P-PROBLEM
MAKLUMAT TENTANG KONVENSYEN INOVASI PEMBELAJARAN (KIP) 2021, JPM, IPGKTAR
(1) BAHAN SESI BIMBINGAN PUSAR + 3 Ext: BAHAN BOLEH DIPEROLEH SEPERTI PAUTAN DI BAWAH INI.
https://docs.google.com/presentation/d/1gL8t47Gx73R5Ia5mb4eUjWh89ZrSrOo3apnpxhxxwXo/edit?usp=sharing
(2) PAUTAN TEMPLAT: LAPORAN PENUH INOVASI: PUSAR + 3 Ext di bawah ini (Google Doc):
https://docs.google.com/document/d/1--TsxOnDHW_nNvAsgs8L3cktgxLY1wCh8C3Wc2RM0JU/edit?usp=sharing
(3) PAUTAN: TEMPLAT "LAPORAN SINOPSIS" INOVASI A3 (Powerpoint)
https://docs.google.com/presentation/d/146VlnOdcGiVYlMV5tYp6MCS-LZbun0Y_N-dvnVtk1Hs/edit?usp=sharing
(4) PAUTAN: SESI BIMBINGAN PUSAR + 3 Ext ke YOUTUBE di bawah ini:
https://www.youtube.com/watch?v=FCNTRx78l6Q&t=4818s
(5) PAUTAN KE RUBRIK PEMARKAHAN KIP2021, JPM, IPGKTAR
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1hskEOIF8cSA8GVtQUFi1N_Cd8lRShJN9FaoqUxjfqYw/edit?usp=sharing
FASA 1 – PROBLEM (WEWZCIL)
- WHAT (W) - APA - Masalah apa dan fokusnya?
- EVIDENCE (E) - BUKTI - Bukti masalah itu wujud (Refleksi Pengajaran dan pembelajaran, Temu Bual, Kajian [jurnal, buku, laporan dll]?
- WHY (W) - KENAPA - Kenapa berlaku?
- ZONE (Z) - ZON Berada di Zon mana?
- CONTROL (C) - KAWALAN - Dalam kawalan atau di luar kawalan?
- IMPLICATION (I) IMPLIKASI - Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak diatasi?
- LEVEL (L) - PERINGKAT - Masalah itu berada di peringkat mana?
WHAT (W) - Masalah apa dan fokusnya?
- Nyatakan masalah apa (tema masalah) yang telah diberikan kepada kumpulan anda untuk diselesaikan.
- Selepas itu pilih satu masalah yang hendak difokuskan.
Catatan:
Ada kalangan kita yang hendak melakukan inovasi, langsung tak tahu masalah apa yang hendak diangkat menjadi inovasi. Ada orang sudah nampak terus masalah tersebut. Tidak kira di mana bermula, kita mesti ada satu masalah umum yang dinamakan sebagai tema masalah. Bagaimanapun masih umum. Oleh itu, selepas kenal pasti tema masalah, kita hendaklah fokus kepada satu masalah yang menjadi fokus kita. Masalah yang menjadi fokus kita mungkin berdasarkan brainstorming kumpulan. Mungkin proses untuk memilih satu masalah yang khusus itu berdasarkan tinjauan melalui Google Classroom atau mana-mana soalan selidik yang dapat memberikan masalah-masalah sebenar yang berlaku berdasarkan perspektif pengguna itu sendiri.
Contohnya; mungkin ada kalangan ahli kumpulan mendapati masalah Sintaksis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Masalah sintaksis agak umum. jadi, perlu fokuskan lagi. Contohnya, mungkin masalah ayat majmuk yang dihadapi oleh pelajar dengan memberi fokus kepada penggunaan ayat majmuk pancangan keterangan.
EVIDENCE (E) Bukti masalah itu wujud (Refleksi Pengajaran dan pembelajaran, Temu Bual, Kajian [jurnal, buku, laporan dll]?
