Portfolio

PROJEK TUKESMIP 2024 Dijangka Dapat Menghasilkan 20 Inovasi

PROJEK TUKESMIP 2024 Dijangka Dapat Menghasilkan 20 Inovasi

Oleh Muhaimi Suhaili

SEBANYAK 20 produk inovasi pembelajaran dijangka akan dapat dihasilkan melalui satu Program Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 iaitu program kolaboratif antara IPGM Kampus Raja Melewar dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu.


Projek teaching school yang melibatkan 60 orang guru sekolah rendah di daerah Jelebu itu akan menggunakan kaedah e-EDEBEB iaitu satu modul menghasilkan inovasi, yang telah dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar.

Demikian diputuskan dalam perbincangan penyelarasan kali kedua, Program TUKESMIP 2024 bagi kedua-dua pihak semalam yang diadakan di Bilik Biduada, Pusat Sumber IPGM Kampus Raja Melewar.

Program tersebut melibatkan dua kohort dan setiap kohort mengandungi 30 orang peserta yang dijangka akan dapat membentuk 20 kumpulan inovasi.

Sebanyak Lima (5) Siri Bengkel akan diadakan dan setiap bengkel dilaksanakan selama tiga jam yang bermula pada bulan Jun dan berakhir pada bulan September sebelum Konvensyen Inovasi & Kreativiti Impak Tinggi (KIKIT) 2024 yang dijangka diadakan pada bulan Oktober 2024.

Sesi perbincangan itu juga memutuskan supaya bengkel tersebut dilaksanakan secara serentak bagi kedua-dua kohort secara selari kecuali Bengkel Siri 1 yang berasingan.

Setiap bengkel tersebut diadakan selama tiga jam bermula pada pukul 2.00 petang pada hari bekerja yang menggunakan pendekatan pembelajaran berkonsepkan flipped classroom dengan penggunaan laman web sebagai mekanisme utama.

Tugasan kumpulan dan maklumat pengisian akan diberikan lebih awal sebelum interaksi bengkel diadakan.

Bengkel ini melibatkan interaksi bersemuka selama 15 jam, manakala Self Learning Time (SLT) ialah 20 jam yang keseluruhannya berjumlah 35 jam.

Taklimat umum kepada semua peserta dijangka diadakan pada 23 Mei 2024 secara dalam talian.

Dalam sesi perbincangan tersebut, IPGM Kampus Raja Melewar diwakili oleh Encik Muhaimi bin Suhaili (Pensyarah JPM), Puan Kharsiah binti Mohd Nor (Pensyarah JKA), Dr. Noziati binti Borhan (KJ JPPI), Encik Mohd Izan bin Hj Yusop (KJ JPM), Dr. Suriani binti Mohd Yusof (Pensyarah JB), Dr. Asmahani binti Muhthar (Pensyarah Jab Sejarah), Puan Irma Yanti binti Mahamud (Pensyarah JKA) dan Puan Fizzy Sherani binti Mohd Izhar (Pensyarah JSS).

PPD Jelebu dan Jempol pula diwakili oleh Encik Mohd Khizam bin Abu Hassan, Puan Noorhayatie binti Sulaiman, dan Puan Nurul Syuhada binti Mokhtar.

Mereka ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sumber Teknologi Pendidikan, PPD Jempol dan Jelebu.

*****

Date

03 Mei 2024

Tags

TUKESMIP

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini189
Semalam888
Minggu Ini2641
Bulan Ini6282
Jumlah Pelawat211525

Who Is Online

9
Online

2024-12-13