Portfolio

FASA EUREKA

FASA EUREKA

Oleh Muhaimi Suhaili

Fasa E-EUREKA ialah  FASA PENJANAAN IDEA KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH 

 

SINOPSIS

Bahagian ini menceritakan proses penghasilan idea kreatif atau idea-idea ke arah penyelesaian masalah. Alat yang digunakan dalam penghasilan idea ialah menggunakan C-DURIS-MS. Aktiviti brainstorming (sesi percambahan idea) digunakan bagi menghasilkan percambahan idea dan aktiviti pemikiran kritis. Teknik C-DURIS-MS tiada hadnya hingga melangkaui idea yang merentasi sempadan imaginasi. Perkataan bagi setiap elemen alat ini ialah C - Category (Kategori), D - Different (Berbeza), U - Unique (Unik), R - Ridiculous (Mengarut atau tidak masuk akal), I - Interesting (Menarik), S - Safe (Selamat), M - Material (Bahan: Menyenaraikan bahan yang digunakan) dan S - Sketch (Lakarkan). Bagi aktiviti ini, kumpulan inovasi meraikan idea-idea kreatif termasuk yang tidak masuk akal. Selepas itu, idea ini  dilakarkan berdasarkan cadangan melalui aktiviti penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Langkah-langkah:

1. Cadangkan kategori (Category) inovasi (maujud, proses, digital atau mana-mana gabungan tersebut).

2. Buat brainstorming dengan mencadangkan idea-idea untuk menghasilkan inovasi bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Dalam bahagian Diagnosis yang bahagian How (dalam ASK PIUH) dapat membantu anda membuat brainstorming idea tersebut. Kumpulan anda boleh membuat kategori dengan menggunakan "agihan kek DURIS" iaitu D - Different (Berbeza), U - Unique (Unik), R - Ridiculous (Mengarut atau tidak masuk akal), I - Interesting (Menarik), S - Safe (Selamat).

3. Senaraikan bahan-bahan digunakan (material).

4. Buat lakaran (sketch) hasil idea daripada brainstorming tersebut.

 

Contoh 1: Hasil aktiviti brainstorming bagi mencadangkan ciri-ciri kenderaan untuk 70 tahun akan datang. Anda kemudiannya dikehendaki untuk mengkategorikan idea-idea tersebut dalam mana-mana kateegori DURIS.

  1. ada tandas

  2. boleh terbang

  3. kalis nampak

  4. guna air (tidak menggunakan petrol)

  5. menggunakan kawalan telefon

  6. guna pakai "niat"

  7. laju sangat

  8. senyap

  9. lebih kecil

  10. dapat dimasukkan dalam poket

  11. anti-kemalangan

  12. boleh digunakan di air

  13. guna robotik

  14. autopandu

  15. tiada menggunakan lampu

  16. mudah disimpan

  17. guna cahaya

  18. tidak nampak

  19. kelajuan melebihi kelajuan bunyi

  20. guna tenaga solar

  21. tanpa pemandu

  22. bersayap

  23. mudah digunakan

  24. menggunakan angin

  25. boleh dilipat

 

 

Contoh 2: Hasil aktiviti brainstorming bagi mencadangkan ciri-ciri perkakasan yang diperlukan bagi menghasilkan satu bekas atau produk yang pelbagai fungsi

 

 

 

Contoh sketch atau lakaran CPK yang dihasilkan berdasarkan ciri-ciri DURIS yang telah disarankan ketika sesi percambahan idea.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date

27 Julai 2024

Tags

EDEBEB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini222
Semalam262
Minggu Ini1227
Bulan Ini6584
Jumlah Pelawat202313

Who Is Online

4
Online

2024-11-21