Rentak Kita

Inovasi KPPB Memantapkan Sistem Penyampaian Kurikulum Melalui Pedagogi Berkesan

Inovasi KPPB Memantapkan Sistem Penyampaian Kurikulum Melalui Pedagogi Berkesan

Oleh Muhaimi Suhaili*

KAPASITI Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) merupakan suatu inovasi pedagogi yang berupaya untuk memperkukuh dan memantapkan sistem penyampaian kurikulum melalui pedagogi yang berkesan dalam usaha meningkatkan kecekapan pensyarah serta membentuk jati diri dan kemenjadian pelajar. 

Demikian dinyatakan oleh Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Darul Aman ketika merasmikan pembukaan Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Kluster 5, bagi Semester II, Sesi Januari-Mei 2024 hari ini.

Menurut beliau lagi, KPPB dapat membantu pelajar mencipta pengetahuan baharu dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk digunakan dalam situasi sebenarnya pada masa akan datang sebagai guru di sekolah nanti. 

Gambar: Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron

Siaran dalam Pautan Youtube: 

https://www.youtube.com/watch?v=qJskb9IRzSk

“KPPB dapat memperkembang kemahiran pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan sehari-hari serta dapat melahirkan guru yang berwibawa, kompeten dan berjiwa pendidik dalam melaksanakan tugas guru bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan” katanya. 

Selain itu, pelaksanaan showcase KPPB pada kali ini juga dapat memberi peluang kepada penganjur untuk meningkatkan aspek penganjuran dan memberi kesempatan kepada pelajar meningkatkan aspek persembahan KPPB secara digital dengan lebih baik lagi. 

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa pelaksanaan Showcase KPPB yang dijalankan pada setiap semester dan setiap tahun ini akan dapat meningkatkan kefahaman pensyarah dari segi aktiviti merungkai dan merangkai kursus yang diajar dengan pentaksiran berterusan yang lebih mantap menggunakan pendekatan interdisiplinary.

“Program ini secara tidak langsung dapat menjayakan aspirasi pedagogi yang dihasratkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam usaha menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru dan menjadikan guru di negara ini bertaraf dunia” tambahnya.

Showcase kali ini dikendalikan oleh IPGM Kampus Darul Aman secara dalam talian menggunakan pelantar Streamyard dengan siaran secara langsung melalui Youtube.

Enam IPGMK lain yang turut menjadi penganjur bersama ialah IPGMK Tengku Ampuan Afzan, IPGMK Temenggong Ibrahim, IPGMK Ipoh, IPGMK Kota Bharu, IPGMK Raja Melewar dan IPGMK Dato’ Razali Ismail yang bertemakan KPPB: Mereka Bentuk Masa Hadapan Melalui Pedagogi Kontemporari.

Gambar: Nur Izzati Imani Binti Muhamad

Majlis dimulakan dengan Lagu Negaraku dan ucapan daripada pengacara majlis, Nur Izzati Imani Binti Muhamad yang kemudiannya mempersilakan Muhammad Nasihin bin Samidi untuk bacaan doa.

Gambar: Muhammad Nasihin bin Samidi

Dalam ucapan alu-aluan oleh Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Task Force KPPB IPGM menekankan aspek yang berkaitan dengan Pembelajaran Bersepadu (PB) untuk kurikulum 2027 nanti. 

Menurut beliau, anak-anak milenium dalam abad ke-21 iaitu golongan Gen Z dan Alpha, hidup dalam dunia tanpa sempadan telah dihidangkan dengan pelbagai maklumat, idea, teknologi, barangan, perkhidmatan, modal, kewangan dan hubungan sesama warga dunia yang lain berfungsi secara bersepadu. 

Anak-anak milenium memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk menggabung jalin dan membuat hubung kait dari pelbagai bidang disiplin ilmu bagi mencari solusi dan jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani masalah dunia yang sebenarnya.

“PB ialah satu kaedah yang dapat menyediakan murid kita daripada kalangan anak-anak milenium ini mendepani cabaran dunia RUPT (Rapid, Unpredictable, Paradoxical & Tangled) dan BANI (Brittle, Anxious, Non-linear & Incomprehensible).

