Portfolio

Asas Literasi

Asas Literasi

 

 

Oleh Muhaimi Suhaili
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Raja Melewar

 

1. Pengenalan

UNESCO Institute for Statistics (UIS) melaporkan bahawa daripada 617 juta kanak-kanak dan remaja, tidak mencapai tahap minimum tahap kecekapan (MPL) dalam membaca dan matematik.

Ini adalah bersamaan dengan tiga kali penduduk Brazil tidak dapat membaca atau menjalankan matematik asas dengan kemahiran (UNESCO, 2017). 

UNESCO Institute for Statistics (UIS) ialah sumber data rasmi tentang pendidikan dan celik huruf yang digunakan untuk memantau kemajuan ke arah matlamat Pembangunan Mampan.



2. Definisi literasi

Literasi ialah keupayaan untuk mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta, berkomunikasi dan mengira, menggunakan bahan bercetak dan bertulis yang dikaitkan dengan pelbagai konteks.

Literasi melibatkan pembelajaran berterusan dalam membolehkan individu mencapai matlamat mereka, mengembangkan pengetahuan dan potensi mereka, dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam komuniti mereka dan masyarakat yang lebih luas (UNESCO, 2004; 2017).

 

 

(a) Literasi membaca 

Literasi membaca ialah keupayaan untuk memahami dan menggunakan bentuk bahasa bertulis yang diperlukan oleh masyarakat dan dihargai oleh individu.

Pembaca boleh membina makna daripada teks dalam pelbagai bentuk.

Mereka membaca untuk belajar, untuk mengambil bahagian dalam komuniti pembaca di sekolah dan kehidupan seharian, dan untuk keseronokan. 

Mullis, IVS, & Martin, MO (Eds.), 2019



(b) Literasi menulis

Literasi menulis ialah kecekapan dalam bahasa bertulis.

Tahap celik atau literasi menulis yang tinggi diperlukan apabila menggunakan skrip untuk pelbagai fungsi yang agak khusus. 

Apabila sebilangan besar individu dalam sesebuah masyarakat cekap menggunakan bahasa bertulis, seluruh masyarakat boleh dirujuk sebagai masyarakat celik huruf.

(David R. Oslan, 2017)




3. Kepentingan literasi

Membantu meningkatkan taraf hidup seseorang 

Masyarakat yang berkeupayaan memahirkan diri dari aspek bacaan dan penulisan akan dapat meningkatkan taraf hidup.

Negara yang maju mempunyai taraf hidup yang tinggi dan kemajuan yang diperoleh dikaitkan dengan masyarakat yang gemar membaca. 

 

Membantu mengetahui dan memahami dunia 

Masyarakat akan lebih mudah mengetahui peristiwa yang berlaku di seluruh dunia melalui bacaan. Mereka juga perlu memahami sesuatu itu melalui bacaan.

Masyarakat yang celik berbahasa akan lebih mudah mengetahui dan memahami sesuatu kerana kebanyakan maklumat perlu diakses melalui bacaan dan disampaikan melalui tulisan.

 

Menyumbang kepada ketamadunan sesuatu bangsa.

Masyarakat yang celik dari aspek bahasa akan menyumbang kepada ketamadunan sesuatu bangsa.

Tamadun tercipta oleh masyarakat berilmu pengetahuan yang tinggi.

Masyarakat yang tinggi nilai keilmuannya pasti dapat membina tamadun sesuatu bangsa itu sendiri.

Jika sesebuah negara itu mempunyai literasi bahasa tinggi, keupayaan untuk mencapai hasrat tersebut adalah tinggi.

 

Maju seriring dengan negara-negara lain

Kajian tentang standard pencapaian sesebuah negara tersebut dapat dilihat berdasarkan pencapaian negara tersebut berada pada tahap yang diperlukan di peringkat global atau tidak.

Contohnya, kajian oleh UNESCO, P21, TIMSS, PISA dan lain-lain.

Jika Malaysia mahu setanding dengan negara-negara lain, kita merefleksi semula pencapaian Malaysia dalam PISA, terutamanya bacaan dengan menekankan aspek literasi bahasa.

Jika hasrat kita tercapai, kita sudah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

 

Ke arah masyarakat bermaklumat

Kepentingan literasi ialah melahirkan masyarakat bermaklumat dan gemar membaca bagi memperoleh perspektif yang luas tentang dunia dan kehidupan.

Gaya mengakses maklumat secara digital memerlukan masyarakat celik bahasanya.

Jika literasi bahasa masyarakat kita tinggi, hasrat kita ke arah masyarakat bermaklumat pasti tercapai.



4. Prinsip literasi

 

Setiap orang mempunyai kebolehan dan potensi yang perlu digilapkan

Keupayaan seseorang murid dapat ditingkatkan berdasarkan kebolehan dan potensi yang ada dalam diri mereka.

Guru harus tahu kebolehan dan potensi murid bagi membantu proses pembelajaran mereka

 

Setiap orang berbeza dari aspek kognitif

Penguasaan literasi bahasa mereka hendaklah berdasarkan perbezaan tersebut.

