dan Encik Mohamed Shahren bin Abdullah dai IPGK Tun Hussein Onn.
Majlis ini diakhiri dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar.
__________________________________________________________________
*Muhaimi Suhaili ialah Pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar; manakala Nur Raihan Md Ariani, Nur Ain Faresha Abdul Haqq, dan Nur Alifah Wardiah Syafie ialah Pelajar PISMP BMMB SSM Ambilan Ogos 2025-2029.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Muhaimi Suhaili |
Nur Raihan Md Ariani | Nur Ain Faresha Abdul Haqq | Nur Alifah Wardiah Syafie |
___________________________________________________________________
Di Belakang Tabir: Krew IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan ketika mengendalikan penganjuran selaku host







