Oleh Muhaimi Suhaili
Kerangka Ketegasan/Relevansi (Rigor/Relevance Framework) ialah alat yang dibangunkan oleh kakitangan International Center (2002) untuk menilai kurikulum, pengajaran dan pentaksiran. Kerangka Rigor/ Relevance berdasarkan dua dimensi standard yang lebih tinggi terhadap pencapaian pelajar. Terdapat dua dimensi dalam kerangka ini iaitu dimensi kontinum pemikiran yang bersifat menegak atau vertikal dan dimensi kontinum tindakan yang bersifat mendatar atau horizontal.
Dimensi Kontinum Pemikiran (Thinking Continuum):
Kontinum Pemikiran bermula dengan tahap rendah iaitu pemerolehan pengetahuan hingga ke tahap tinggi iaitu peringkat pengasimilasian pengetahuan.
Tahap Rendah melibatkan pemerolehan pengetahuan (Acquisition of Knowledge) iaitu pelajar sekadar mencari atau mengingat maklumat seperti fungsi carian komputer.
Tahap Tinggi pula melibatkan asimilasi pengetahuan (Assimilation of Knowledge) iaitu ilmu disepadukan sepenuhnya ke dalam minda untuk menyelesaikan masalah pelbagai langkah dan mencipta penyelesaian unik. Berikut ialah Rajah Kontinum Pemikiran seperti di bawah ini.

Rajah: Kontinum Pemikiran
Huraian terhadap dimensi pemikiran ini dijelaskan berdasarkan tahap-tahap Taksonomi Pengetahuan di bawah ini.
1. Taksonomi Pengetahuan (Knowledge Taxonomy)
Tahap ini berdasarkan enam tahap Taksonomi Bloom yang menunjukkan cara berfikir yang bertahap sehinggalah ke tahap semakin kompleks:
Tahap pemikiran ini berdasarkan enam tahap Taksonomi Bloom (1956) iaitu:
- Kesedaran (Awareness)
- Kefahaman (Comprehension)
- Aplikasi (Application)
- Analisis (Analysis)
- Sintesis (Synthesis)
- Penilaian (Evaluation)
Huraian setiap tahap adalah seperti berikut.
Tahap 1: Kesedaran ialah tahap asas pengetahuan.
Tahap 2: Kefahaman ialah memahami maklumat.
Tahap 3: Aplikasi ialah menggunakan maklumat dalam tugasan.
Tahap 4: Analisis ialah memahami struktur maklumat secara mendalam.
Tahap 5: Sintesis ialah mencipta sesuatu yang baru daripada maklumat yang ada.
Tahap 6: Penilaian ialah membuat pertimbangan atau keputusan.
Dimensi Kontinum Tindakan (Action Continuum):
Dimensi ini bergerak daripada sekadar Pemerolehan Pengetahuan (ilmu untuk diri sendiri) kepada Aplikasi Pengetahuan (menggunakan ilmu untuk mencipta projek, reka bentuk, atau menyelesaikan masalah dunia sebenar). Berikut ialah Rajah Kontinum Tindakan seperti di bawah ini.

Rajah: Kontinum Tindakan
2. Model Aplikasi (Application Model)
Model ini menerangkan bagaimana pengetahuan digunakan dalam situasi sebenar.
Tahap Model Aplikasi ini berdasarkan lima tahap seperti berikut:
- Pengetahuan dalam satu disiplin: Fokus hanya pada satu bidang ilmu.
- Aplikasi dalam disiplin: Menggunakan ilmu dalam subjek yang sama.
- Aplikasi merentas disiplin: Menghubungkan pelbagai bidang ilmu.
- Aplikasi kepada situasi dunia sebenar yang boleh diramal: Digunakan dalam tugasan rutin.
- Aplikasi kepada situasi dunia sebenar yang tidak boleh diramal: Digunakan untuk menyelesaikan masalah kompleks yang baru.
Huraian setiap tahap adalah seperti berikut.
Tahap 1: Pengetahuan dalam satu disiplin: Fokus hanya pada satu bidang ilmu.
Tahap 2: Aplikasi dalam disiplin: Menggunakan ilmu dalam subjek yang sama.
Tahap 3: Aplikasi merentas disiplin: Menghubungkan pelbagai bidang ilmu.
Tahap 4: Aplikasi kepada situasi dunia sebenar yang boleh diramal: Digunakan dalam tugasan rutin.
Tahap 5: Aplikasi kepada situasi dunia sebenar yang tidak boleh diramal: Digunakan untuk menyelesaikan masalah kompleks yang baru.
3. Empat Kuadran Kerangka Rigor/Relevance
Kerangka ini membahagikan tahap pembelajaran kepada empat bahagian utama seperti rajah di bawah ini.

Kuadran A — Pemerolehan (Acquisition):
Pelajar mengumpul dan menyimpan maklumat. Mereka diharapkan untuk mengingat atau memahami ilmu pengetahuan yang dipelajari sahaja. Contohnya, mengingat definisi ayat majmuk.
Kuadran B — Aplikasi (Application):
Pelajar menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah atau menyiapkan kerja.
Tahap tertinggi adalah mengaplikasikannya dalam situasi baru yang tidak dijangka.
Contohnya, pelajar mengikut arahan bertulis untuk memasang perisian baru pada komputer.
Kuadran C — Asimilasi (Assimilation):
Pelajar memperluas dan memurnikan ilmu untuk digunakan secara automatik dan dalam keadaan rutin seperti menganalisis dan menyelesaikan masalah untuk mencipta penyelesaian unik. Contohnya, membuat banding beza beberapa dokumen teknikal untuk menilai tujuan dan kejelasan.
Kuadran D — Adaptasi (Adaptation):
Pelajar mempunyai kompetensi untuk berfikir secara kompleks dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai. Mereka mampu bertindak dalam situasi yang mengelirukan atau mencabar untuk mencipta penyelesaian. Contohnya, pelajar menulis prosedur untuk memasang dan menyelesaikan masalah (troubleshooting) perisian baru.
Kesimpulan Kerangka
Alat ini membantu guru melihat kurikulum, arahan, dan penilaian melangkaui elemen tradisional, dengan menggalakkan peralihan daripada sekadar pemerolehan maklumat kepada aplikasi pengetahuan yang lebih mencabar dan relevan dengan dunia sebenar.
Rujukan:
Jones, R. D. (2002). Introduction to rigor/relevance framework. International Center for Leadership in Education.
*****