Portfolio

Prakata Buku Lampu Perjalanan KPPB IPGKTAR -

Prakata Buku Lampu Perjalanan KPPB IPGKTAR - "Mencari Titik Kefahaman" 2019-2021

ALHAMDULILLAH, naskhah kecil ini akhirnya berada di tangan para pembaca. Garapan dalam buku ini hanya sedikit memori yang dapat dipahatkan, namun memori sebenarnya ialah pengalaman mereka yang benar-benar berada di lapangan untuk belajar makna pembelajaran. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) ialah cerita sebenar para pembaca untuk menelusuri setiap inci pengalaman yang dilalui oleh pelajar, pensyarah, komuniti dan sesiapa sahaja yang suka mengutip ilmu-ilmu baharu yang berada di sekeliling kita. Terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kerana memberi peluang kepada kami warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak untuk berkongsi pengalaman pembelajaran melalui Lampu Perjalanan KPPB IPGKTAR ini sepanjang penglibatan kami sejak bulan April  tahun 2019 hingga sekarang. Saya kira, ini hanyalah catatan anekdot kami sebagai naratif yang mungkin dapat dikisahkan.

Sehubungan itu, tahniah kepada IPGM, khususnya Dr. Razila Aw Kamaludin, Pegawai Penyelaras KPPB, Pusat Kecemerlangan Akademik yang bertungkus lumus bagi merealisasikan KPPB ini dihayati sepenuh oleh seluruh warga IPG khususnya kalangan pelajar dan pensyarah di 27 buah kampus. Dengan penjenamaan KPPB ini, saya percaya kita akan lebih yakin bergerak jauh ke hadapan sesuai dengan slogan IPG sebagai Penerajui Kecemerlangan Pendidikan. Produk kita ini seharusnya menjadi kebanggaan dan setiap warga IPG perlu memahami dan menghayati standard kandungan yang dihasilkan ini agar pelaksanaannya di peringkat lapangan sebenarnya akan lebih berkesan dan memberi impak yang tinggi dalam sistem pendidikan kita. Melalui amalan pedagogi yang kita gunakan dalam kuliah, tutorial, kerja kursus dan mana-mana aktiviti pembelajaran, saya yakin akan memantapkan pemahaman kita dengan lebih tinggi lagi agar memenuhi aspirasi KPPB itu sendiri.

Di peringkat IPGKTAR sendiri bawah Jabatan Kecemerlangan Akademik, kami sentiasa berusaha memastikan KPPB ini dilaksanakan sebagai mana garis panduan yang diberikan oleh IPGM. Kami juga berasa teruja untuk belajar lebih banyak perkara lagi bagi memastikan pelaksanaan KPPB mencapai matlamatnya berdasarkan model-model KPPB itu sendiri. Melalui Bimbingan Perancangan Kurikulum (BPK) dan aktiviti Sokongan Profesionalisme (SP), kami percaya usaha ke arah mencapai matlamat KPPB itu lebih mudah dan terbimbing. Kesempatan ini juga, saya ingin merakam ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan KPPB di IPGKTAR sejak tahun 2019 yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua pihak telah memastikan aktiviti KPPB di peringkat IPGKTAR dilaksanakan dengan licin dan lancar. Terima kasih kepada Puan Anis Alisya binti Abdullah, Pengarah IPGKTAR dan Cik Rosidah binti Abdollah, selaku Pemangku Timbalan Pengarah, serta Dr Noraini Omar, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik atas sokongan padu sepanjang aktiviti KPPB ini dilaksanakan di IPGKTAR. Tidak lupa juga kepada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit, staf sokongaan dan semua pelajar yang terlibat menjayakan KPPB ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kerjasama ini dapat dipererat lagi pada masa akan datang. Sekian.

 

Muhaimi Suhaili

Penyelaras KPPB

IPG Kampus Tun Abdul Razak

KOTA SAMARAHAN

 

Date

29 Januari 2023

Tags

Penyelidikan & Penerbitan

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini508
Semalam259
Minggu Ini2042
Bulan Ini3862
Jumlah Pelawat189839

Who Is Online

4
Online

2024-10-12