Anggapan bahasa semua orang sama dari aspek kognitif akan menerbikan banyak masalah daripada keberkesanan sesuatu proses pembelajaran.

 

Setiap orang ada hak untuk belajar dan mendapat ilmu

Menafikan hak murid untuk belajar dan memperoleh ilmu akan menghalang usaha meningkatkan penguasaan literasi bahasa mereka.

Murid awak kanak-kanak umpamanya ada hak untuk bersekolah pada awal persekolahan berdasarkan ketetapan umur yang digariskan.

Oleh itu, setiap orang tidak ketinggalan dalam mendapat ilmu dalam sistem pendidikan.

 

Setiap orang mempunyai kepintaran pelbagai yang berbeza.

Ada kalangan murid mempunyai kepintaran yang pelbagai yang berbeza. Guru perlu mengambil kira aspek ini kerana pembelajaran yang berkesan adalah berdasarkan kepintaran masing.

Ada kalangan murid-murid mempunyai keupayaan kinestetik yang tinggi dan aktiviti yang sesuai ialah yang berkaitan dengan aktiviti bergerak dari sesuatu tempat.

Lihat semula kepintaran murid dari aspek kepintaran yang lain seperti visual ruang, logik matematik, verbal linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik dan naturalis dan sesuai mengikut kepintaran murid itu supaya proses peningkatan literasi bahasa dapat ditingkatkan.

 

Aktiviti pembelajaran hendaklah berbantukan bahan pembelajaran 

Keberkesanan pembelajaran dalam meningkatkan literasi bahasa banyak bergantung kepada bahan bantu belajar.

Pada zaman digital kini, pendekatan pembelajaran berasaskan bahan harus mengambil kira tools pembelajaran digital yang boleh dimanfaatkan.

Jika prinsip ini menjadi pegangan, guru akan banyak menyumbangkan impak yang tinggi dalam pembelajaran dengan pemanfaatan digital ini.

 

Peranan guru sebagai pembimbing dan pemudahcara

Guru menjadi faktor yang penting dalam meningkatkan penguasaan literasi seseorang murid. Mereka akan merancang, melaksana dan mengukur keupayaan murid.

Tanpa guru, proses pembelajaran tidak berlaku secara sistematik dan terancang berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan.

Merekalah nanti yang bertanggungjawab dalam melaporkan pencpaian seseorang murid itu nanti.

 

Pencapaian berasaskan penilaian

Aspek pentaksiran sangat penting bagi mengetahui atahap pencapaian mereka.

Dengan ini, guru akan mengetahui sejauh manakah pencapaian mereka.

Berdasarkan maklumat tersebut, guru boleh membuat refleksi dengan menganalisis isu-isu yang berkaitan agar dapat mencari pendekatan yang sesuai dalam meningkatkan aspek penguasaan literasi bahasa murid.

Instrumen penilaian pula hendaklah mengambil kira sistem pengukuran antarabangsa bagi memastikan standard pencapaian mereka berkelas dunia.

 

Strategi, kaedah dan teknik yang berkesan

Oleh sebab keupayaan seseorang murid itu berbeza maka, guru harus berpegang kepada prinsip bahawa murid yang berbeza memerlukan strategi, kaedah dan teknik yang berbeza bagi menentukan keberkesanan proses pembelajaran berlaku.

Keberkesanan sesuatu proses pembelajaran itu menuntut guru-guru melihat aspek inovasi yang dihasilkan dari aspek kaedah dan teknik yang unik bagi membantu murid menguasai literasi bahasa murid.

Penafian: Semua garapan idea di atas adalah mengikut pandangan dan pengalaman penulis sendiri kecuali sumber lain yang telah dinyatakan sumbernya.

Cadangan menulis rujukan bersumberkan bahan dalam talian menggunakan sistem APA:

Muhaimi Suhaili. (2023, Januari 7). Re: Asas Literasi [Web log post]. Diperoleh daripada http://muhaimisuhaili.com/index.php/ms/portfolio/68-asas-literasi

 

Rujukan

 

Mullis, IVS, & Martin, MO (Eds.). (2019).  Assessment Framework PIRLS 2021. Diperoleh dari tapak web Boston College, TIMSS & PIRLS International Study Centre: https://timssandpirls.bc.edu/pirls2021 /frameworks/

 

The UNESCO Institute for Statistics (UIS), More Than One-Half of Children and Adolescents Are Not Learning Worldwide, Fact Sheet No. 46, September 2017 UIS/FS/2017/ED/46 

 

David R. Oslan. (2021). The Conceptual and Cognitive Implications of Writing and Reading and others.Ontario Institute for Studies in Education: University of Toronto.

Date

07 Januari 2023

Tags

Artikel

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini487
Semalam259
Minggu Ini2021
Bulan Ini3841
Jumlah Pelawat189818

Who Is Online

2
Online

2024-10-12