Oleh Muhaimi Suhaili
KUNJUNGAN selama lapan hari di bandar metropolitan Seoul iaitu sekitar Myeongdong dan Incheon khususnya di Namdong-gu, mungkin masih tidak dapat memberi gambaran umum tentang Korea Selatan.
Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak percaya apa yang dialami.
Walau bagaimanapun, pemerhatian dan pengalaman yang diperoleh sekurang-kurangnya menambah sedikit maklumat anda yang bercadang bercuti di sini.
Gambar: Istana Changdeokgung atau Istana atau Changdeok, terletak di sebuah taman besar di Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan yang dibina oleh raja-raja Dinasti Joseon (1392-1897) menjadi daya tarikan pelancong
Mukadimah
Korea Selatan adalah antara negara maju di sebelah timur.
Dengan keluasan 100.210 km persegi, negara ini terkenal dengan sektor industri dan teknologi yang sangat maju.
Bahagian penyelidikan dan inovasi yang berkembang pesat menjadikan sektor teknologinya jauh lebih maju dan terkenal di seluruh dunia.
Industri hiburan Korea Selatan sangat diminati oleh hampir seluruh negara di dunia dengan budaya K-Pop dan K-Drama mendapat sambutan hangat.
Gambar: K-Drama di Netflix, salah satu industri hiburan yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara Korea Selatan
Hal ini telah menjadikan industri ini sebagai penyumbang terbesar pendapatan negara Korea Selatan.
Bahagian penyelidikan dan inovasi yang berkembang pesat menjadikan sektor teknologinya jauh lebih maju dan terkenal di seluruh dunia
Kedudukan
Dari segi geografinya, negara ini berbentuk tanjung.
Pulau-pulau kecil dan besar pula bertaburan di sekitarnya.
Sudah tentu menyediakan panorama yang menarik dan indah.
Sumber gambar oleh Google: Kedudukan Korea Selatan dari segi geografi
Korea Selatan bersempadan dengan Korea Utara di bahagian utaranya, manakala di bahagian baratnya pula bersebelahan dengan China yang dipisahkan oleh Laut Kuning.
Di bahagian timurnya pula bersebelahan dengan Jepun yang dipisahkan oleh Laut Timur (Laut Jepun) manakala bahagian selatan negara ini pula berhadapan dengan Laut Cina Timur.
Kereta api bawah tanah
Di sekitar pusat metropolitan Seoul, anda tidak menjumpai satu pun aliran kereta api menjalar di permukaan bandar kecuali kelihatan apabila melintasi jambatan.
Gambar: Salah satu tempat di metropolitan Seoul
Tidak ada jejantas kereta api bersimpang siur dan bertingkat-tingkat yang gah. Hal ini kerana laluan kereta apinya berada di bawah tanah.
Sistem kereta api bawah tanahnya menghubungkan satu stesen ke satu stesen malah terdapat laluan pejalan kaki di bawah tanah untuk anda pergi mana-mana lokasi di pusat metropolitan Seoul dengan papan tanda yang jelas.
Tidak ada jejantas kereta api bersimpang siur dan bertingkat-tingkat yang gah. Hal ini kerana laluan kereta apinya berada di bawah tanah
Peta Naver
Pengembaraan yang pertama kali sampai ke sini akan banyak dibantu oleh aplikasi Naver Map.
Anda mungkin biasa dengan Google Map , tetapi di Korea Selatan anda perlu memasang Naver Map di telefon anda untuk pergi ke sesuatu tempat terutamanya di metropolitan Seoul.
Gambar: Tangkap layar paparan Naver Map ketika pergi ke satu destinasi
Sistem laluan dari apa sahaja jenis pengangkutan daripada berjalan kaki sendiri sehinggalah menggunakan kereta api, telah diintegrasikan dengan aplikasi Naver Map.
Naver Map akan membantu anda pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan efisien.
Tambahan pula, kerajaan Metropolitan Seoul telah aktif memasang hotspot Wi-Fi percuma di seluruh bandar, termasuk di kawasan awam, pengangkutan dan juga di transit awam.
Ini termasuklah kereta api bawah tanah dan bas.
