Catatan Muhaimi Suhaili
Hati orang itu baik sebenarnya, dan jahat pada mata kita adalah kerana tidak mengikut standard kita atau standard global pada telahan kita; tidak bermakna mereka jahat sebenarnya.
Kasar pertuturan mereka kerana budaya mereka, yang sudah berakar umbi. Tinggal lagi, kena tambah baik sahaja.
Jika nampak kasar pun, dan budaya itu sukar dibuang, bukan mereka tidak baik, malah hati mereka lebih baik daripada yang kita sangkakan.
Standard Pembeli: Beli Mi Maggie Goreng pedas yang berkari tidak mahu campur apa-apa, dan tak mahu sayur. Standard kita, kita yang faham. Standard penjual berkonflik dengan standard pembeli. Supaya penjual lebih faham, guna standard penjual untuk memberi pemahaman terhadap standard pembeli, supaya komunikasi lebih berkesan.
Contoh Standard Penjual yang mereka faham: Maggie Goreng kosong, tidak mahu sayur.
Contoh di atas hanyalah untuk mengelak konflik kekeliruan daripada pihak kita kepada pembeli. Bagaimanapun, penjuallah kena ikut standard pemahaman pembeli.
Gambar hiasan: Standard kita atau standard global?
*****
20 Jun 2020 (Sabtu)
Sangat menarik, dengan ilmu + berfikir - kamu dapat atasinya.
Hidup ialah strategi.
Guna tali pinggang keledar ialah strategi.
Awak bolehpun tidak pakai, dan tidak "berusaha" untuk pakai.
Akan tetapi Allah boleh uji kamu dengan kemalangan - Tunjuk bahawa Allah berkuasa.
Takdir - kamu tentukan.
Dapat A = kerana B.
Tinggal akhirnya Allah "confirm" benarkan. Did He Willing to? Dialah yang lebih mengetahui.
Allah dah suruh kita berusaha.
Kalau buat A - dapat B [yang kita harapkan] (sebab - akibat) itu perancangan kita. Kalau Allah mahu perkara itu berlaku, itu kita dapat.
Kalau buat A - dapat C (Allah decide kerana Dialah yang lebih tahu).
Jadi terimalah takdir itu, sama ada yang kita mahu hendak berlaku atau perkara yang kita tidak hendak berlaku.
Baik pada kita - tetapi sebenarnya benda itu tidak baik kepada kita.
Buruk pada kita - tetapi sebenarnya benda itu baik untuk kita.
Kesimpulannya, berusahalah untuk menentukan takdir kita.
Kalau berjaya, bersyukurlah. Kalau gagal terimalah, kerana di sebaliknya ada hikmah.
Kalau tak berusaha - itulah yang kamu dapat. Sebab tak buat itu, kamu dapat itu.
Allah lebih mengetahui.
Gambar bekas benteng Contantinople di Turki. SEBAB dan AKIBAT?
*****
Setiap inci perbuatan dan tindakan ialah STRATEGI.
Tak kisah, itu strategi kita rancang dengan teliti, penuh sedar, atau kita tak rancang langsung pun.
Apa yang berlaku pada masa akan datang ditentukan oleh STRATEGI yang kita buat.
Apa yang berlaku hari ini , adalah akibat daripada STRATEGI yang kita lakukan atau rancangkan (kalau berancang).