Rentak Kita

Pembelajaran Virtual Reality - Bersediakah Malaysia ke Arah itu?

Oleh Muhaimi Suhaili
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja  Melewar

 

SEBUT sahaja virtual, tentu didefinisikan sebagai maya. 

Dunia maya. 

Konotasi itu mengingatkan kita tentang pelbagai aktiviti yang kita lakukan secara dalam talian.

Secara dalam talian itu maya.

Oleh sebab kita membentangkan kertas kerja secara dalam talian, maka terbitlah Seminar Penyelidikan Virtual atau Showcase Maya.

Contohnya dalam pembentangan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada setiap semester.

Malah banyak contoh lain anjuran mana-mana organisasi.

 

Showcase KPPB - salah satu anjuran tiga Kluster IPG. 

 

Kebangkitan baharu

Apabila disebut virtual reality pula, kita mula menerokai jauh daripada konsep itu.

Dengan menekap teknologi paparan di telinga (head-mounted-display) yang dikenali sebaga set Virtual Reality (VR), pengguna menikmati pengalaman dalam dunia ciptaan manusia.

Inilah dunia virtual reality

Keadaan ini merupakan satu kebangkitan baharu dalam teknologi dunia digital.

Pernah menonton Jonny English Strikes Again: VR Simulataion that went wrong di Youtube? 

Anda boleh cari dan tonton sedutan filem tersebut khususnya tentang adegan Jonny English, suatu watak pengintip ketika adegannya bermain game menggunakan VR.

Anda boleh nikmati adegan lucu Mr. Bean mengoperasikan permainan tersebut.

 

Jonny English dalam Strikes Again

 

Dengan menggunakan sepasang set Virtual Reality (VR), kita berada di dunia realiti di alam maya. 

Kita seolah-olah berada di dunia sebenar, ciptaan kita sendiri, dan membenarkan orang memasuki dunia imaginasi yang kita cipta.

Kita mungkin tidak dapat menikmati pengalaman menelusuri Tembok Besar China, tetapi dengan mencipta dunia realiti tersebut secara virtual, anda seolah-olah sudah berada di situ.

Kita boleh membuka pintu, memanjat, terbang, menyelam di laut dalam atau sesat. Kita juga boleh jatuh dari atas bangunan cuma "tidak mati" atau berasa sakit.

Mungkin kita dikejar anjing atau bermotosikal di Gurun Sahara. 

Atau yang bakal ke Mekah, bersimulasi berada Masjidil Haram untuk bertawaf.

Semuanya seolah-olah real dan kita berada di sana.

Penggunaan VR ini bukanlah sesuatu yang baharu. 

 

Penggunaan VR

Kini pelbagai disiplin telah “mencipta dunia sendiri" untuk membantu manusia memudahkan pekerjaan atau urusan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Bidang perubatan, sains sukan, kejuruteraan, penerbangan, ketenteraan, dan banyak lagi telah mula menggunakan konsep virtual reality ini mengikut disiplin masing-masing. 

Syarikat-syarikat perumahan pun banyak menggunakan teknologi VR ini.

Kita tidak perlu ke lapangan tetapi showcase dalam rumah yang dicipta itu akan membawa pengalaman yang luar biasa.

Pengguna boleh memasuki rumah yang hendak dibeli seperti ruang tamunya, dapur, bilik utama, balkoni, tempat letak kereta, tandas, malah pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemaju.

Malah yang menonjol dan begitu maju ialah dalam permainan atau game.

Teknologi VR telah dicipta pada tahun 1957 oleh Morton Heilig. 

Peranti multimedianya yang dipanggil Sensorama dianggap sebagai salah satu sistem VR terawal. 

Walau bagaimanapun, istilah 'virtual reality’ telah dicipta kemudiannya pada tahun 1987 oleh penyelidik Jaron Lanier.

 

Mesin awal Sensorama

 

Bidang Pendidikan

Dalam pendidikan, adakah Malaysia bersedia ke arah itu? 

Dalam teknologi digital ini, minat dan kecenderungan dunia mula meningkat termasuk Malaysia apabila kita sentiasa berada di rumah ketika dilanda pandemik COVID-19. 

Pada masa itu, sekolah kita berada di rumah masing-masing. 

Pada saat ini pelbagai peranti dan perisian kita gunakan sebagai salah satu aspek pemanfaatan digital. 

Dalam pendidikan, kita banyak menggunakan inovasi bagi membantu murid atau pelajar bagi memahami ilmu yang hendak kita sampaikan.

