KPPB: Essential Question (EQ) atau Soalan Pencetus Idea
Oleh Muhaimi Suhaili
EQ
Sumber imej: pbs.org
Essential Question
Essential Question (EQ) merupakan elemen yang penting dalam KPPB kita ini.
Aspek ini sebenarnya sangat powerful kerana dengan soalan, orang akan mencari jawapan dan dalam mencari jawapan itu proses pembelajaran berlaku meskipun soalan yang ditanya itu seperti tidak masuk akal dan kelihatan “b#d#h”.
Umpamanya penemuan prinsip tarikan graviti yang menjadi fenomena dan penemuan sains yang mengagumkan.
Dengan idea itu, kita dapat mengapungkan sekalian banyak satelit di seluruh dunia di ruang angkasa hanya bermula dengan EQ yang kelihatan “b#d#h” dan tidak masuk akal.
Umpamanya ketika duduk di bawah pokok, tiba-tiba Isaac Newton bertanya: Mengapakah kalau epal jatuh harus ke bawah? Proses berfikir dan mencari jawapan akhirnya menemui teori tarikan graviti ini.
Oleh itu, jangan perlekeh EQ dalam sesuatu proses pembelajaran itu. Sumbangan idea “b#d#h” itu telah membawa satu impak yang besar dalam tamadun manusia.
Dalam KPPB, apabila ada idea tentang EQ ini, sebenarnya kita boleh memberi impak yang besar kepada pelajar tersebut terutama apabila mereka membina soalan-soalan yang mencabar.
Dengan ini akan memandu mereka ke arah penerokaan ilmu yang mencabar daya pemikiran kritis dan kreativiti seseorang pelajar itu.
Saya percaya, aktiviti membina EQ terutama dalam aktiviti di dalam bilik kuliah dan darjah boleh menjadikan pelajar itu berfikir dengan menerokai sesuatu isu itu dengan lebih mendalam dan kritis lagi. Semakin banyak EQ yang dicetuskan, semakin banyak jawapan yang dicari.
Apabila kita bermula dengan soalan, kita akan menemui jawapannya.
Dalam kehidupan kita seharian, berapa banyak persoalan yang kita tanya dalam diri kita sendiri, dan berapa banyak jawapan yang diperoleh.
Cuma cepat atau lambat sahaja proses mendapat jawapan itu. Mulakan dengan pertanyaan, kita pasti akan memperoleh jawapan.
EQ: Bagaimanakah dapat membuktikan yang mahkota raja adalah palsu?
Dengan ini proses belajar itu akan menjadi lebih bermakna. Pada hemat saya, elemen EQ ini telah menstrukturkan cara berfikir kita dengan lebih sistematik dan prinsip EQ ini perlu dipraktikkan secara sedar, bukan secara kebetulan.
EQ: Mengapakah epal yang jatuh harus ke bawah?
Yang menimbulkan curiousity.
Ilmu dan pengetahuan yang dipelajari kita cuba kaitkan dengan sesuatu yang baharu atau idea luar jangka kita. Apatah lagi kalau kita kaitkan dengan TBI yang kita janakan.
Contoh pengetahuan: tentang Hukum tarikan graviti.
EQ yang mencabar pemikiran pelajar: Mengapa benda yang jatuh harus ke bawah?
Contoh pengetahuan/fakta ialah sebab-sebab kejatuhan Melaka di tangan Portugis.
Murid Sejarah diajar sebab-sebab Melaka jatuh di tangan Portugis 1511. Guru memberikan dan menjelaskan semua faktor-faktor tersebut supaya murid tahu dan faham.
EQ 1: Apakah sebab-sebab Melaka jatuh ke tangan Portugis?
EQ 2: Gambarkan apa yang berlaku kepada bandar Melaka sekarang sekiranya Portugis tidak pernah datang dan menawan Melaka?
EQ 3: Bagaimanakah keadaan sekarang ini jika Portugis menawan bandar di hulu Kapit, Sarawak pada tahun 1511?
EQ mana yang lebih baik?
Guru menjelaskan pengetahuan atau fakta tentang hukum graviti, sejarahnya dan penjelasan tentang bagaimana hukum ini terjadi.
EQ 1: Jelaskan bagaimanakah hukum graviti ini terjadi?
EQ 2: Bagaimanakah inovasi dapat dicetuskan melalui hukum tarikan graviti?
EQ berdasarkan TBI
TBI: Mereka Bentuk Masa Hadapan Melalui Pedagogi Kontemporari
EQ: Bagaimanakah KPPB dapat mereka bentuk masa depan hadapan Malaysia melalui pedagogi kontemporari?
KESIMPULAN
Daripada HPK kepada The Big Idea (TBI) - menelusuri akar
TBI yang baik berakarkan setiap HPK untuk memperoleh pengetahuan/fakta. Selepas itu akan dapat menghasilkan konsep mikro dan makro berdasarkan pengetahuan/fakta. Akhirnya, dapat menghasilkan SATU TBI untuk satu HPK.
Sebaik-baiknya satu TBI bagi setiap kursus pula diperoleh daripada garapan beberapa TBI bagi setiap HPK seperti di bawah.
Perkembangan Pembelajaran
Flow pembelajaran daripada pengisian tajuk- tajuk yang diajar mengikut keperluan PB. Ada tajuk yang diawalkan untuk keperluan PB.
Selain itu, buku khusus untuk OPD KPPB telah dikeluarkan.
Panduan lengkap boleh merujuk buku tersebut malah telah diterbit yang dihasilkan oleh Task Force.
*****