
KPPB: Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Oleh Muhaimi Suhaili
Hasrat Pembelajaran & Kriteria Kejayaan
Hasrat pembelajaran merujuk kepada apa yang pelajar akan belajar, manakala sukses kriteria merujuk kepada apa yang pelajar dapat buat bagi menunjukkan yang mereka telah belajar.
Hasrat Pembelajaran (learning intension), juga menggunakan frasa lain seperti:
- Learning goal (Tujuan pembelajaran)
- Learning objective (Objektif pembelajaran)
- Learning aim (Sasaran pembelajaran)
Penggunaan frasa, Saya belajar (menunjukkan hasrat pembelajaran), manakala Saya dapat (menunjukkan kriteria kejayaan).
Proses pembelajaran akan lebih bermakna, apabila guru sentiasa "meraikan" hasrat pembelajaran (atau objektif pembelajaran), dan keberhasilan pembelajaran (kriteria kejayaan) sepanjang proses pembelajaran berlaku.
Pendek kata, hasrat pembelajaran ialah apakah pengetahuan dan kemahiran, serta kriteria (syarat, keterangan jika ada) yang akan dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam dokumen standard.
Kriteria kejayaan pula ialah apakah pengetahuan dan kemahiran, serta kriteria (syarat, keterangan jika ada) yang murid dapat buat (capai) selepas sesi pembelajaran berakhir berdasarkan dokumen standard tersebut.
Selain itu, pada awal pengajaran dan pembelajaran, murid menyatakan "ikrar" kriteria kejayaan tersebut supaya mereka tahu hala tuju dan apa yang sepatutnya (kejayaan) murid itu dapat selepas sesi pembelajaran berakhir.
Matlamat pembelajaran seperti matlamat peperangan
Ibarat seorang Jeneral membawa bala tenteranya di dalam sebuah kapal untuk memenangi suatu peperangan.
Jeneral perlu memberitahu kepada tentera-tenteranya bahawa mereka hendak menuju ke mana, apa tujuan mereka, dan bagaimana mereka tahu bahawa misi tersebut sudah berjaya.
Bayangkan, bala tentera yang berada di dalam kapal tidak tahu mereka hendak ke mana, tujuannya, dan bagaimana mereka tahu misi itu sudah tercapai, tentu sekali perkara itu satu malapetaka besar!
Analogi: Jeneral (guru) dan bala tentera (murid)
Guru ibarat Jeneral, manakala pelajar-pelajarnya ialah bala tentera.
Proses pembelajaran di dalam kelas mempunyai hasrat dan misi tersendiri.
Bukan seorang Jeneral sahaja tahu, tetapi bala tenteranya juga perlu tahu.
Gambar hiasan: Umpama seorang guru, yang memimpin murid dalam misi pembelajaran dengan menegaskan apa misinya, tujuannya dan apakah petunjuk bahawa mereka telah memenangi peperangan tersebut (mencapai kriteria kejayaan)
Dengan perkataan lain, bukan seorang guru saja tahu, tetapi pelajar juga perlu dikongsikan bersama.
Dengan ini, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap proses pembelajaran yang dilalui.
Tidak ada agenda tersembunyi di sebalik pembelajaran.
Bukan guru sahaja tahu pencapaian murid, tapi murid juga berhak tahu (apa murid itu telah dapat).
Tidak ada istilah "invisible"!
Oleh itu, murid berhak untuk tahu tentang pencapaian mereka melalui kriteria kejayaan.
Dengan yang demikian, murid harus mempunyai idea seperti mana gurunya tentang apa yang berlaku di dalam kelas.
- Apakah yang mereka akan pelajari hari ini? (Apa yang dipelajari murid hari tersebut?)
- Apakah tujuan mereka? (Apakah hasrat pembelajaran mereka?)
- Bagaimanakah mereka tahu bahawa tujuan mereka tercapai? (Apakah kriteria kejayaan mereka)
Gambar: Dalam sebuah perjalanan pembelajaran, pelajar harus tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana mereka tahu telah sampai ke destinasinya
Contoh Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Contoh SK dan SP dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 2 (SJK)
Standard Kandungan:
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.1.1 Memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata mengikut konteks;
(ii) Kata nama khas
Hasrat Pembelajaran:
Pada pengajaran dan pembelajaran, saya belajar:
1. Memahami kata nama khas mengikut konteks.
2. Penggunaan kata nama khas mengikut konteks.
Kriteria Kejayaan:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat:
1. Memahami kata nama khas dengan mengenal pasti sekurang-kurangnya lima daripada enam kata khas mengikut konteks melalui aktiviti menjawab soalan kuiz dalam WordWall secara individu.