Menurut beliau, PB akan mula dilaksanakan dalam Tahap I dengan menggabungkan disiplin ilmu Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Kesihatan. 

PB Tahap Il akan menggabungkan dua kelompok disiplin ilmu iaitu PB Sains dan Teknologi (gabungan disiplin ilmu Sains, Pendidikan Alam Sekitar serta Teknologi Asas dan Digital) serta PB Kemanusian (gabungan disiplin ilmu Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Sejarah). 

Selain itu, murid akan mengaplikasikan kemahiran PB dari Tahap I dan Tahap II dalam slot khusus Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) pada Tahap III.

Gambar: Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Task Force KPPB IPGM, selaku Pemantau dari IPGMK Kampus Ipoh

Menurut beliau lagi, antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan adalah seperti berikut iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (IBL), Pembelajaran Berasaskan Reka Bentuk (DBL), Pembelajaran Berasaskan Fenomena, Service Learning ialah satu pengalaman pembelajaran yang menggabungkan pengajaran dan pembelajaran murid dengan khidmat sukarelawan dalam komuniti, PicNews (Pembelajaran menggunakan gambar dari surat khabar) dan pelbagai kaedah yang lain.

Beliau juga menekankan aspek teaching school atau sekolah pengajar yang menjadi agenda utama tentang fungsi yang dimainkan oleh IPGM dalam merealisasikan pernyataan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan perubahan dari sistem pembelajaran berasaskan sekolah kepada ekosistem pembelajaran.

Akhir sekali, beliau turut menjemput semua warga IPGM di seluruh kampus untuk bersama-sama menyertai Kolokium KPPB sempena Seminar Antarabangsa iMINDS yang adakan diadakan pada 23-25 September 2024 di Hotel Casuarina, Ipoh.

Selepas sesi pembukaan, showcase KPPB dimulakan dengan pembentangan dari IPGMK DRI yang diwakili oleh Puteri Aneesa Shara Binti Sulaiman, Nur Aina Binti Zaharudin, Nadia Binti Shahrul Nizar, Miturssa A/P Ragupathy  dan Amirul Afiq Azim Bin Sudin.

Kursus yang dibentangkan ialah TSLB3343 Integrated Skills in The ESL Primary Classroom TSLB3332 Teaching in Practice dengan The Big Idea (TBI): Pedagogy Prowess: Mastering Lesson Plans for Educational Excellence dari Jabatan Bahasa dengan Panel Penilai ialah panel penilainya ialah Encik Mohamed Shahren Bin Abdullah dan Dr. Rafizah Binti Mohamed Salleh.

Gambar: Pembentangan dimulakan dari IPGMK DRI

Selepas itu, sesi pembentangan diteruskan dengan mempersilakan pembentang dari IPGMK Temenggong Ibrahim yang diwakili oleh Giselle Puri Robin, Ummi Sulaima Binti Mohd Safawai, Siti Haziqah Ikmalia Binti Mohd Hafizan, Nik Nurathirah Alia Binti Nik Shamsul Kamar dan Wan Nurdinie Aneesa Binti Meor Mohd Sharifuddin.

Kursus yang terlibat ialah PSVK3283 Menggambar, PSVK3293 Reka Bentuk Corak dan Rekaan dan PSVK3303 Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dengan Seni Nusantara Malaysia dan Indonesia dari Jabatan Sains Sosial.

Panel Penilai ialah En. Azmi Bin Mohamad @ Md Jalani dan Dr. Rafizah Binti Mohamed Salleh.

 

Gambar: Pembentang dari IPGMK Temenggung Ibrahim sedang mendapat maklum balas daripada En. Azmi Bin Mohamad @ Md Jalani, Panel Penilai dari IPGM Kampus Ipoh (atas paling kiri)

Pembentang berikutnya adalah daripada IPGMK Darul Aman bagi kursus TSLB3132 Inclusive Education dengan TBI: Knowledge Internalisation in The Digital Age Learning Fosters Significant Change and Growth in National Education”.

