FASA EVALUATE
Oleh Muhaimi Suhaili
Fasa E-EVALUATION ialah FASA PENILAIAN
SINOPSIS
Bahagian ini menceritakan tentang pelaksanaan menggunakan inovasi tersebut dan bagaimana anda membukti outcomes, impak dan keberkesanan daripada inovasi tersebut.
Dengan perkataan lain, inovasi yang anda sudah bina itu, anda laksanakan di lapangan yang sebenarnya.
Oleh itu, bahagian EVALUATE akan menceritakan tentang aspek pelaksanaan inovasi, penilaian atau bukti menunjukkan inovasi ini berkesan melalui OIE iaitu:
1. Outcomes [O] - Keberhasilan jangka masa pendek dengan melihat output yang diperoleh.
2. Impact I] - Impak jangka masa panjang
3. Effectiveness [E] - Keberkesanan inovasi secara keseluruhan
Rajah: Fasa Evaluate melalui OIE
OUTCOMES
Bagi melaporkan outcomes (keberhasilan) inovasi pembelajaran, perlu melihat tiga aspek iaitu Input, Proses dan Output. Bagi menunjukkan output, anda hendaklah membuat pentaksiran secara backward design iaitu membina instrumen pentaksiran dengan melihat bahagian input iaitu merujuk kepada standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP). Sebelum instrumen pentaksiran dibina, anda dikehendaki merungkai dahulu SK dan SP yang terkait dengan masalah yang telah dipilih itu. Untuk inovasi pembelajaran, dicadangkan untuk membina dua instrumen iaitu praujian dan pascaujian seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.
Sebagai contoh, masalah yang dikenal pasti ialah "Murid tidak dapat menguasai kemahiran memahami dan mengenal pasti penggunaan fungsi golongan kata mengikut konteks".
SK dan SP yang terkait dengan masalah di atas ialah:
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata mengikut konteks:
(iii) kata ganti nama
Untuk bahagian input, anda dikehendaki merungkai SK dan SP bagi menghasilkan instrumen pentaksiran yang benar-benar mengukur SK dan SP tersebut. Ada tiga aspek yang perlu dirungkai iaitu kemahiran (kata kerja), pengetahuan (frasa nama) dan kriteria/ciri-ciri/keterangan (syarat-syarat yang ditetapkan) seperti rajah di bawah ini.
Contoh SP yang telah dirungkai adalah seperti rajah di bawah ini.
Contoh instrumen praujian dan pascaujian pentaksiran berdasarkan SK dan SP di atas adalah seperti pautan di bawah ini.
IMPACT
Dalam tempoh jangka masa panjang, adakah inovasi yang dihasilkan dapat:
1. mempunyai keupayaan untuk dipasarkan dari aspek pengkomersilan?
2. mempunyai peluang untuk diperkembang hingga ke peringkat yang lebih jauh.
3. menangani perubahan dan kekal relevan sepanjang masa.
EFFECTIVENESS
Berdasarkan aspek outcomes dan impak yang diperoleh, adakah anda yakin mengatakan bahawa inovasi ini sangat berkesan?
Pembuktian melalui outcomes atau result yang sangat jelas dan mengagumkan, dan "masa depan" yang diperlihatkan melalui impaknya, maka anda tidak perlu ragu-ragu mendakwa bahawa inovasi yang dihasilkan "BENAR-BENAR BERKESAN".