Contoh:
(i) Refleksi Pengajaran dan pembelajaran
Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa merancang aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Saya percaya amalan ini berkesan kerana menurut kajian oleh Rubiah Aksah (2005), pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga hingga lima orang adalah cukup baik untuk mengelakkan lencongan objektii perbincangan. pembelajaran sebegini juga membolehkan murid mengemukakan pendapat dengan lebih berkesan. Maka saya sentiasa meminta murid berbincang dalam kumpulan. Sebagai contoh, empat atau lima orang dikumpulkan bersama dan mereka diminta berbincang mengenai organ deria yang terlibta dengan rangsangan dan membuat perkongsian melalui "Gallery Walk". Teknik ini adalah berdasarkan pendekatan peembelajaran koperatif. Mengikut Slavin (2006), pembelajaran koperatif amat berkesan kerana murid sendiri yang terlibat secara aktif untuk membentuk pemahaman mereka.
Renungan mendalam terhadap amalan mengajar saya mendedahkan kelemahan diri sendiri semasa melaksanakan teknik berkumpulan. Walaupun cara pelaksanaan ini berasaskan kaedah kontruktivisme, murid-murid saya pasif. Pembacaan mendalam mengenai kontrutivisme dan pembelajaran koperatif mendedahkan bahawa agihan murid-murid saya dalam kumpulan lebih kepada homogen dan bukan heterogen. Kejadian ini berlaku kerana mereka belum menghadapi peepriksaan ketika pengelasa kumpuan dilakukan. Selain daripada menempatkan mereka dalam kumpulan, jelaslah apabila aktiviti diberikan kepada kumpulan, saya tidak bertindak sebagai pembina semangat berpasukan yan menggalakkan pembinaan nilai amanah, dan komitmen kerja. Ini menyebabkan tiada pertukaran idea aras tinggi berlaku. Tambahan pula, sebagai seorang guru, saya perlu menghayati konsep dan fungsi kerja berkumpulan terlebih dahulu.
(Contoh refleksi pengajaran dan pembelajaran ini diperoleh daripada: Pusat Pembangunan Akademik IPGM. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Cyberjaya: IPGM.
(ii) Temu Bual
Contoh:
Pengguna |
Maklumat menarik |
Penemuan |
Kita hendak membantu |
Encik P |
Encik P, Community Development Officer selalu bertugas luat station bagi mencari pemilik tanah bagi menyertai Skim SALCRA. Mereka pergi dalam kumpulan dan masing-masing membawa barang-barang tersebut bagi tujuan taklimat. Mereka terpaksa ke kawasan yang jauh di pedalaman iaitu menyelusuri sungai, jalan balak dan rumah-rumah panjang. Barang-barang yang dibawa adalah seperti laptop, PA System, projector, extension, pembesar suara dan sebagainya. |
Barang-barang yang dibawa berat.
Barang-barang dibawa secara berasingan.
Barang-barang mudah rosak.
Tenaga diperlu untuk membawa banyak barang.
Kos pengangkutan yang tinggi.
|
Kita berhasrat untuk membantu Encik P dengan mencipa alat untuk menyimpan semua peralatan terebut di dalam satu tempat. |
Encik J |
Encik J, pengendali kursus (JLS), memerlukan pencetak untuk dalam beberapa urusan penting. |
Kesukaran memberi nota atau dokumen yang berkaitan, dan ketika membuat salinan sesuatu dokumen. |
Berhasrat membantu untuk menambah pencetak. |
(Sumber: Latih Amal Kumpulan Geng Kapak, 2020)
(iii) Kajian [jurnal, buku, laporan dll]
Kalau ada data yang menunjukkan bahawa masalah tentang ayat majmuk pancangan keterangan wujud, maka tunjukkan data tersebut. Data mungkin dalam bentuk deskriptif seperti min, mod, peratusan, atau mungkin boleh ditunjukkan dalam bentuk data jadual atau carta atau graf yang sesuai bagi membuktikan kewujudan masalah tersebut. Dengan yang demikian, masalah yang anda pilih adalah berdasarkan data yang sahih dan benar-benar wujud. Ingat, inovasi lahir daripada masalah yang wujud itu.