Para pembentangnya ialah Nur Adila Binti Nashiruddin Hani Syahida Binti Mazli, Nur Farhah Hanninah Binti Md Zaman, Leticia Lavhanya a/p Syril Mohan, Aisya Sofea Binti Zakaria Dan Faqih Wadihan Bin Adnan dari Jabatan Bahasa.

Panel Penilai ialah Encik Mohamed Shahren Bin Abdullah dan Encik Azmi Bin Mohamad @ Md Jalani.

 

 Gambar: Pembentangan daripada IPGMK Darul Aman

Seterusnya ialah para pembentang dari IPGMK Raja Melewar dengan kursus PIMK3123 Pentaksiran Dalam Pendidikan Islam dengan TBI: Pemanfaatan Inovasi JSU Pemangkin Pendidikan Bersepadu.

Para pembentang adalah terdiri daripada Nursyahmalina Binti Suhadi, Nur Atikah Binti Jasni, Radhiah Binti Md Zain @ Mat Zain, Helri Aziaton Faizah Binti Kamaruddin, Noor Syahirah Binti Zainal, Nurul Nadirah Binti Mohd Salleh, Nurul Ilya Sofiyya Binti Ab Rahman dan Nur Khodijah Binti Mohd Azhora dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Panel Penilai ialah Encik Mohamed Shahren bin Abdullah dan Dr. Rafizah binti Mohamed Salleh.

Gambar: Para pembentang dari IPGMK Raja Melewar ketika mendapat maklum balas daripada Panel Penilai, Encik Mohamed Shahren Bin Abdullah dari IPGM Kampus Tun Hussein Onn (atas paling kiri)

Dengan TBI: Pembudayaan Kebahasaan Mendepani Karamah Insaniah, kali ini tiba giliran IPGMK Ipoh untuk membuat pembentangan.

Kursus-kursus yang terlibat ialah BMMB3243 Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam Bahasa Melayu dan BMMB3283 Kesusasteraan Kanak-Kanak dalam Pengajaran Bahasa Melayu.

Para pembentang terdiri daripada Muhammad Azraf Bin Mohamad Rosli, Nurul Shifa Binti Mat Zen, Nurauni Dayini Binti Badrul Hisham, Nor Hazwani Binti Halim dan Nurul Shafika Binti Harun Dari Jabatan Pengajian Melayu.

Panel Penilai ialah Encik Azmi Bin Mohamad @ Md Jalani dan Dr. Rafizah Binti Mohamed Salleh.

 

Gambar: Pembentang dari IPGMK Ipoh ketika mendapat maklum balas daripada Dr. Rafizah Binti Mohamed Salleh (bawah paling kanan), Panel Penilai dari IPGM Kampus Ipoh

Giliran berikut adalah dari IPGMK TAA dengan kursus PAKK3553 Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan PAKK3513 Pentaksiran dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

TBI yang dibina ialah Bina Kreativiti, Menjejak Bakat: Pentaksiran Kanak-Kanak Yang Inspiratif dengan pembentangnya yang diwakili oleh  Puan Nurul Ain Binti Abdul Rahman dan Dr. Zarina Binti Eshak mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan dengan Panel Penilai ialah Encik Mohamed Shahren bin Abdullah.

Gambar: Pembentangan daripada pensyarah IPGMK TAA

Pembentang terakhir ialah IPGMK Kota Bharu dengan kursus PKBK3123 Pemulihan dalam Komuniti dan PKUK3103 Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas dengan TBI: Aktiviti Bermakna, PDK Berkualiti, MBPK Berjaya.

Para pembentang ialah Akmal Arif Bin Abdul Rashid, Sarah Hazami Binti Hishamudin, Muhammad Afif Syaamil Bin Ahmad Sabri dan Nur Shafieza Alyaa Binti Suhadan dari Jabatan Pendidikan Khas.

Panel Penilai ialah Encik Azmi Bin Mohamad @ Md Jalani.