Pada masa itu, banyak aplikasi muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan terutama apabila kita terpenjara di rumah. 

Perubahan semasa memaksa kita untuk keluar daripada suasana pembelajaran yang hanya memberi tumpuan kepada fakta bertulis atau video pegun sahaja.

Kita perlukan pembelajaran digital yang bersifat interaktif dalam VR.

Namun, konsep “dunia realiti" masih kurang mendapat perhatian. 

 

 

Pembelajaran di dalam bilik darjah bersumberkan foto oleh Demco

 

Set VR

Lebih-lebih lagi memerlukan perisian dan set VR yang sukar dimiliki kerana harga yang mahal.

Jika tidak menggunakan set VR, pembelajaran dalam bentuk virtual reality masih boleh dilaksanakan tetapi tidak membawa pengguna kepada keadaan sebenarnya. 

Kita hanya seolah-olah melihat paparan monitor segi empat ketika penerokaan di alam maya. 

Kita terpisah dengan monitor atau paparan telefon di tangan sedangkan anda sedang mengoperasikan dunia ciptaan itu.

Akan tetapi dengan set VR kita "masuk sendiri" dalam monitor itu.

Kita menjadi pelakon dan mungkin watak utama.

Pendek kata, dunia realiti yang dicipta tidak akan membawa pengalaman eksplorasi yang benar-benar “real” dalam dunia ciptaan kita. 

Kesan pembelajaran sangat efektif berdasarkan virtual reality yang kita cipta kerana sifatnya yang interaktif.

Impak inilah yang akan diperoleh oleh pelajar.

 

Virtual Reality di dalam kelas bersumberkan Quytech


Cabaran

Kalau kita mahu menerokai VR ini, cabaran dalam pendidikan ialah harga set VR yang mahal untuk dimiliki.

Mungkin Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di mana-mana organisasi pendidikan di Malaysia perlu dibekalkan set VR ini sebagai permulaan.

Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan bentuk pembelajaran VR dan memotivasikan warga pendidik memulakan langkah pertama.

Dengan teknologi seperti ini telah memberi gambaran bahawa dunia akan datang sememangnyanya bersifat Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity (VUCA).

Lebih merisaukan lagi apabila generasi murid-murid sekolah rendah sekarang ini akan berhadapan dengan pekerjaan yang belum wujud lagi pada waktu ini.

Ketidaktentuan dan kekaburan ini menjadi cabaran kepada kita untuk memulakan penerokaan ini.

 

Sumber Foto oleh ASTRO AWANI

Essential Question: Benarkah bentuk pekerjaan mereka akan datang belum wujud masa ini? 

 

Inovasi

Selain itu pertandingan inovasi VR perlu diadakan agar dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif.

Semuanya dapat dimulakan dengan menghasilkan inovasi virtual pembelajaran dan membeli set VR sebagai langkah pertama. 

Langkah 1000 itu bermula dengan langkah pertama.

Kalau Malaysia tidak bermula sekarang, kita sentiasa menjadi negara yang menjadi pengguna bahan pembelajaran daripada negara-negara lain.

Kita harus mencipta sendiri dunia pembelajaran beracuankan Malaysia.

 

Salah satu contoh "Virtual Reality" yang dihasilkan oleh pelajar Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar dengan menggunakan perisian CoSpaces Edu.

 

Perisian VR

Selain set VR itu, perisian juga penting. 

Perisian percuma di internet boleh diperoleh tetapi fungsi yang sangat terhad dan istilah trial itu menjadi “trauma” kepada guru-guru.

Kita mahu melahirkan guru-guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang memberi impak tinggi.

 

Pembelajaran Sains dalam VR bersumberkan foto VIRTUALSPEECH

 

Peneraju Pembelajaran VR

Pembelian perisiannya (selain set VR) menjadi langkah pertama kita menjadikan Malaysia peneraju pembelajaran virtual

Malaysia harus memulakannya bagi membudayakan generasi bakal guru yang berada di lapangan nanti. 

Guru-guru kita harus diberi kesedaran dan terlibat secara langsung membangunkan pembelajaran di sekolah berasaskan pembelajaran virtual.

Oleh itu, wajarlah Malaysia merintis jalan menjadi peneraju pembelajaran VR di Asia, malah dunia.

*****

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini5
Semalam508
Minggu Ini2047
Bulan Ini3867
Jumlah Pelawat189844

Who Is Online

3
Online

2024-10-13