Andai kata bahawa anda tiada data dalam bentuk tinjauan tersebut, anda boleh ambil bukti-bukti lain yang menunjukkan masalah tersebut wujud seperti dapatan daripada pengkaji atau penulis tentang masalah tersebut dalam keratan akhbar atau majalah.
Contoh:
Meskipun, kurang pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan inovasi menjadi keutamaan, kami bertekad untuk mengenal pasti masalah berdasarkan apa pelajar mahu. Sehubungan itu, tinjauan tentang masalah inovasi telah ditadbir berdasarkan Kertas Semak Masalah seperti di bawah dengan meminta pandangan daripada 103 pelajar untuk mengetahui masalah yang menimpa mereka. Berikut ialah Jadual Kertas Semak Masalah seperti Jadual di bawah ini.
JADUAL: Kertas Semak Masalah
Masalah |
Frekuensi/Bilangan kekerapan |
Jumlah (Peratus) |
Kaedah mengajar inovasi yang kurang berkesan.
|
4 |
3.9 |
Sukar menghasilkan idea inovasi. |
58 |
56.2 |
Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan inovasi. |
26 |
25.2 |
Kekurangan masa |
9 |
8.7 |
Persekitaran yang kurang mempunyai budaya inovasi. |
7 |
6.8 |
Sumber: 103 pelajar PPISMP Opsyen BM
Sumber: 103 Responden Pelajar PPISMP Opsyen BM
Rumusan tinjauan daripada pelajar mendapati masalah sebenarnya yang berlaku dalam kalangan pelajar ialah:
"SUKAR MENGHASILKAN IDEA INOVASI"
(Sumber: Kumpulan SAF2, 2020)
Contoh:
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya intervensi dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah (KPM, 2015).
Keputusan PISA pada tahun 2009, 2012 dan 2015, menunjukkan pencapaian murid dalam literasi bacaan di Malaysia berada pada tangga ke- 52, ke-59 dan tangga yang ke-52, daripada 76 buah negara. Hal ini menyebabkan satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Di bawah anjakan kedua.) Sehubungan itu, perlu ada satu inovasi yang dihasilkan untuk mengatasi masalah pencapaian bacaan murid yang rendah ini.
(Sumber: Kumpulan Al-Kahfi, 2016)
WHY (W) - Kenapa memilih masalah tersebut?
Contohnya, satu kumpulan hendak membuat inovasi tentang masalah tikus. Soalnya, kenapa hendak pilih masalah tersebut? Kritikal sangat? Mereka menjelaskan tentang jumlah tikus yang terlalu banyak di kawasan mereka sehingga menimbulkan masalah lain seperti merosakkan makanan, barangan dan beberapa isu kebersihan lain. Pemilihan masalah ini cukup relevan dengan masalah persekitaran yang dihadapi mereka.
ZONE (Z) - Berada di Zon mana?
Nyatakan masalah anda di zon mana. Hal ini penting bagi kita untuk mengambil tindakan SEGERA atau masih boleh berfikir lebih panjang untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dengan ini, kita boleh membuat perancangan dengan lebih teliti lagi.
Antara zon tersebut bolehlah diklasifikasikan seperti di bawah ini.
ZON |
STATUS |
Merah |
Segera |
Biru |
untuk menyelesaikannya, perlu masa terdekat |
Hijau |
masih perlu masa untuk fikir dan selesaikan |
Kuning |
masalah biasa /rutin |
Hitam |
sudah ditetapkan |
Putih |
Sudah ditetapkan |
Kelabu |
Masih boleh dibincangkan |
Dalam konteks tugasan yang diberikan kepada pelajar, sudah semestinya memerlukan masa yang terdekat untuk menyelesaikannya. Maka, masalah anda ialah berada di Zon Biru iaitu perlu untuk menyelesaikannya dalam masa yang terdekat.
Kalau berada di Zon Merah umpamanya, memerlukan tindakan segera. Umpamanya pandemik COVID-19, perlulah tindakan segera kerana melibatkan nyawa dan keselamatan negara. Dengan itu, masalah ini berada di Zon Merah.
