Perkongsian PUSAR + DO
Sesi Perkongsian tentang PUSAR + DO, dan Taklimat Pengoperasian Inovasi
PADA 7 Julai 2020, Jabatan Pengajian Melayu (JPM) menganjurkan sesi perkongsian tentang PUSAR + DO, dan taklimat pengoperasian inovasi kepada para pensyarah JPM dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bagi membimbing 122 orang pelajar JPM untuk menghasilkan inovasi.
Objektif perkongsian ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pensyarah untuk membimbing pelajar menghasilkan inovasi.
Melalui kaedah PUSAR + DO, pelajar dapat mempersiapkan langkah-langkah yang harus diambil tentang hala tuju sebelum menghantar laporan inovasi untuk tujuan Konvensyen Penyelidikan dan Inovasi peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhaimi Suhaili, dari Jabatan Pengajian Melayu.