Kolaboratif IPGKTAR - PPD Simunjan
KOLABORATIF IPGKTAR dengan PPD Simunjan
KOLABORATIF yang melibatkan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak dengan PPD Simunjan, telah disempurnakan pada 10 Julai 2020 sebagai titik permulaan untuk menjalin kerjasama kedua-dua pihak.
Rombongan PPD Simunjan yang diketuai oleh Encik Hasbi Ancheh dan diiringi oleh empat orang pegawai itu telah melahirkan harapan agar kerjasama kedua-dua pihak mampu memberi impak yang diharapkan.
Pertemuan yang dianggap sebagai perintis jalan itu turut dihadiri oleh para pensyarah dari Jabatan Sains, Jabatan Matematik, dan Jabatan Pengajian Melayu.
Pengarah IPGKTAR, Puan Anis Alisya Abdullah, dalam ucapannya berkata bahawa kebitaraan IPG sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi akan sedia membantu mana-mana ruang yang sesuai dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru di bahagian Simunjan, khususnya, dan Sarawak amnya.