Ada juga masalah yang mungkin di luar kawalan kita disebabkan oleh dasar atau polisi yang telah ditetapkan. Maka, masalah ini berada di Zon Hitam dan Zon Putih, kerana jelas kedudukannya, dan kita tidak dapat mengubahnya.
Akan tetapi kalau Zon Hitam dan Zon Putih sesuatu yang telah ditetapkan dan anda tidak dapat mengubahnya, mungkin anda mempunyai idea yang lebih kreatif untuk menjadikanya satu kenyataan, maka masalah ini boleh berada pada Zon Kelabu untuk dibincangkan lagi.
Zon Hijau pula melibat projek besar yang memerlukan masa yang lebih panjang seperti bertahun-tahun untuk menyelesaikannya.
Bagi Zon Kuning pula ialah masalah yang biasa atau menjadi rutin dalam kehidupan kita yang memerlukan kita bertindak pada masa itu juga. Umpamanya memilih baju untuk dipakai hari ini untuk pergi ke kuliah, atau siapakah yang akan menjemput anak balik dari sekolah sedangkan pada masa itu ada jadual kuliah yang mesti dihadiri.
CONTROL (C) - Dalam kawalan atau di luar kawalan?
Adakah masalah yang hendak diatasi itu dalam kawalan atau di luar kawalan? Kalau dalam kawalan, itu berita baik untuk anda, tetapi kalau di luar kawalan anda, usah bermimpi! Contohnya yang berada dalam Zon Putih dan Zon Hitam.
Contohnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah suatu polisi dan dasar yang telah ditetapkan, dan sebagai rakyat kita kena akur dengan masalah ini kerana COVID-19, di luar kawalan kita.
Kalau kita hendak menghasilkan inovasi berniaga di Bazaar Ramadan yang melibatkan pelanggan kita berkumpul beramai-ramai tanpa batas penjarakan sosial mungkin inovasi itu di luar kawalan kita kerana tidak praktikal dan melawan arus polisi atau dasar yang telah ditetapkan.
Akan tetapi kalau anda jadikan yang "luar kawalan" itu, menjadi inspirasi anda, mengapa tidak? Mungkin anda ada cara yang lebih baik dengan melihat yang luar "kawalan" itu bukanlah satu sebagai HALANGAN, tetapi suatu PELUANG!
IMPLICATION (I) - Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak diatasi?
Kalau tak diatasi, macam mana? Jawapannya: Tikus yang terlalu banyak menyebabkan tahi dan kencing tikus merata-rata. Jika tidak diatasi, boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak seperti kencing tikus yang boleh mengancam nyawa. Selain itu, tikus-tikus ini merosakkan kabel-kabel elektrik dan pihak organisasi terpaksa mengeluarkan kos penggantian kabel yang tinggi kosnya. Daripada penjelasan tersebut menunjukkan akibatnya jika tidak diatasi masalah ini, yang melibat nyawa, keselamatan, dan kos penyelenggaraan. Maknanya, inovasi yang hendak dihasilkan itu benar-benar krtikal.
LEVEL (L) - Masalah itu berada di peringkat mana?
Anda boleh nyatakan bahawa masalah tersebut berlaku di peringkat mana. Dalam konteks pembelajaran di IPG, anda mungkin berada di peringkat dalam organisasi atau DO. Dengan mengetahui peringkat mana masalah anda, maka akan menjadi ukuran tentang serius atau tidaknya masalah tersebut.
Contohnya, menghasilkan vaksin COVID-19, sudah tentu berada di peringkat luar sempadan (global) atau LS, dan anda sudah maklum bahawa betapa seriusnya masalah ini. Bagi mengenal pasti peringkat-peringkat tersebut, bolehlah merujuk maklumat seperti di bawah ini.
P: Peribadi
DO: Dalam organisasi
LO: Luar organisasi
LS: Luar sempadan (global)
RUMUSAN FASA 1 – PROBLEM (WEWZCIL)
- WHAT (W) - APA - Masalah apa dan fokusnya?
- EVIDENCE (E) - BUKTI - Bukti masalah itu wujud (Refleksi Pengajaran dan pembelajaran, Temu Bual, Kajian [jurnal, buku, laporan dll]?