Gambar: Para pembentang dari IPGMK Kota Bharu ketika sesi maklum balas

 

PROFIL ANALISIS MAKLUM BALAS

Sumber analisis: Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Kluster 5, bagi Semester II, Sesi Januari-Mei 2024

Panel Penilai: Encik Azmi bin Mohamad @ Md Jalani, Encik Mohamed Shahren bin Abdullah dan Dr. Rafizah binti Mohamed Salleh

Task Force: Siti Rosni Binti Mohamad Yusoff (Pemantau)

Pembentang: IPGM Kampus Darul Aman, IPGMK Tengku Ampuan Afzan, IPGMK Temenggong Ibrahim, IPGMK Ipoh, IPGMK Kota Bharu, IPGMK Raja Melewar dan IPGMK Dato’ Razali Ismail yang 

Tema: KPPB: Mereka Bentuk Masa Hadapan Melalui Pedagogi Kontemporari

Tarikh: 12 Jun 2024

Masa: 8.30 pagi -  1.30 tengah hari

Aspek yang dianalisis: Soalan-soalan yang ditanya, kekuatan, dan cadangan penambahbaikan

 

Soalan-soalan

  1. Bagaimanakah HPK dalam kursus anda dapat dibawa hingga ke peringkat global?
  2. Bagaimana anda sudah mencapai tahap Kuandron D dalam Model 3R?
  3. Bagaimanakah TBI yang dipilih dapat memberi impak ke arah kemenjadian guru dari aspek keterampilan?
  4. Adakah HPK bagi kursus-kursus yang digabung dapat dicapai sepenuhnya?
  5. Sejauh manakah  Model Pembelajaran Pelajar membantu dan menyokong elemen komunikasi 6C tanpa banyak mengguna gajet?
  6. Adakah anda hanya mendapat maklum balas daripada pensyarah anda sahaja?
  7. Siapakah rakan pembelajaran di luar selain yang ada dalam lingkungan anda sendiri?
  8. Terangkan lebih lanjut tentang penghasilan inovasi dari sudut pemanfaatan digital?
  9. EQ manakah yang menjurus kepada tercapainya TBI yang dipilih?
  10. Adakah inovasi anda telah diuji lari atau dirintis di sekolah?
  11. Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada inovasi anda?
  12. Apakah aplikasi lain digunakan selain yang sedia ada bagi membangunkan inovasi anda?
  13. Pada pendapat anda, antara kaedah holistik dan analitik, yang manakah lebih dominan dalam mengukur kreativiti?
  14. Adakah terdapat perkaitan antara penguasaan kreativiti dalam pembinaan bahan dan penyampaian dengan penjenamaan diri dan identiti seseorang?
  15. Bagaimanakah anda melihat aspek kejelasan dapat membantu dalam merancang kedua-dua kursus tersebut bagi memastikan semua HPK tercapai?
  16. Kenapa TBI tersebut dipilih?
  17. Bagaimana Belajar Cara Belajar dalam Model Pembelajaran Pelajar dapat membantu anda untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan bagi kedua-dua kursus tersebut?
  18. Sejauh manakah OPD dapat membantu meningkatkan kemahiran digital anda?
  19. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang anda menjalani kursus pada semester ini dan bagaimanakah anda dapat menanganinya?
  20. Bagaimanakah matrik kompetensi 6C dapat membantu mencapai HPK yang terdapat dalam kursus-kursus yang diikuti?
  21. Berikan justifikasi TBI tersebut dipilih bagi memastikan ketiga-tiga kursus tersebut dapat dilaksanakan secara interdisciplinary dengan lebih berkesan lagi?
  22. Sejauh manakah penglibatan pelajar dalam mereka bentuk kefahaman dari aspek kriteria kejayaan dan kaedah pentaksiran?
  23. Bagaimana dengan HPK yang tidak menjuruskan kepada pencapaian TBI?
  24. Bagaimanakah kolaboratif terutamanya melalui rakan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam situasi kekangan yang dihadapi?
  25. Adakah anda sudah mencapai tahap extension melalui Model 3E?
  26. Apakah produk akhir yang diperoleh oleh anda sepanjang melalui pembelajaran bermakna ini?
  27. Dalam banyak EQ, yang manakah menjurus kepada TBI yang dipilih?
  28. Bagaimanakah TBI dapat mengukur prestasi dan keberkesanan dalam kehidupan sebenar bagi tempoh masa yang panjang?
  29. Sejauh manakah  Model Pembelajaran Pelajar membantu dan menyokong elemen komunikasi 6C tanpa banyak menggunakan gajet?
  30. Adakah sasaran komunikasi terhad kepada ruang lingkup aktiviti setempat atau diperluas kepada khalayak yang lain?
  31. Jelaskan konsep autonomi to make decision in assignment dalam Belajar Cara Belajar.
  32. Adakah anda sudah mencapai kompetensi global 6C apabila mengikuti kursus tersebut?
  33. Sejauh manakah OPD dapat membantu meningkatkan kemahiran anda dalam menguasai kemahiran digital?
  34. Bagaimanakah TBI dibina dan dapat mengukur prestasi dan keberkesanan dalam kehidupan sebenar dalam suatu tempoh masa yang tertentu?
  35. Mengapakah TBI tersebut dipilih sekali gus dapat dikaitkan dengan kursus-kursus yang digabung?
  36. Sejauh manakah pelaksanaan kursus yang anda lalui semester ini telah berjaya mencapai kompetensi global 6C?