Gambar: Hotspot percuma di salah sebuah tempat stesen bawah tanah di Myeongdong
Mereka juga telah memasang hotspot di kawasan seperti Itaewon, Cheonggyecheon Stream, Hangang Park dan Seoul Grand Park.
Masyarakatnya memang telah ditenggelami oleh bah digital melalui sokongan yang diberikan oleh kerajaan.
Tmoney
Untuk memudahkan perjalanan, anda boleh menggunakan Kad Tmoney yang boleh dibeli melalui mesin layan diri AREX di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Gambar: Mesin layan diri untuk mendapatkan T-money di Terminal Lapangan Antarabangsa Incheon
Selain itu, anda boleh membelinya di kedai serbaneka utama seperti GS25, CU, 7-Eleven, Ministop, Story Way, Emart24 dan 365PLUS.
Tempat lain ialah di stesen kereta api bawah tanah, termasuk di mesin layan diri tiket, Pusat Servis T-money dan mesin layan diri T-money.
Lebihan dalam kad boleh refund dalam bentuk tunai di mana-mana lokasi di atas untuk baki 20,000 KRW ke bawah.
Bagi yang melebihi jumlah di atas, anda boleh mendapat baki tersebut di Tmoney Town, yang terletak di tingkat 1 Tmoney.
Bayaran perkhidmatan sebanyak 500 KRW akan dikenakan tidak termasuk kos kad.
Gambar: TMoney memudahkan pengguna kerana memberikan perkhidmatan yang efisien dan praktikal
Pendek kata, perkhidmatan yang diberikan sangat efisien dan memudahkan pengguna.
Kad ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar mana-mana jenis pengangkutan malah untuk membuat pembelian.
Pergerakan manusia di bawah tanah
Pergerakan manusia umpama semut yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Pergerakan manusia mungkin tidak begitu ketara di permukaannya tetapi di bawah tanah seperti semut yang bergerak tanpa kelihatan.
Idea ini juga menyebabkan tumbuhnya pusat beli-belah di bawah tanah seperti Myeongdong.
Gambar: Pusat beli-belah Myeondong yang terletak di bawah tanah
Menggunakan kereta api bawah tanah pada waktu biasa, bolehlah bersantai-santai. Akan tetapi kalau pada musim puncak, penumpangnya ibarat ikan sardin dalam tin
Malah pertukaran kereta api bersambung semuanya dibumbungi oleh lantai yang di pijak atas permukaan bumi.
Anda hanya perlu berjalan kaki bawah tanah untuk pergi ke satu-satu stesen apabila hendak pergi ke sesuatu destinasi.
Gambar: Kawasan laluan pejalan kaki bawah tanah di Metropolitan Seoul
Oleh itu, kesibukan kota Seoul tidak kelihatan ketara dan aliran lalu lintas pada tahap sederhana di tengah-tengah kota.
Hal ini mungkin diimbangi oleh kesibukan aliran bawah tanahnya yang tersembunyi itu.
Menggunakan kereta api bawah tanah pada waktu biasa, bolehlah bersantai-santai. Akan tetapi kalau pada musim puncak, penumpangnya ibarat ikan sardin dalam tin.
Musim di Korea
Sumber foto: Shutterstock.com - Keindahan musim bunga di Korea Selatan
Korea Selatan mempunyai empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk.
Bagi yang biasa dengan cuaca di garisan Khatulistiwa, suhu seperti itu sudah cukup mencengkam tulang sumsum
Musim bunga biasanya berlaku dari Mac hingga Mei, musim panas dari Jun hingga Ogos, musim luruh dari September hingga November, dan musim sejuk dari Disember hingga Februari.
Masa terbaik untuk melawat untuk cuaca yang menggembirakan dan keindahan semula jadi ialah musim bunga (Mac hingga Mei) dan musim luruh (September hingga November).
Gambar: Suasana awal musim bunga di Pulau Nami
Musim panas boleh menjadi panas dan lembap dengan hujan monsun, manakala musim sejuk pula, sejuk dan bersalji.
Ketika ke sini, peralihan musim berlaku dari musim sejuk ke musim bunga.
Suhu musim bunga ketika itu sekitar 4 hingga 17 darjah celcius.
