Oleh Muhaimi Suhaili
Archimedes ketika diberi tugasan oleh Raja, iaitu untuk membuktikan yang mahkota miliknya adalah palsu - mungkin satu pengalaman tugasan itu trauma dalam sepanjang kehidupannya.
Essential Question atau Soalan Pencetus Idea (SPI)
Soalan pencetus idea: Bagaimanakah dapat membuktikan bahawa mahkota Raja adalah palsu?
Apapun, inilah satu SPI yang menjadi fenomena sesudah Archimedes berjaya menyelesaikannya.
Beliau berjaya menemukan bahawa ada hubungan antara berat sesuatu objek dengan jumlah air yang keluar daripada tab mandi.
Ketika itulah beliau menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan persoalan tersebut untuk menyelesaikan persoalan raja itu.
Bagaimana pula ceritanya di sebalik epal?
Cerita Isaac Newton pula berlaku apabila beliau duduk di bawah pokok epal dan tiba-tiba berfikir dan bertanya: Mengapakah buah epal yang jatuh, harus menuju ke bawah?
Bagi saya, inilah SPI yang paling pelik dan mencabar tetapi menjadi satu fenomena besar sejarah pemikiran manusia.
Dengan pemikiran kreatif dan kritis, beliau akhirnya berjaya menemui teori tarikan graviti.
Melalui idea inilah telah muncul inovasi untuk mengapungkan satelit di ruang angkasa yang dengannya, kita dapat menghubungkan sesiapa sahaja walau di mana sahaja pelosok dunia.
Bagaimana pula dengan cerita 3?
Revolusi menangani perubahan
Revolusi menangani perubahan.
Bagaimana?
Cuba kita lihat bagaimana manusia berkomunikasii masa lalu dengan menggunakan asap, kemudiannya burung dan kemudiannya kuda.
Selepas itu pula masa berputar, dan perubahan berlaku sehinggalah kita menghantar surat melalui pos, dan sekarang pula melalui e-mel. Sekarang ini pun kita banyak menggunakan Telegram dan WhatApps.
Selepas itu, apa lagi?
Mungkin selepas itu, Telegram dan WhatApps atau e-mel menjadi tidak popular jika ada cara lain yang lebih mudah dan cekap dapat digunakan.
Kenapa Dinosaur pupus?
Sama juga burung Undan di pantai Carlifornia yang mengharap lori pengangkut ikan untuk memberi makan setiap hari tetapi akhirnya pupus dan tidak dapat survive untuk menangani perubahan agar terus relevan.
Sama juga dengan revolusi telefon.
Lihatlah telefon analog hari ini yang sudah pupus kerana tidak dapat menangani perubahan.
Jadi, kita hendak menjadi macam mana? Kita hendak memilih apa? Adakah kita masih mahu memilih telefon keypad atau touch screen?
Soalnya, kita hendak menjadi guru yang macam mana?
Guru TV hitam putih atau guru TV yang sofistikated dan serba canggih?
Menjadi sesiapa sahaja
Begitu juga dengan perubahan semasa.
Anda boleh menjadi sesiapa sahaja asalkan anda dapat menggunakan kecerdasan minda untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Syaratnya, gunakan pemikiran kreatif dan kritis untuk menjadi apa.
Anda mungkin bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel tetapi anda juga boleh menjadi pemandu teksi atau pengusaha hotel jika anda mahu.
Anda boleh menjadi pemandu teksi secara dalam talian dengan mendaftar mana-mana aplikasi yang anda mahu.
Anda juga boleh menjadi pengusaha hotel dengan meletakkan di ruangan Travelog atau homestay anda dengan mempromosikannya di media sosial. Dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran kewarganegaraan ini, akhirnya anda menjadi apa yang anda mahu.
The Big Idea atau Idea Utama (IU)
Begitu juga dengan gergasi ekonomi yang menguasai dunia perniagaan menyumbangkan ke arah ekonomi global.
Mereka mencipta kejayaan di sebalik IU yang dihasilkan.
Samsung, Levi’s, Huawei, UTC, Boeing, Dell, Panasonic dan Air Asia mempunyai IU masing-masing, sekadar memberi contoh.
IU telah membawa hala tuju perniagaan mereka.
Bagaimana kita sebagai guru?
Apakah IU yang kita gunakan untuk membawa hala tuju pelajar kita untuk menerokai dunia ilmu tiada sempadannya itu?
Bill Gates pula mempunyai IU sendiri “Looking Back Moving Ahead” dan beliau mempunyai visi bahawa setiap rumah, ada bilik dan setiap bilik ada meja, dan setiap meja ada komputer dan di dalam komputer ada WINDOWS.
Ini adalah IU yang terhasil menjadikan mereka sukses!
Begitu juga dengan cerita Steve Jobs. Beliau yang mencipta fonemena apabila muncul dengan idea kreatif melalui IU - Think Different. Untuk menjadikan produk apple lain daripada yang lain. Untuk sukses, Steve Job bukan sahaja mempunyai IU yang hebat malah mempunyai kompetensi global m6C khususnya Citizenship.
Berapa billion jiwa manusia yang mendapat manfaat daripada ciptaannya. Ini kompetensi global citizenship yang tidak dapat disangkal sama sekali impaknya kepada kesejahteraan dunia!
Melalui garapan idea ini, apakah maksudnya?
SPI, Revolusi menangani perubahan untuk terus relevan, Mengadaptasi perubahan dan IU?
Dalam ucaptama oleh Dr Amin Senin, sempena Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik baru-baru ini menyatakan bahawa sekolah sudah hilang proses utama pendidikan iaitu - REAL LIFE EXPERIENCE iaitu Pengalaman Kehidupan sebenarnya.
Dalam konteks KPPB apabila merungkai, Bagaimanakah ilmu pengetahuan/fakta yang pelajar peroleh diberi makna dan dipindahkan dalam kehidupan sebenarnya. Kalau ya pun, sejauh manakah darjah kejauhannya?
Soalnya sekarang, melalui pengalaman pembelajaran tersebut, adakah kita menggunakan pendekatan contructionist iaitu melibatkan pelajar kita sebagai pereka bentuk, pencipta dan bereksperimen dengan pengalaman pembelajaran tersebut?
Seterusnya, apakah kaitannya cerita-cerita tadi dengan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna?
Kita sebenarnya dapat melahirkan ikon-ikon dan figura yang boleh mencipta fenomena dengan mempasakkan Model Kompetensi Global 6C dalam diri pelajar, yang turut disokong oleh model reka bentuk pembelajaran, model pembelajaran murid, kerangka kerja 3E dan model 3R.
Melalui KPPB, kita harus yakin bahawa potensi pelajar umpama potensi pelajar umpama iceberg yang muncul biasa-biasa di permukaan, tetapi potensi dalaman yang tidak nampak itu boleh menenggelamkan kapal Titanic.
Kita mampu melahirkan ikon-ikon seperti Isaac Newton, Archimedes, Steve Jobs, Bill Gates atau ikon-ikon yang berjaya di peringkat global.
Kalau itulah yang berlaku, maka itulah yang dinamakan dengan KEMENJADIAN PELAJAR!
KPPB harus relevan dan dapat menangani perubahan. Jika tidak menerima perubahan anda hanyalah menjadi guru TV hitam putih yang dijual RM10.00 pun orang tidak membelinya.
*****