Portfolio

KPPB: Konsep Mikro dan Makro kepada The Big Idea (TBI)

KPPB: Konsep Mikro dan Makro kepada The Big Idea (TBI)

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Konsep mikro dan makro Kepada The Big Idea (TBI)

 

Pengetahuan/

fakta

Mikro

Makro

Operasi tambah 

Operasi tolak

Memudahkan urusan niaga 

Membeli belah di pasar raya 

Senarai semak  barang belian

Perancangan belanjawan

Integriti

Kejujuran

Ketepatan dalam pengiraan

Telus

Kebijaksanaa berbelanja


TBI: Ketelusan Dicari Integriti Ditunjangi

Pengetahuan/

fakta

Mikro

Makro

Teori tarikan graviti

Hubungan jarak dan tarikan



Bumi dan ruang angkasa


Dimensi ruang cakerawala yang menakjubkan 


Setiap ciptaan Tuhan adalah bersebab


Setiap benda boleh digerakkan



Kehebatan ilmu anugerah Ilahi


Keagungan Tuhan


Kewujudan  Sang Pencipta


TBI: Komunikasi Ruang Mencari Tuhan

 

TBI

 

Untuk mendapat TBI yang baik, hendaklah menggarap TBI bagi setiap HPK bagi membentuk TBI yang satu yang dapat meliputi TBI setiap HPK. 

TBI yang baik, bukan menghasilkan output semata-mata, tetapi outcome yang memberi impak dalam kehidupan pelajar.

 

Konsep TBI

TBI ialah kerangka utama atau pola pembelajaran yang hendak kita bawa. Di peringkat IPG dikenali sebagai The Big Idea (Idea Utama), manakala di sekolah dinamakan sebagai Tema. Pembelajaran tanpa TBI umpama membawa kapal tanpa destinasi. Banyak pun destinasi yang dituju, dan kita boleh pilih mana-mana tanpa kepastian, umpama mengejar 10 ekor ayam (10 destinasi), dan kita tidak pasti ayam mana nak ditangkap (destinasi mana kita hendak pergi). Akan tetapi kalau kita ada destinasi, maka kita ada matlamat yang hendak dituju. Dalam pembelajaran, TBI seolah-olah peta perjalanan kita dan kita tahu hendak dibawa ke mana pelajar kita. Matlamat atau kerangka utama kita ialah mengejar seekor ayam ( satu hala tuju destinasi).

TBI Bukan Semata-mata dalam Pembelajaran

  1. Kalau kita hendak membuat majlis makan malam pun kena ada TBI yang dikenali sebagai Tema makan malam. Ada yang memilih konsep Era 60-an, Konsep Kembali ke Sekolah, Cowboy, Denim, Pakaian Tradisional, Denim dan macam-macam lagi.
  2. Dalam konsert pun ada TBInya dengan membawa konsep persembahan. Contohnya, konsert Era Klasik.
  3. Hari guru pun ada TBInya yang dikenali sebagai tema. Contohnya, Guru Berkualiti Aspirasi Negara (Tema hari guru 2002 dan 2003).
  4. Dalam sesuatu majlis atau acara rasmi yang diadakan pun ada TBInya yang dikenali sebagai Tema. Contoh dalam majlis pelancaran PRADAKAP (Menjulang Pradakap Mewasilahkan Warisan).

Ciri-ciri TBI yang baik

  1. Dimensi yang luas (liputan).
  2. Berbentuk klausa (satu subjek, dan satu predikat).
  3. Terbentuk daripada proses merungkai.
  4. Bukan berbentuk ayat.
  5. Tidak terlalu panjang.
  6. Tidak pula terlalu ringkas [perkataan atau frasa. Contoh: Perpaduan (perkataan) atau Masyarakat Madani [frasa]), cuba elakkan.
  7. Bukan TBI yang tiba-tiba “turun dari atas langit” (maksudnya bukan terus petik tanpa melalui proses merungkai).
  8. Spesifik tetapi terbuka ("Mereka Bentuk Masa Hadapan Negara Melalui Pedagogi Kontemporari")
  9. Boleh bersifat global atau dalam dimensi yang merentasi imaginasi tetapi tidak semestinya, iaitu bergantung kepada kandungan pembelajaran dan hala tuju asalkan praktikal dan berpijak di bumi nyata).
  10. Menggarap TBI setiap HPK menjadi satu TBI yang memayungi kursus tersebut.
  11. Mencapai output (keberhasilan), malah outcome (jangka panjang) iaitu impak dalam kehidupan sebenarnya.
  12. Bukan diambil 100 peratus daripada mana-mana frasa atau klausa daripada tajuk-tajuk dalam kursus tetapi “terkait” dengan tajuk-tajuk tersebut. Hal ini kerana, dalam KPPB kita mahu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran “baharu” berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari daripada tajuk-tajuk tersebut untuk digunakan dalam kehidupan yang sebenarnya.