Walau bagaimanapun, pertukaran musim tersebut masih terasa sejuknya sehingga mencapai 0 - 8 darjah celsius.
Sumber gambar: Wikipedia - Musim sejuk di Korea Selatan sangat sinonim dengan K-Drama “Winter Sonata”
Bagi yang biasa dengan cuaca di garisan Khatulistiwa, suhu seperti itu sudah cukup mencengkam tulang sumsum.
Tanpa berpakaian tebal, anda akan mengalami kekejangan kerana suhu tersebut jauh lebih rendah daripada suhu bilik.
Kalau yang tidak biasa, suhu seperti itu boleh menjejaskan ekspedisi anda kerana diganggu oleh kedingin yang melampau.
Jenama Korea Selatan yang paling bernilai
Samsung mengungguli tahta pertama sebagai jenama Korea Selatan paling bernilai dalam ranking iaitu mencatatkan USD82.2 bilion
Sumber foto: Samsung - Antara jenama telefon terkini yang sentiasa menangani perubahan
Penghasilan produk-produk tempatan selari dengan sokongan masyarakat tempatan sendiri malah menembusi pasaran antarabangsa.
Penggunaan produk-produk seperti kenderaan dan alat-alat elektronik sentiasa kelihatan di mana-mana persekitaran dan tempat.
Laporan Tahunan oleh Brand Finance 2024 telah menyenaraikan 150 Jenama Korea Selatan yang paling bernilai dan paling kukuh.
Berikut ialah 10 yang teratas daripada 150 jenama tersebut iaitu:
- Samsung
- Hyundai
- SK hynix
- LG Electronics
- Kia
- Coupang
- Posco
- HYUNDAI MOE
- Kumpulan Kewangan KB
- Samsung C&T
Samsung mengungguli tahta pertama sebagai jenama Korea Selatan paling bernilai dalam ranking iaitu mencatatkan USD82.2 bilion.
Sumber foto: Hyundai menduduki tangga kedua dalam ranking jenama paling bernilai di Korea Selatan
Inovasi kenderaan
Kalau di Malaysia, jalan-jalan dan lebuh raya lebih didominasikan oleh kereta-kereta Proton dan Perodua.
Walau bagaimanapun, produk kenderaan tempatan sangat ketara di Korea berbanding di Malaysia.
Walaupun Proton dan Perodua masih mendominasikan jumlah kenderaan di jalan raya Malaysia tetapi kenderaan dari negara lain seperti Jepun, Eropah, China, Korea dan Amerika masih ketara banyaknya.
Industri keretanya sudah pun meluaskan ciptaannya daripada jenis kereta penumpang seperti Sedan, hinggalah kepada jenis SUV, Hatchback, Van, Crossover, Pickup, Minivan, Lori , Sport dan lain-lain, malah ada.
Gambar: Jenama pelbagai kenderaan tempatan menguasai jalan raya di Korea Selatan
Pendek kata, di Korea, kereta-kereta dari jenama Hyundai dan Kia khususnya, mendapat sambutan luar biasa dengan pemandu di sebelah kiri.
Kesimpulannya, semangat menyokong produk-produk tempatan dalam kalangan rakyatnya sangat tinggi.
Penghasilan inovasi kenderaan pula begitu konsisten dan menyerlah apabila kita meletakkan mata serta berdiri sendiri di bumi bertuah ini.
Dalam sekalian banyak bas, belum ditemui lagi jenama daripada produk luar tetapi daripada jenama Hyundai dan Kia sahaja.
Gambar: Bas-bas daripada jenama tempatan
Kalau kita dapat menyaksikan kereta-kereta dari jenis BYD, atau Tesla atau Toyota, Honda, Mazda, BMW atau Volkswagen, atau Mercedes yang menunjukkan reka bentuk futuristik daripada masa kini, tetapi Hyundai dan Kia di jalan raya Korea tidak pernah kalah malah reka bentuknya lebih berani dan ekstrem yang disangkakan.
Gambar: Kereta jenama Kia daripada Korea Selatan yang dipamerkan di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon baru-baru ini
Kebanyakan kereta seperti itu amat jarang kelihatan di jalan-jalan atau di lebuh raya Malaysia selain yang biasa kita lihat.
