Portfolio

FASA BUILD

FASA BUILD

Oleh Muhaimi Suhaili

Fasa B-BUILD ialah  FASA PEMBINAAN 

SINOPSIS

Bahagian ini menceritakan bagaimanakah inovasi ini dihasilkan daripada cadangan dalam bahagian EUREKA. Proses penghasilan e-EDEBEB adalah melalui Protaip 1, Prototaip 2 dan Prototaip 3. Setiap prototaip yang dibina melalui proses MBF RM iaitu M - Material (Menyediakan material atau bahan yang digunakan atau proses kerja). B - Build (Membina produk dalam bentuk prototaip seperti mana yang dicadangkan dalam C-DURIS-MS), F - Feedback (Mendapatkan maklum balas daripada orang awam tentang prototaip produk yang telah dibina) melalui tool PM-i (Plus-Minus-improvement). R - Rebuild (Membina semula prototaip produk hasil daripada maklum balas tentang aspek-aspek penambah baikan). M - Manual (Menyediakan manual penggunaan produk yang telah dihasilkan). Proses MBF RM merupakan kitaran berulang melalui proses pembinaan prototaip 1, prototaip 2 dan prototaip 3 sehinggalah Pembinaan e-EDEBEB dianggap sudah yang terbaik dan boleh digunakan.

 

Langkah-langkah dalam Fasa Build yang perlu dilaksanakan ialah:

  1. M - Material (Menyediakan material atau bahan yang digunakan atau proses kerja)

Kumpulan menyenaraikan bahan atau material atau idea berbentuk proses yang diperlukan untuk membina produk atau inovasi atau  cadangan kaedah dalam bentuk prototaip yang dicadangkan.

 

  1. B - Build (Membina produk dalam bentuk prototaip seperti mana yang dicadangkan dalam C-DURIS-MS)

Kumpulan membina satu prototaip untuk menyelesaikan masalah yang telah dipilih berdasarkan C-DURIS-MS.

 

  1. F - Feedback (Mendapatkan maklum balas daripada orang awam tentang prototaip produk yang telah dibina)

Kumpulan menemu bual orang awam tentang prototaip yang telah dibina yang meliputi aspek PM-i di bawah:

  • Kelebihan prototaip tersebut (P-Plus)

  • Kekurangan prototaip tersebut (M-Minus)

  • Aspek-aspek penambahbaikan (i-Improvement)

  • Soalan-soalan tambahan baharu (jika ada)

 

  1. R - Rebuild (Membina semula prototaip produk hasil daripada maklum balas tentang aspek-aspek penambah baikan)

Kumpulan membina prototaip semula, yang berikutnya berdasarkan maklum balas yang diperoleh.

 

  1. M - Manual (Menyediakan manual penggunaan produk yang telah dihasilkan)

Kumpulan menulis manual penggunaan produk bagi memudahkan pengguna menggunakan inovasi yang dihasilkan.

 

Kesimpulannya, bahagian Build ialah merelaisasikan bahagian Eureka. Eureka ialah imaginasi daripada ahli kumpulan tentang produk inovasi yang ingin dihasilkan tetapi Build: merealisasikan imaginasi menjadi realiti.

 

 Rajah: Imaginasi yang diimpikan

 

Rajah: Imaginasi menjadi realiti

Date

27 Julai 2024

Tags

EDEBEB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini242
Semalam340
Minggu Ini582
Bulan Ini7067
Jumlah Pelawat193044

Who Is Online

2
Online

2024-10-22