Bengkel Keadah PUSAR + DO di PKG Simunjan
Bengkel Menghasilkan Inovasi dengan Menggunakan Kaedah PUSAR + DO
SATU bengkel tentang panduan menghasilkan inovasi telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Simunjan pada 16 hingga 17 Julai anjuran Jabataan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tun Abdul Razak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan.
Seramai 25 peserta yang terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah ini telah mengikuti kursus ini dan dibimbing untuk menghasilkan inovasi dengan menggunakan kaedah PUSAR + DO.
Majlis pembukaan dan penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan iaitu Encik Hasbi Ancheh.
Sesi bengkel itu telah dikendalikan oleh Encik Muhaimi Suhaili, Encik Halik Wang dan Encik Michael Belekum iatu pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.