PENGENALAN
Dalam buku (dalam gambar di atas) yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu rujukan "Pusat Perkembangan Akademik. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Cyberjaya: IPGM.", menggariskan beberapa bahagian yang perlu dilaporkan dalam Penyelidikan Tindakan tersebut seperti di bawah ini.
1. PENDAHULUAN
2. FOKUS KAJIAN
3. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
4. PESERTA KAJIAN
5. PELAKSANAAN KAJIAN
6. DAPATAN KAJIAN
7. REFLEKSI
8. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
9. RUJUKAN
LAMPIRAN
PAUTAN DI BAWAH: PANDUAN UMUM MENGHASILKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MELALUI KAEDAH IFOQ PARRS
https://docs.google.com/presentation/d/1FEI6Q_kiYNmXN7UHzF-kapjz9nS9vcfypErKW4LC78g/edit?usp=sharing
PENDAHULUAN
1. PENDAHULUAN
Pengenalan
Memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian.
Konteks
- Huraian berkaitan pengkaji
- Huraian mata pelajaran yang diajar
- Huraian am murid dan sekolah
Refleksii Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
- Menghuraikan beberapa pengalaman P&P yang berkaitan
- Menilai dan membincangkan kembali amalan P&P
Refleksi kendiri merangkumi:
- Isi kandungan mata pelajaran
- Isi kandungan pedagogi
- Pengalaman sebenar diri sendiri
- Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan/atau kepercayaan berasaskan pengalaman diri sendiri dan ulasan literatur.
- Membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan/atau kepercayaan yang dipercayai dipegang dengan amalan yang dilaksanakan.
- Menyatakan justifikasi/andaian/harapan terhadap kajian yang dicadangkan
FOKUS KAJIAN
2. FOKUS KAJIAN
Pemilihan Fokus Kajian
- Mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan dengan keperluan murid.
- Menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:
- Kebolehgunaan (boleh diaplikasikan ke dalam bidang tugas guru).
- Kawalan (bidang kajian berada di dalam ruang lingkup kuasa guru untuk bertindak termasuklah murid, alatan P&P).
- Kolaborasi (Bantuan rakan guru/Memudahkan perbincangan dan rujukan pakar / Sokongan pihak pentadbir sekolah).
- Kerelevanan kepada sekolah (Keperluan menangani masalah).
- Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas.
- Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membukti masalah / isu secara terperinci.
- Menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai data untuk membuat refleksi amalan P&P.
- Menyatakan perkaitan dan kerelevanan dengan masalah / isu.
Pengumpulan Data Awal
Data awal seperti ujian diagnostik, temu bual, buku latihan, rekod pencapaian dan seumpamanya yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
Meunjukkan keprihatinan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Perhatian:
Ulasan literatur haruslah digabung jalin sepanjang penulisan teks. Perkara-perkara berikut haruslah diberi perhatian dalam mengulas literatur:
- Ulasan literatur berkaitan isu kajian
- Menghubungkaitkan artikel-artikel penyelidikan dengan isu keperihatinan yang telah dikenal pasti.
- Penggunaan sedutan kata (quotation).
- Penulisan rujukan menggunakan sistem APA terkini.
- Sekurang-kurangnya 15 sumber pembacaab berkaitan yang merangkumi bahan-bahan daripada sumber buku, jurnal, artikel ilmiah dari laman web yang salah, tesis atau kajian terdahulu daripada universiti atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain.
Tindakan
- Menghuraikan model penyelidikan tindakan seperti dinyatakan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)
- Memperincikan bahan atau sistem yang digunakan sebagai tindakan, sekiranya ada (iaitu sama ada permainan, board game seperti sahibba monopoli, main peranan dan seumpamanya)
- Menghuraikan proses menggunakan bahan yang dihasilkan atau melaksanakan tindakan bagi membaiki isu murid dan amalan guru.
- Memperihalkan teori atau prinsip yang menjadi asas kepada tindakan secara jelas.
- Membuat perkaitan dengan ulasan literatur yang relevan dengan tindakan yang dilaksanakan secara jelas.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
- Perlu menulis secara spesifik pernyataan objektif yang berkaitan pengkaji dan peserta kajian.
- Objektif untuk pengamal selaku pengkaji digambarkan melalui pemilihan perkataan tingkah laku yang boleh diukur atau eksplisit
- Objektif dapat menjawab isu kajian
- Objektif yang ditulis dapat diukur pada akhir kajian
- Objektif dapat dilaksanakan melalui tindakan atau kaedah yang dicadangkan. Pernyataan objektif yang melibatkan peserta kajian perlu mengandungi tiga perkara berikut:
- Pencapaian tindakan (misalnya "menguasai kemahiran penambahan mengumpul semula...")
- Fokus (misalnya, "konsep asas penambahan mengumpul semula murid pemulihan Tahun Tiga")
- Tindakan (misalnya, "Tikar Ajaib")
PESERTA KAJIAN
4. PESERTA KAJIAN
- Menyatakan penglibatan pengkaji secara langsung.
- Memerihalkan ciri-ciri peserta kajian secara terperinci merangkumi perkara berikut:
- Bilangan, jantina, lokasi dan / atau nama sekolah dan kelas (elakkan daripada menggunakan nama sebenar), prestasi akademik, ciri-ciri khusus kelas dan individu yang dikaji.
- Pengkaji mestilah mematuhi etika penyelidikan.