Yang peliknya kereta-kereta buatan Jepun sukar ditemui.
Kalau adapun, mungkin bilangannya dalam beberapa buah sahaja dalam satu-satu masa seperti kereta Honda yang kategorinya “jarang-jarang”.
“Kadang-kadang”, ada juga kereta-kereta daripada buatan Eropah dan China.
Akan tetapi, kereta daripada jenis Toyota hampir tiada kelihatan apatah lagi kereta-kereta buatan Jepun yang lain.
Gambar: Pintu masuk ke Universiti Perempuan Ewha. Anda akan percaya apabila meletakkan mata dan berdiri sendiri di sini
Penghasilan inovasi kenderaan pula begitu konsisten dan menyerlah apabila kita meletakkan mata serta berdiri sendiri di bumi bertuah ini
Sebenarnya, industri automobil Korea Selatan telah pun bermula pada Ogos 1955, dengan kereta keluaran tempatan pertama yang dikenali sebagai Sibal yang sesuai dengan pemasangan kenderaan daripada bahagian dan komponen yang diimport.
Pada tahun 1975, Korea Selatan telah mengeluarkan kereta sendiri sepenuhnya dengan kelahiran Pony oleh Hyundai yang diasaskan pada tahun 1967.
Sumber: Wikipedia - Kereta pertama Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 1975 dikenali sebagai Pony
Sebelum itu pada tahun 1962, Kia Industry yang dahulunya dikenali sebagai Kyeongseong Precision Industry telah mula memasang kereta dengan kerjasama Mazda.
Makanan
Cabaran bagi pengembara muslim ialah mendapatkan makanan halal.
Gambar: Salah satu kedai yang menjual makanan halal berhadapan dengan pangkalan feri ke Pulau Nami
Ada beberapa kawasan secara khusus memang menyediakan menu halal malah satu-satu tempat itu dibarisi oleh kedai-kedai makanan halal.
Anda boleh mendapat makanan di kedai serbaneka 24 jam tetapi pilihan sangat terhad kerana kebanyakannya bukan berstatus halal.
Paling tidak, anda terpaksa menggunakan aplikasi untuk menentukan kandungan makanan tersebut halal atau tidak. Contohnya, aplikasi Rasa Halal.
Gambar: Ada beberapa gerai tepi jalan yang menjual makanan halal
Kalau di pasar malam Gyeongdong, memang ada beberapa gerai sepanjang tepi jalan menyediakan makanan halal malah ada kalangan mereka yang muslim.
Pekerja asing
Di sektor perniagaan, perhotelan, perkhidmatan kebersihan atau keselamatan, tidak ditemui pekerja-pekerja asing seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan, Myanmar dan seumpamanya.
Yang kelihatan ialah rakyat tempatan sahaja.
Pekerja-pekerja di restoran, hotel, kedai-kedai serbaneka dan kerja-kerja pembersihan, semuanya dalam kalangan rakyat tempatan.
Gambar: Rakyat Korea Selatan mengisi pekerjaan di pelbagai sektor
Di sektor perniagaan, perhotelan, perkhidmatan kebersihan atau keselamatan, tidak ditemui pekerja-pekerja asing seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan, Myanmar dan seumpamanya
Bahasa
Cabaran ke Korea ialah berkomunikasi kerana tidak semuanya boleh berbahasa Inggeris.
Sesetengah pemandu teksi tidak pandai berbahasa Inggeris termasuk pemilik kedai perhidmatan atau makanan.
Anda boleh menggunakan bahasa isyarat yang boleh difahami terutamanya untuk memesan makanan.
Gambar: N Seoul Tower pada waktu malam
Hal ini bukan menjadi halangan juga kerana ada sesetengah mereka menggunakan aplikasi terjemahan untuk menyatakan hasrat masing-masing.
Rumusannya
Tulisan ini adalah seperti apa yang penulis alami berdasarkan pemerhatian. Mungkin gambarannya berbeza daripada sisi pandang orang lain. Oleh itu, mungkin pandangan ini tidak mewakili keseluruhan Korea Selatan, khususnya di Seoul yang hanya dilawati hanya beberapa hari sahaja!
*****