2. Menggunakan kata nama khas sekurang-kurangnya empat daripada lima dengan mengisi tempat kosong dalam ayat mengikut konteks secara berkumpulan dalam aktiviti Marilah Beriadah yang diberikan dalam Plickers.
3. Menggunakan kata nama khas sekurang-kurangnya empat daripada lima dengan mengisi tempat kosong dalam ayat mengikut konteks secara individu berdasarkan penilaian yang diberikan.
Contoh kemahiran pemulihan
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
KP 1: Huruf Vokal
Hasrat Pembelajaran:
Pada pengajaran dan pembelajaran, saya belajar:
1. Membaca huruf vokal.
2. Menulis huruf vokal.
Kriteria Kejayaan:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat:
1. Mengenal pasti huruf vokal sekurang-kurangnya lima daripada enam dalam aktiviti latihan yang diberikan.
2. Membaca huruf vokal sekurang-kurangnya lima daripada enam dalam penilaian yang diberikan.
3. Menulis huruf vokal sekurang-kurangnya lima daripada enam dalam penilaian yang diberikan.
SMART dalam Kriteria Kejayaan
Ciri-ciri kriteria kejayaan ini merujuk kepada SMART iaitu Specific (lebih khusus), Measurable (dapat diukur), Attaintable (dapat dicapai), Reasonable (bersesuaian/logik) dan Timely (sesuai dalam tempoh/jangka masa pelaksanaan).
Kriteria kejayaan hendaklah bersifat boleh diukur agar murid tahu apa yang mereka telah dapat atau capai.
Contoh-contoh SMART seperti cara penulisan kriteria kejayaan di atas.
Raikan!
Seperti yang ditegaskan tadi, proses pembelajaran akan lebih bermakna, apabila guru sentiasa meraikan hasrat pembelajaran (atau objektif pembelajaran), dan keberhasilan pembelajaran (kriteria kejayaan) sepanjang proses pembelajaran berlaku.
Beberapa kelebihan
Pelbagai kelebihan apabila guru dan murid mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan impak pada tahap maksimum. Umpama seorang Jeneral dan bala tenteranya mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu peperangan.Antara kelebihannya:
- Pelajar boleh memperbetul kesalahan guru, atau ada yang kurang maka pelajar dapat menambah baik lagi.
- Menunjukkan hasil kerja akhir mereka, maka pelajar dapat tahu rupa hasil yang sepatutnya dicapai.
- Membandingkan hasil kerja yang terbaik kerana pelajar dapat tahu tentang petunjuk kualiti dengan justifikasi.
- Sukses kriteria yang kurang sesuai menunjukkan kaedah atau pelaksanaan yang tidak berkesan. Pelajar kemudiannya boleh bersama-sama guru menambah baik kriteria kejayaan yang sepatutnya.
- Penghasilan semula kriteria kejayaan daripada sebelum ini berguna apabila produk atau proses tersebut sangat besar sehingga tidak jelas apa yang hendak dimasukkan ke dalamnya. Hal ini berguna dalam memecahkan kebuntuan.
- Sentiasa mengulang kriteria kejayaan dari masa ke masa akan dapat memandu pelajar berada pada landasan atau hala tuju pembelajaran tersebut.
Active Learning Through Formative Assessment (Clarke, S. 2008), menjelaskan bagaimana menggunakan hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan seperti pautan youtube di bawah ini.
https://www.youtube.com/watch?v=OGyvDvOegXE
SUMBER TENTANG KPPB YANG BOLEH DIRUJUK: |
Anda juga boleh memperoleh kedua-dua templat tersebut seperti di bawah serta maklumat yang boleh dijadikan panduan seperti pautan di bawah ini. |
Selain itu, Puan Mimma Sayuti juga ada berkongsi dengan kita tatacara tentang menghasilkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) melalui pautan penulisan beliau seperti di bawah. |
Selain itu, buku khusus untuk OPD KPPB telah dikeluarkan.
Panduan lengkap boleh merujuk buku tersebut malah telah diterbit yang dihasilkan oleh Task Force.
*****