Portfolio

KPPB: Konsep Understanding by Design atau Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) dan Rasionalnya

KPPB: Konsep Understanding by Design atau Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) dan Rasionalnya

 

Oleh Muhaimi Suhaili

Pendekatan Understanding by Design diperkenalkan oleh Grant Wiggins dan Jay McTighe (2005) atau Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) sebagai satu kerangka perancangan kurikulum yang menekankan kefahaman mendalam dan bermakna murid terhadap konsep pembelajaran.

Pendekatan ini berasaskan prinsip bahawa pengajaran yang berkesan perlu dirancang dengan memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai terlebih dahulu, sebelum merancang aktiviti pengajaran. Oleh sebab itu, pendekatan ini dikenali sebagai backward design.

Terdapat tiga peringkat utama iaitu:

1. Hasil yang diharapkan (Desired Result)

Guru mengenal pasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid. Pada peringkat ini, guru juga menentukan:

  • pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai.
  • idea besar (big ideas)
  • soalan penting (essential questions)

2. Bukti pentaksiran (Assessment Evidence)

Guru menentukan bagaimana pembelajaran murid akan dinilai. Pentaksiran boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk seperti:

  • projek
  • tugasan autentik
  • pembentangan
  • pentaksiran formatif dan sumatif.

3. Pelan pembelajaran (Learning Plan)

Guru merancang aktiviti pengajaran yang membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Pendekatan ini memastikan bahawa aktiviti pembelajaran yang dirancang benar-benar menyokong hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

Rasional Pendekatan kmR

Pendekatan ini diperkenalkan sebagai respons kepada beberapa kelemahan dalam amalan pengajaran tradisional.

Mengatasi pengajaran yang terlalu berfokus kepada aktiviti

Menurut Wiggins dan McTighe (2005), ramai guru merancang pengajaran dengan memikirkan aktiviti yang menarik tanpa memastikan bahawa aktiviti tersebut benar-benar menyokong hasil pembelajaran. Pendekatan Kefahaman melalui Reka bentuk mengatasi masalah ini dengan menekankan bahawa perancangan pengajaran perlu bermula dengan hasil pembelajaran.

Menjamin keselarasan kurikulum, pengajaran dan pentaksiran

Pendekatan KmR selari dengan konsep constructive alignment yang diperkenalkan oleh John Biggs (2011). Konsep ini menegaskan bahawa pembelajaran berkesan berlaku apabila hasil pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pentaksiran diselaraskan secara sistematik.

Menggalakkan pembelajaran bermakna

Pendekatan KmR juga berasaskan teori pembelajaran bermakna oleh David Ausubel (1986) yang menegaskan bahawa pembelajaran berlaku secara lebih mendalam apabila pengetahuan baharu dihubungkan dengan struktur pengetahuan sedia ada dalam minda pelajar.

Meningkatkan kejelasan pengajaran guru

Kajian oleh John Hattie (2009) menunjukkan bahawa kejelasan pengajaran guru merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi pencapaian murid.

Pendekatan KmR membantu guru menyatakan objektif pembelajaran dengan lebih jelas serta merancang pentaksiran yang selaras dengan hasil pembelajaran.

Berikut ialah templat yang digunakan oleh IPG dalam merancang pengajaran seperti di bawah ini. 

 

Sama ada Kursus tersebut Stand Alone atau Interdisiplinary, proses merungkai dan KmR perlu dilalui.

 

Contoh mengisi borang Merungkai & borang Merangkai dalam KmR seperti pautan di bawah. 

 

Contoh elemen-elemen KPPB yang ditetapkan dalam tugasan PB telah dimasukkan dalam buku panduan pentaksiran terkini pada muka surat 101-106.

 

Daripada Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) Kepada Realiti (Pelaksanaan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Travelog Bahasa lahir daripada idea yang tercetus melalui KmR.

 

 

 

 

SUMBER TENTANG KPPB YANG BOLEH DIRUJUK:

Anda boleh memperoleh templat merungkai dan merangkai, serta beberapa panduan tersebut melalui pautan di bawah:

 

 

Selain itu, Puan Mimma Sayuti juga ada berkongsi dengan kita tatacara tentang menghasilkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) melalui pautan penulisan beliau seperti di bawah.

 

Selain itu, buku khusus untuk OPD KPPB telah dikeluarkan. 

Panduan lengkap boleh merujuk buku tersebut malah telah diterbit yang dihasilkan oleh Task Force.

Date

04 Ogos 2024

Tags

KPPB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini115
Semalam359
Minggu Ini2533
Bulan Ini10268
Jumlah Pelawat419851

Who Is Online

3
Online

2026-03-22