Perhatian:
Bilangan peserta kajian haruslah sesuai dengan isu dan fokus kajian.
Perkataan yang sesuai digunakan bagi mewakilkan kumpulan sasaran ialah "peserta kajian" dan "murid". Elakkan daripada menggunakan perkataan "sampel" dan "responden".
PELAKSANAAN KAJIAN
5. PELAKSANAAN KAJIAN
Bahagian ini mengandungi tiga perkara:
- Langkah-langkah Tindakan
- Kaedah Mengumpul Data
- Cara Menganalisis Data
Langkah-langkah Tindakan
- Memperincikan langkah-langkah atau aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas (rujuk pada rubrik pentaksiran)
- Menyatakan senarai tindakan mengikut urutan. Boleh dimasukkan RPH jika perlu.
- Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan.
Kaedah Mengumpul Data
- Dalam penyelidikan tindakan, pengkaji adalah instrumen utama.
- Pemgkaji mesti mematuhi etika penyelidikan.
- Contoh: surat kebenaran daripada ibu bapa / penjaga (sekiranya perlu)
- Terdapat tiga kaedah mengumpul data:
- Pemerhatian
- Temu bual
- Anailisis Dokumen
- Ujian yang dibina oleh guru sendiri
- Soalan berbentuk abjektif atau subjektif sesuai digunakan
- Mengukur pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan soalan kajian
- Berstruktur: mempunyai jadual khusus dan soalan disediakan mengikut urutan
- Separa struktur: soalan spesifik disediakan dan dikemukakan tetapi pencungkilan dilakukan berasaskan jawapan yang diberikan.
- Tidak berstruktur: pengkaji boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka/ senarai tema/ topik yang dikehendaki
Contoh:
- Apakah perasaan anda yang ingin dikongsikan dengan kami semasa mengikuti aktiviti sebentar tadi? Mengapa?
- Apakah pandangan anda? Mengapa?
- Terdapat dua jenis pemerhatian: pemerhatian turut serta participant obsevation) dan pemerhatian tanpa turut serta (non-participant observation).
- Contoh: jurnal, buku log, diari, catatan anekdot, senarai semak dan nota lapangan, rakaman audio-visual yang dilakukan sendiri atau orang lain.
- instrumen pemerhatian yang dibina mestilah relevan dengan soalan kajian soalan kajian.
- Pengkaji menggunakan bahan yang wujud atau hasil kerja peserta kajian
- Analisis dokumen merujuk kepada data yang memberi gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian
- Jenis dokumen:
- Sumber primer disediakan oleh peserta kajian.
- Contoh: autobiografi, surat peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil kerja murid, buku skrap
- Sumber primer disediakan oleh peserta kajian
Contoh: atutobiografi, surat peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil keraj murid, buku skrap
- Sumber sekundar diperoleh dari sumber lain
Contoh: minit mesyuarat, memo, rekod murid dan fail peribadi murid, surat panggilan mesyuarat, buku tahunan, press release, kod etika, pernyataan falsafah, surat khabar, buletin, surat kepada editor, risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa
Cara Menganalisis Data
- Pengkaji mesti mematuhi etika penyelidikan
- Cara analisis mesti sesuai dengan jenis data yang dikumpul.
- Cara analisis data dijelaskan (Perhatian: Jadual matriks analisis data kualitatif dikemukakan untuk mrnggambarkan proses analisis yan terlibat
- Contoh: analisis secara deskriptif menggunakan kekerapan (bilangan dan/ atau peratusan) atau analisis bertema (thmetic analysis) dalam memberi makna kepada data.
DAPATAN KAJIAN
6. DAPATAN KAJIAN
- Membincangkan dapatan kajian yang sesuai dengan soalan kajian
- Menyertakan bukti dan pelbagai sumber data yang amat relevan untuk menyokong dapatan kajian.
- Data kuantitatif dan kualitatif mestilah dibincangkan dalam cara yang saling sokong menyokong antara satu sama lain.
REFLEKSI
7. REFLEKSI
- Bahagian ini merupakan bahagian perbincangan kajian.
- Seperti mana di dalam bahagian-bahagian lain, penulisan bahagian ini mestilah berbentuk refleksi kendiri
- Membuat hubung kaiy dapatan kajian dengan ulasan literatur
- Membuat justifikasi antara andaian, nila atau kepercayaan diri dengan amalan pedagogi terdahulu
- Melakukan refleksi kendiri yang merangkumi perkara berikut:
- memahami masalah yang dihadapi dalam amalan pedagogi terdahulu
- membuat perkaitan antara dapatan kajian dengan masalah dalam amalan pedagogi terdahulu
- mengkategorikan perkaitan dan menghubungkannya dengan tinjaun literatur
- memanipulasikan perkaitan dengan cara baharu
- mengaplikasikan dapatan kajian dalam amalan pedagogi, dan seterusnya membuat justifikasi terhadap andaian, nilai atau kepercayaan diri.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
8. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
- Dapat menilai tindakan yang diambil secara kritis.
- Cadangan untuk tindakan susulan dan kajian lanjutan dibincangkan dengan jelas.
RUJUKAN
9. RUJUKAN
Menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 rujukan daripada pelbagai sumber merangkumi jurnal, buku dan sumber dalam talian yang boleh dipercayai. Rujukan kajian lepas tidak melebihi 10 tahun dan penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan, American Psychological Association (APA) terkini.