
Backward Design: Merungkai & Membina Instrumen Pentaksiran
Oleh Muhaimi Suhaili
Pendekatan backward design ialah:
1. Menentukan hasilkan pembelajaran berdasarkan Standard Kandungan (SK) & Standard Pembelajaran (SP)
2. Menetapkan bukti hasilan untuk dinilai (pentaksiran) - Membina instrumen pentaksiran bagi menilai hasil pembelajaran berdasarkan SK & SP
3. Merancang strategi/aktiviti untuk dinilai (pentaksiran)
Membina instrumen pentaksiran bagi menilai hasil pembelajaran berdasarkan SK & SP
Bagi menunjukkan keberhasilan pembelajaran, anda hendaklah membuat pentaksiran secara backward design iaitu membina instrumen pentaksiran dengan merujuk kepada standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP). Sebelum instrumen pentaksiran dibina, anda dikehendaki merungkai dahulu SK dan SP yang terkait dengan masalah yang telah dipilih itu. Untuk keperluan inovasi pembelajaran, dicadangkan untuk membina dua instrumen iaitu praujian dan pascaujian seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ini bagi menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas. Kalau tidak, memadailah dengan satu instrumen pentaksiran sahaja.
Sebagai contoh SK dan SP Tahun 1.
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata mengikut konteks.
Ada tiga aspek yang perlu dirungkai iaitu kemahiran (kata kerja), pengetahuan (frasa nama) dan kriteria/ciri-ciri/keterangan (syarat-syarat yang ditetapkan) seperti rajah di bawah ini.
Contoh SP yang telah dirungkai adalah seperti rajah di bawah ini.
Contoh instrumen praujian dan pascaujian pentaksiran berdasarkan SK dan SP di atas adalah seperti pautan di bawah ini.