Cadangan penambahbaikan

  1. TBI terhasil seharusnya bermula dengan mencerakinkan HPK kursus bawah kategori pengetahuan dan kemahiran.
  2. Kemudiannya  pengetahuan/fakta dalam tajuk akan menerbitkan konsep mikro dan makro sebelum digarapkan dalam bentuk TBI.
  3. Learning Partnership hendaklah ditampilkan dengan evidence dalam persembahan.
  4. Pembentang hendaklah menguasai pengetahuan dan kandungan konsep-konsep KPPB.
  5. EQ sepatutnya berbentuk soalan, bukan pernyataan.
  6. CLO yang terlibat hendaklah mencapai HPK semua kursus yang dirangkaikan.
  7. EQ juga boleh memasukkan frasa atau klausa dalam TBI supaya hala tuju pelajar akan menjadi lebih jelas.

Ulasan Task Force

Pada akhir sesi, ulasan daripada Task Force sebagai rumusan keseluruhan yang disampaikan oleh Siti Rosni Binti Mohamad Yusoff yang juga selaku Pemantau.

Berikut ialah ulasan beliau.

Kekuatan:

  1. Rakan pembelajaran yang mantap sama ada di dalam negeri mahupun di luar negeri.
  2. Pelajar mahir menggunakan pelbagai aplikasi bagi memastikan pembelajaran dimantapkan dan diperkukuh melalui pemanfaatan digital.
  3. Penyebarluasan produk-produk, video, penulisan, bahan bantu belajar dan sebagainya telah memberi impak kepada persekitaran yang berkaitan.
  4. Adanya penjenamaan hasil-hasil tangan pelajar melalui pendaftaran harta intelek bagi memperoleh hak cipta. 

Cadangan penambahbaikan

  1. Interdisciplinary haruslah dibudayakan kerana akan menjadi landasan kepada bakal-bakal guru apabila berada di sekolah bagi memudahkan pelaksanaan Pembelajaran Bersepadu untuk Kurikulum 2027.
  2. Interdisiplinary bukan sahaja di dalam jabatan tetapi boleh merentas sehingga ke jabatan lain.
  3. Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan Rubrik KPPB OPD bagi memastikan kualiti KPPB tercapai mengikut standard yang telah ditetapkan.
  4. Lengkapkan diri dari aspek kandungan dan pengetahuan tentang KPPB agar kualiti penyampaian apabila berkomunikasi dapat ditingkatkan lagi.

Majlis diakhiri dengan lagu IPGM.

 Gambar: Krew IPGMK Darul Aman selaku host

 

 *****

 *Profil Penulis

Penulis bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini244
Semalam262
Minggu Ini1249
Bulan Ini6606
Jumlah Pelawat202335

Who Is Online

1
Online

2024-11-21