Mengapakah TBI perlu melalui proses merungkai?

  1. Melalui proses merungkai, TBI akan mencakupi semua Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)/CLO dan tajuk-tajuk yang dipelajari. Oleh itu, TBI tersebut hit kepada keseluruhan HKP yang ada.
  2. Kita boleh menggunakan TBI dalam dalam satu-satu HPK. Contohnya dalam HPK 1 ada TBInya. Pensyarah bercadang untuk aktiviti tutorial, pelajar melaksanakan aktiviti berforum atau syarahan. Contoh, TBI pada HPK 1 ialah “Adab Disantuni Jati Diri Terpatri”. Jadi TBI ini boleh digunakan untuk tajuk forum atau syarahan dalam tutorial tersebut.
  3. TBI keseluruhanya bagi satu kursus, dapat disesuaikan dengan TBI kursus lain apabila pensyarah yang hendak melaksanakan interdisiplinari. Ketika mencari satu titik TBI yang mencakupi beberapa kursus yang hendak digabung itu, penyelaras kursus atau pensyarah yang mengajar kursus tersebut akan mengambil kira TBI yang dihasilkan melalui proses merungkai. Maknanya, satu titik TBI gabungan kursus-kursus tersebut akan terkaitkan dengan kursus mereka masing-masing.

Klausa di Sebalik TBI

TBI yang baik terbentuk daripada klausa dan klausa itu pula terbentuk daripada gabungan frasa.

Gabungan frasa dalam bahasa Melayu ialah:

  1. Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) = [Guru Cemerlang (FN) + Negara Terbilang ( FN)] “Guru Cemerlang Negara Terbilang”.
  2. Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) = [Komunikasi Ruang (FN) + Mencari Tuhan ( FK)] “Komunikasi Ruang Mencari Tuhan”.
  3. Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) =  [Generasi Berbudaya (FN) + Sejahtera Perkasa ( FA)] “Generasi Berbudaya Sejahtera Perkasa”.
  4. Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN) = [Elok Budi (FN) + Untuk Bakal Mati ( FSN)] “Elok Budi Untuk Bakal Mati”.   [CATATAN: TBI di atas hanyalah contoh asas daripada Pola Ayat Dasar dalam bahasa Melayu. Begitupun, tidaklah semestinya ketetapannya begitu kerana klausa bahasa Melayu juga terbentuk daripada frasa yang melalui beberapa transformasi. Frasa tersebut boleh jadi dalam susunan biasa atau songsang terutama binaan kata inti dan kata penerangnya yang melalui proses perubahan (transformasi)].

 

Senarai Tema Hari Guru Dari Tahun 2000 Hingga Kini Untuk panduan dan rujukan semua, berikut adalah senarai Tema Hari Guru dari tahun 2000 hingga tahun 2024 yang terkini:

2024 : Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

2022: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

2021: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu

2020: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu

2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa

2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

SUMBER: Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/tema-hari-guru-huraian-definisi.html

 

KESIMPULAN

Daripada HPK kepada The Big Idea (TBI) - menelusuri akar

TBI yang baik berakarkan setiap HPK untuk memperoleh pengetahuan/fakta. Selepas itu akan dapat menghasilkan konsep mikro dan makro berdasarkan pengetahuan/fakta. Akhirnya, dapat menghasilkan SATU TBI untuk satu HPK.

Sebaik-baiknya satu TBI bagi setiap kursus pula diperoleh daripada garapan beberapa TBI bagi setiap HPK seperti di bawah.

 

Perkembangan Pembelajaran

Flow pembelajaran daripada pengisian tajuk- tajuk yang diajar mengikut keperluan PB. Ada tajuk yang diawalkan untuk keperluan PB.

 

 

SUMBER TENTANG KPPB YANG BOLEH DIRUJUK:

 

 

Anda boleh memperoleh kedua-dua templat tersebut seperti di bawah serta maklumat yang boleh dijadikan panduan seperti pautan di bawah ini.

 

Selain itu, Puan Mimma Sayuti juga ada berkongsi dengan kita tatacara tentang menghasilkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) melalui pautan penulisan beliau seperti di bawah.

 

Selain itu, buku khusus untuk OPD KPPB telah dikeluarkan. 

Panduan lengkap boleh merujuk buku tersebut malah telah diterbit yang dihasilkan oleh Task Force.

 

 

Date

03 Ogos 2024

Tags

KPPB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini204
Semalam507
Minggu Ini1189
Bulan Ini1749
Jumlah Pelawat397308

Who Is Online

4
Online

2026-02-04