Rentak Kita

Terima kasih Chowrasta!

 

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Chowrasta.

Pertama kali ke sini, walaupun banyak kali ke Pulau Pinang, sememangnya satu pengalaman yang menarik.

Tempat ini memang ada nostalgia menurut rakanku. Dia bersekolah di sini semasa tingkatan empat dan lima. Dia memang sudah masak dengan tempat ini.

Ketika rakan-rakan mahu merasai nasi kandar, aku pula memilih untuk kembali ke warung tepi jalan ini.

Salah satu tempatnya di sekitar tepi jalan Chowrasta ialah Penang Famous Chowrasta Cucur Udang

Ada cucur udang, tauhu yang digoreng, dan mentimun, serta dicecah dengan sos berperisa sederhana.

Apabila makanan tiba, hanya perlu membayar RM4.50 sahaja.

 

Sebelum ini, rakanku pernah kata, tempayan itu digunakan sejak dulu lagi. 

Yang menariknya, bekas sosnya masih seperti dulu.

Mungkin lebih 30 tahun rasanya.

Duduk di situ baginya, menggamit nostalgia lama.

Di sebelahnya pula Warong Minuman Kita. 

"TEA HALIA ASLI TERDAPAT DI-SINI DARI 1965" seperti promosi yang terpapar di gerai tersebut. 

Semalam, kami diperkenalkan untuk merasai teh berperisa halia. Hanya RM2.00 sahaja.

Rasanya memang "sampai". Kepekatan rasa halianya menambahkan aromanya.

Dia yang dari Kedah, jika singgah ke Pulau Pinang, pasti sekeluarga akan berkunjung ke sini, merasai cucur udang dan teh halia.

"Tehnya memang pure. Bukan serbuk" katanya, yang mempromosikannya kepada kami sejak hari pertama ke Pulau Pinang.

"Tidak jauh dari sini ialah tempat menjual buku lama. Tempatnya memang jarang kelihatan di mana-mana" tambahnya ketika memperkenalkan kepada kami tempat yang berdekatan.

Kita perlu berjalan sedikit di sekitar KOMTAR untuk menuju ke kedai tersebut.

Ketika menghirup teh halia, sesekali aku melihat sekumpulan burung merpati bertenggek di tepi jalan, dan apabila kereta lalu kelihatan sekumpulan daripadanya berterbangan bagi mengelak laluan kereta.

Tempat ini tidak sekelas tempat-tempat yang ada pendingin hawa, atau makanan yang hebat-hebat, ala luar negara.

Akan tetapi, kembali ke sini dengan mengemas kini pengalaman bawah panas yang sederhana, telah mengilhamkan sesuatu yang berguna, untuk tatapan bersama.

Terima kasih Chowrasta!

 

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini491
Semalam259
Minggu Ini2025
Bulan Ini3845
Jumlah Pelawat189822

Who Is Online

1
Online

2024-10-12