Portfolio

Bengkel 2 TUKESMIP - Fasa Membina dan Menilai Inovasi

Bengkel 2 TUKESMIP - Fasa Membina dan Menilai Inovasi

 

Oleh Muhaimi Suhaili

PROGRAM Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 iaitu program kolaboratif antara IPGM Kampus Raja Melewar dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu telah memasuki Bengkel 2 yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang pada 10 Julai 2024 yang melibatkan kedua-dua kohort.

Bengkel tersebut yang melibatkan 60 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Jelebu itu menggunakan kaedah e-EDEBEB iaitu satu modul menghasilkan inovasi, yang telah dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar.

Sebelum ini, Bengkel 1 telah diadakan pada 5 Jun 2024 untuk kohort 1 dan 12 Julai 2024 untuk kohort 2 di tempat yang sama.

Antara pengisian pada Bengkel 2 ialah pembentangan Fasa Expression, Fasa Diagnosis dan Fasa Eureka.

Selepas itu para peserta telah diberi input tentang fasa berikutnya iaitu Fasa Build (membina) dan Fasa Evaluate (menilai).

Fasa Build

Bagi Fasa Build, para peserta dibimbing membina inovasi dengan menggunakan kaedah MBF RM (Material, Build, Feedback, Rebuild dan Manual)

Antara pengisian dalam Fasa Build ialah seperti huraian berikut.

M - Material (Menyediakan material atau bahan yang digunakan atau proses kerja) iaitu kumpulan menyenaraikan bahan atau material atau idea berbentuk proses yang diperlukan untuk membina produk atau inovasi atau  cadangan kaedah dalam bentuk prototaip yang dicadangkan.

B - Build (Membina produk dalam bentuk prototaip seperti mana yang dicadangkan dalam C-DURIS-MS) iaitu kumpulan membina satu prototaip untuk menyelesaikan masalah yang telah dipilih berdasarkan C-DURIS-MS.

F - Feedback (Mendapatkan maklum balas daripada orang awam tentang prototaip produk yang telah dibina) iaitu dalam kumpulan perserta dikehendakinmenemu bual orang awam tentang prototaip yang telah dibina yang meliputi aspek PM-i di bawah:

  • Kelebihan prototaip tersebut (P-Plus)
  • Kekurangan prototaip tersebut (M-Minus)
  • Aspek-aspek penambahbaikan (i-Improvement)
  • Soalan-soalan tambahan baharu (jika ada)

R - Rebuild (Membina semula prototaip produk hasil daripada maklum balas tentang aspek-aspek penambahbaikan) iaitu kumpulan membina semula prototaip yang berikutnya berdasarkan maklum balas yang diperoleh.

M - Manual (Menyediakan manual penggunaan produk yang telah dihasilkan) iaitu kumpulan menulis manual penggunaan produk bagi memudahkan pengguna menggunakan inovasi yang dihasilkan.

Fasa Evaluate

Selepas itu, para peserta diberikan maklumat dan bimbingan tentang cara untuk membuktikan keberkesanan produk yang dihasilkan melalui Fasa Evaluate.

Secara berkumpulan peserta dikehendaki menyediakan outcomes (keberhasilan) dari aspek:

(a) Mengenal pasti Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang sesuai dengan masalah pembelajaran

(b) Mencerakin kemahiran, pengetahuan, kriteria/ciri-ciri/keterangan

(c) Membina instrumen berdasarkan SK & SP (instrumen praujian dan pascaujian)

Sesi pembentangan Fasa Expression, Fasa Diagnosis dan Fasa Eureka telah diberi maklum balas oleh para fasilitator.

 

*****

Date

16 Julai 2024

Tags

TUKESMIP

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini213
Semalam262
Minggu Ini1218
Bulan Ini6575
Jumlah Pelawat202304

Who Is Online

5
Online

2024-11-21