Portfolio

Bengkel 1 e-EDEBEB di PKG Kuala Klawang

Bengkel 1 e-EDEBEB di PKG Kuala Klawang

 

Oleh Muhaimi Suhaili

PROGRAM Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 iaitu program kolaboratif antara IPGM Kampus Raja Melewar dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu telah dimulakan dengan Bengkel 1.

Bengkel tersebut yang melibatkan 60 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Jelebu itu menggunakan kaedah e-EDEBEB iaitu satu modul menghasilkan inovasi, yang telah dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar.

Bengkel 1 tersebut diadakan pada 5 Jun 2024 untuk kohort 1 dan 12 Julai 2024 untuk kohort 2.

Sebelum itu, prabengkel telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet yang melibatkan penganjur, fasilitator dan semua peserta yang terlibat pada 23 Mei 2024 secara dalam talian.

 

Binaan kumpulan

Bengkel pertama ialah pembentangan tugasan pertama ialah binaan kumpulan NASOLOMOLO.

Bagi aktiviti NASOMOLO, setiap kumpulan diminta membentangkan nama kumpulan dan ahli, moto kumpulan, sorakan kumpulan, logo kumpulan (NASOMOLO) berdasarkan kreativiti masing-masing.

Pada bengkel pertama juga, para peserta diberikan input mengikut Fasa Fasa iaitu Expression, Diagnosis dan Eureka untuk dibentangkan pada Bengkel 2 nanti.

Melalui aktiviti ini, peserta dapat belajar berkolaboratif antara ahli dalam kumpulan dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ahli dalam kumpulan serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, mereka dapat belajar berkomunikasi dengan lebih mesra berdasarkan tugasan yang diberikan dalam mempersembahkan aspirasi kumpulan.

Peserta juga dapat belajar memupuk nilai kecekalan, ketabahan, ketekunan, ketahanan, pengaturan diri, tanggungjawab dan integriti.

Setiap kumpulan membuat pembentangan daripada hasil tugasan yang diberikan dan peserta dan fasilitator memberi maklum balas terhadap pembentangan rakan-rakan mereka dalam bentuk ulasan, pandangan, kekuatan, kelebihan, dan aspek penambahbaikan.

Bagi sorakan kumpulan atau war cry pula, setiap kumpulan dibiasakan dalam aktiviti kumpulan untuk mempersembahkannya sebelum sesuatu tugasan itu dibentang oleh peserta.

Selepas itu, para peserta diberi input tentang pengenalan inovasi.

Melalui aktiviti ini, para peserta dapat belajar memahami keperluan inovasi dalam pekerjaan dan kehidupan.

Selain itu, mereka juga dapat belajar memahami keutamaan suara pengguna dalam menghasilkan produk mereka dan menjelaskan kepentingan temu bual dalam memperoleh maklumat daripada pengguna.

Fasa Expression

Melalui fasa Expression, peserta juga dapat belajar mengaplikasikan teknik temu bual untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.

Mereka belajar menemu bual orang awam untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku sebelum memilih satu masalah yang dikenali sebagai “titik sakit” yang ditunjukkan dalam bentuk pernyataan masalah.

Peserta belajar memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membuat satu "pernyataan masalah" berdasarkan titik sakit yang diperoleh melalui journey map.

Peserta belajar membuat justifikasi terhadap masalah yang dipilih, mengenal pasti kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi dan belajar mengenal pasti punca masalah tersebut daripada root cause.


Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi ketika mendapatkan perkhidmatan tersebut, para peserta diajar menggunakan kaedah alat berfikir IRCJCI iaitu I - INTERVIEW: R - RECOGNISE: C - CHOOSE: J - JUSTIFICATION: C - CAUSE: I - IMPLICATION:

Fasa Diagnosis

Melalui fasa Diagnosis pula, peserta belajar memperoleh maklumat secara mendalam daripada pengguna tentang masalah yang dihadapi (masalah yang dipilih daripada Fasa Expression).

Selain itu, mereka belajar menyelami masalah pengguna dengan menyatakan aspek keterujaan mereka untuk membantu pengguna.

Peserta juga belajar mengenal pasti perkara yang dapat dibantu untuk mengatasi masalah tersebut dengan memberi cadangan jalan penyelesaian.

Selain itu, mereka juga belajar membina objektif inovasi berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti itu dengan menggunakan ASK PIUH

Fasa Eureka

Bagi fasa EUREKA pula, peserta belajar membuat brainstorming untuk mencadangkan ciri-ciri alat atau kaedah yang dicadangkan dengan menggunakan C-DURIS-MS, C - Category (Kategori: Maujud/Digital/Proses/Gabungan mana-mana), D - Different (Berbeza), U - Unique (Unik), R - Ridiculous (Mengarut atau tidak masuk akal), I - Interesting (Menarik), S - Safe (Selamat), M - Material (Bahan: Menyenaraikan bahan yang akan digunakan) dan S - Sketch (Lakarkan)

Tugasan bagi ketiga-tiga fasa ini akan dibentangkan pada bengkel kedua yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2024.

*****

 Rakaman foto aktiviti-aktiviti Bengkel 1

 

 

 

 

 

 

Date

09 Julai 2024

Tags

TUKESMIP

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini190
Semalam262
Minggu Ini1195
Bulan Ini6552
Jumlah Pelawat202281

Who Is Online

3
Online

2024-11-21