Galeri

Kem Bina Belia Kampung Seniawan 2019 diadakan khusus untuk penduduk kampung yang terdiri daripada remaja untuk mengikuti program pada 22 Disember 2019.

Kumpulan ini telah meminta kepakaran daripada organisasi pendidikan untuk membantu para remaja membina jati diri mereka melalui aktiviti kem yang dirancang.

Encik Muhaimi Suhaili, dari Jabatan Pengajian Melayu terlibat membantu dalam pengisian program tersebut.

Beliau yang juga Kem Komandan dalam kem bina belia ini telah merangka program selama dua hari dibantu oleh penduduk kampung sebagai satu daripada tanggungjawab sosial dalam komuniti.

Penduduk kampung Seniawan memberi sokongan yang positif dalam program yang disokong kuat oleh Penghulu Kampung Seniawan.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kem tersebut ialah Binaan Kumpulan dengan menghasilkan Nama Kumpulan, Moto, Logo dan War Cry kumpulan.

Peserta juga mengikuti aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang meliputi aktiviti Kenali Diri, Keluarkan Harimau dalam Diri, aktiviti khidmat sosial dan aktiviti berhalangan.

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini155
Semalam280
Minggu Ini155
Bulan Ini7200
Jumlah Pelawat163801

Who Is Online

1
Online

2024-07-22