Oleh Muhaimi bin Suhaili
1. Tema
Tema ialah The Big Idea (TBI)
Pembelajaran yang direka bentuk hendaklah menghala kepada tema yang dipilih.
Pembelajaran bertema lebih berfokus dan kalau dirancang dengan baik akan menghasilkan pembelajaran bermakna.
Pembelajaran bertema boleh dirujuk dalam rancangan pengajaran tahunan atau semester.
Jika tiada, pilih mana-mana tema yang dinyatakan dalam DSKP berdasarkan tahun masing-masing.
2. Ganjaran/Token
Memberi peneguhan positif akan merangsang murid belajar.
Fikirkan secara kreatif bentuk ganjaran tersebut secara individu dan juga secara berkumpulan.
Carta pemberian token boleh dilaksanakan agar mewujudkan persaingan kumpulan
3. Kata Tambatan
Ciptakan satu kata Tambatan untuk mendapat perhatian murid.
Contoh:
Guru: Murid-murid
Murid: Kami fokus
Atau hasilkan sesuatu berdasarkan tema akan meneguhkan lagi TBI.
Gunakan secara berkala setiap minit-minit tertentu dalam proses pembelajaran agar pembelajaran murid sentiasa salam landasan TBI yang dipilih.
Contoh:
Guru: Katak-katak
Murid: Hujan Rahmat
4. Aktiviti berbentuk game atau permainan
Aktiviti kreatif yang merangsangkan pembelajaran akan meningkatkan keterujaan murid untuk belajar.
Sesuaikan mana-mana aktiviti secara berkumpulan yang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
5. Wujudkan suasana persaingan sihat untuk aktiviti berkumpulan
Provokasi yang betul akan mewujudkan saling bersaing antara satu sama lain.
Kaedah ganjaran/ token akan menjadikan mereka saling bersaing antara satu sama lain.
Masukkan provokasi yang sesuai untuk merangsang murid belajar.
6. Aktiviti berpusatkan murid
Sentiasa beringat bahawa guru menjadi pembimbing manakala murid belajar.
Oleh itu, setiap aktiviti secara individu, berpasangan atau berkumpulan hendaklah berpusatkan murid.
Guru mengajar dan membuat penerangan, tetapi masih ada cara untuk mereka bentuk pembelajaran agar tetap berpusatkan murid.
Buka perspektif yang terbuka dengan persekitaran pembelajaran, murid berfikir sendiri, membuat pilihan sendiri berdasarkan minat dan potensi mereka dengan cara sendiri yang sesuai. Hal ini pun harus berpusatkan murid.
7. Tag nama dan agihan kumpulan
Untuk kali pertama masuk di dalam kelas, penggunaan tag nama dapat meningkatkan rapport guru dengan murid.
Tag nama dengan agihan kumpulan sekali gus dengan TBI yang dipilih akan menjadikannya lebih bermakna.
8. Prapenilaian
Menyediakan set penilaian untuk dijawab oleh murid sebelum kelas, akan membantu guru mengukur keberkesanan kaedah guru itu.
Prapenilaian dan pascapenilaian akan dapat memperlihatkan keberkesanan pembelajaran murid.
9. Aktiviti yang membolehkan murid bergerak
Fikiŕ aktiviti menyebabkan mereka bergerak daripada setiap masa duduk di atas kerusi. Dengan ini, minda mereka sentiasa memberi maklum balas kepada persekitaran baharu secara positif.
10. Bahan bantu belajar (BBB)
BBB menjadi alat atau medium menyampaikan pengajaran guru.
Create inovasi untuk membantu memudahkan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diajar melalui penghasilan BBB secara maujud mahupun secara proses. Bahan adalah dalam bentuk maujud dan digital. Untuk memberi impression yang tinggi, gunakan digital yang dapat menunjukkan output atau keberhasilan segera.
11. Pembelajaran yang bersifat minimalist
Fikirkan pembelajaran yang bersifat minimalist, mudah, ringkas dan keboleh pakai secara berterusan, berkaitan dan tidak terpisah. Elak daripada menggunakan BBM habis buang dan tidak berfungsi secara optimum.
12. Didik hibur
Kalau ada muka teks yang berbentuk lagu, dan sesuai dengan isi pelajaran, boleh gunakan.
Pastikan apabila menyanyi, guru hendaklah membawa murid-murid merasai sendiri nyanyian itu serta membentuk gaya yang sesuai dengan lagu atau isi pelajaran tersebut.
13. Manfaatkan setiap dinding kelas
Pastikan BBB yang dihasilkan murid sentiasa dipaparkan sepanjang tempoh pembelajaran dengan memanfaatkan setiap dinding dan sudut kelas.
14. Fikirkan kelainan dari aspek aktiviti dan penyampaian
Sentiasa fikirkan kelainan dari aspek aktiviti dan penyampaian guru.
Kelainan cara dan sentiasa berbeza akan menjadikan pembelajaran anda sentiasa segar.
15. Murid belajar, guru membimbing murid belajar
Sentiasa peringatkan diri bahawa murid belajar dan buat, manakala guru perhati dan bimbing.
16. Sentiasa mereka bentuk pembelajaran yang menggalakkan murid berfikir
Rangsang murid dengan kemahiran berfikir terutama Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
17. Sentiasa kaitkan pembelajaran dengan persekitaran yang sangat dekat dengan murid
Kaitkan bahan, aktiviti, kandungan pembelajaran dan persekitaran yang ada kaitannya dengan murid. Mengaitkan pembelajaran dengan persekitaran yang dialami oleh murid dalam kehidupan mereka, akan menjadikan pembelajaran akan lebih bermakna.
18. BBB yang digunakan sentiasa paparkan
Pastikan BBB maujud yang dihasilkan sentiasa dalam tatapan murid sepanjang proses pembelajaran.
19. Pembelajaran yang mencapai klimaks
Fikirkan satu pembelajaran yang mencapai klimaksnya berdasarkan misi yang diburu.
*****