- WHY (W) - KENAPA - Kenapa berlaku?
- ZONE (Z) - ZON Berada di Zon mana?
- CONTROL (C) - KAWALAN - Dalam kawalan atau di luar kawalan?
- IMPLICATION (I) IMPLIKASI - Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak diatasi?
- LEVEL (L) - PERINGKAT - Masalah itu berada di peringkat mana?
U-UNPACK
FASA 2 UNPACK (ACSOQ)
- Associate (A) - KAITKAN - Mengaitkan masalah yang dihadapi dengan DSKP/Piagam Pelanggan/Dasar/Polisi negara.
- CAUSES (C) - PUNCA - Mengenal pasti sebanyak mungkin punca yang menyebabkan masalah itu berlaku dan memilih beberapa punca paling utama
- SUBJECT (S) - SUBJEK - Kumpulan sasaran
- OBJECTIVE (O) - OBJEKTIF - Membina objektif inovasi
- QUESTION (Q) - SOALAN - Membina soalan
Memahami masalah amat penting agar kita dapat mencari jalan penyelesaian masalah yang sesuai. Tanpa pemahaman yang tinggi tentang sesuatu masalah itu, jalan penyelesaian yang berkesan mungkin sukar dicari dalam menangani masalah yang dihadapi oleh seseorang itu. Setelah kita mengenal pasti masalah dalam Fasa 1 Problem tadi, kini kita fahami masalah tersebut dengan mendalami atau meneroka dengan lebih jauh lagi.
ASSOCIATES (A) - Mengaitkan masalah yang dihadapi dengan DSKP/Piagam Pelanggan/Dasar/Polisi negara.
Kaitkan masalah dengan DSKP (standard kandungan dan standard pembelajaran) bagi mana-mana Tahun yang sesuai, atau mana-mana tingkatan, atau mana-mana di peringkat prasekolah, atau CLO di peringkat Institusi Pengajian Tinggi, atau kalau kakitangan sesebuah organisasi tersebut merujuk piagam pelanggan sesebuah organisasi itu. Maknanya, adakah masalah yang kita hadapi itu ada kaitan dengan tugas atau objektif atau hasil pembelajaran yang sememangnya perlu dikuasai oleh seseorang murid itu. Maknanya, inovasi yang dihasilkan itu ada kaitan dan keperluan dalam sistem pendidikan kita.
Contoh:
Projek kumpulan SAF2 yang bertajuk SUKAR MENGHASILKAN IDEA INOVASI amat menepati visi IPG sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru, dengan misi IPG untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Projek ini selari dengan keperluan dan tuntutan semasa dunia ke arah pendidikan bermakna berkualiti tinggi dengan menekankan aspek inovasi dalam pendidikan. Selain itu, diharapkan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran enam aspek utama iaitu komunikasi, kolaborasi, kritis dan kreatif, sahsiah dan kewarganegara. Projek ini juga memenuhi keperluan aspirasi dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.Berdasarkan IPGKTAR ROADMAP 2019 - 2022, kami ingin merealisasikan perjalanan organisasi ini melalui beberapa teras yang dilakarkan ke arah peningkatan KUALITI PELAJAR. Teras 2 memenuhi projek ini iaitu Memperkasakan Amalan Penyelidikan dan Inovasi Keguruan seperti Gambar Rajah di bawah ini.
Antara Standard Pencapaian ke arah Teras 2 Memperkasakan Amalan Penyelidikan dan Inovasi Keguruan ialah memberi kepada fokus khas kepada Design Thinking dalam Penyelidikan Inovasi, Penglibatan dalam KIK Peringkat Negeri / Antarabangsa, Pembentangan Kertas Kerja, dan Penganjuran Program Inovasi. Teras 2 ini ialah ke arah Kualiti Pelajar terutamanya sebagai PENCETUS INOVASI. Melalui inovasi ini, akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berinovasi dalam kalangan pelajar apabila mereka berada di sekolah nanti. Hal ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan Rajah Teras 2 dan Peningkatan Kualiti Pelajar seperti di bawah ini.
CAUSES (C) - Mengenal pasti sebanyak mungkin punca yang menyebabkan masalah itu berlaku dan memilih beberapa punca paling utama
Cara kita mendalami atau menerokai masalah tersebut ialah dengan melihat punca-punca masalah tersebut wujud. Dengan mengetahui punca-punca, akan memudahkan kita untuk mencari jalan penyelesaiannya nanti. Punca-punca tersebut tentulah banyak, tetapi kita huraikan yang utama sahaja.
Sehubungan itu, senaraikan sebanyak mungkin masalah tersebut dahulu, kemudian kenal pasti tiga yang utama untuk kita jelaskan. Dengan mengenal pasti sebanyak mungkin punca, dan memilih tiga punca yang utama, anda sudah melakukan Unpack atau merungkai masalah tersebut. Seterusnya nanti akan memandu anda untuk mengenal pasti PERKARA YANG INGIN DIBANTU untuk menyelesaikan masalah yang dipilih.
SUBJECT (S) - Kumpulan sasaran
a. Extreme users
Extreme User-map - sebagai contoh, sasaran kita ialah pelajar. Kalau kita lihat kalau kumpulan sasar kita ialah pelajar, maka kumpulan sasar tersebut sangatlah luas. Contohnya, dari murid Tadika hinggalah pelajar universiti pascasiswazah, malah hingga peringkat PhD. Kalau kita membina keloknya, kita akan dapati bahawa keloknya seperti bentuk loceng. Dari segi jumlah umpamanya, lebih ramai murid sekolah rendah dan menengah berbanding dengan murid masalah pembelajaran, atau yang mengambil PhD. Bukan itu sahaja, jumlah yang sedikit itu mungkin kita kategorikan dalam OKU pun. Atau kumpulan yang sedikit juga boleh kita ambil yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah hampir tamat persekolahan di sekolah rendah. Kumpulan yang sedikit ini kita namakan sebagai Extreme User-map. Salah satu cara kita mengenal pasti kumpulan sasar dalam inovasi kita ialah melihat kumpulan sasar yang dianggap extreme ini. Mungkin inovasi ini kita sasarkan untuk murid pemulihan, atau orang-orang buta, OKU, dan banyak lagi. Kumpulan sasar tadi (sekadar memberi contoh) boleh menjadi idea kepada kita melihat dari sudut masalah yang dihadapi oleh mereka dan kita boleh membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan menghasilkan inovasi untuk mereka.
b. Sasaran dan potensi pengguna
c. Peserta kajian
Memerihalkan ciri-ciri peserta kajian secara terperinci seperti bilangan, jantina, lokasi dan / atau nama sekolah dan kelas (elakkan daripada menggunakan nama sebenar), prestasi akademik, ciri-ciri khusus kelas dan individu yang dikaji. Bilangan peserta kajian haruslah sesuai dengan isu dan fokus kajian. Perkataan yang sesuai digunakan bagi mewakili kumpulan sasaran ialah "peserta kajian" dan "murid". Elakkan daripada menggunakan "sampel" dan "responden'. (PPA, 2018)
OBJECTIVE (O) - Membina objektif inovasi
Selepas itu, barulah anda membina objektif atau sasaran utama inovasi anda untuk dicapai. Objektif terhasil berdasarkan masalah yang dikenal pasti dan juga punca-punca masalah tersebut. Contohnya, didapati bahawa masalah penggunaan kata majmuk mantap ini berpunca daripada masalah kekeliruan tentang mana satu yang betul. Selain itu, amalan menggunakan kata majmuk yang salah kerana tidak tahu langsung. Sehubungan itu, contoh objektif tersebut mungkin seperti di bawah ini berdasarkan punca masalah tersebut itu tadi.
Objektif inovasi ini adalah untuk membantu murid:
- Mengingat 15 kata majmuk mantap bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan.
- Mengenal pasti penggunaan kata majmuk yang betul dalam kehidupan seharian
ASK PIUH
A |
S/K/P/I
|
U |
H* |
A (Achievement) |
S(Skill)/ K(Knowledge)/P(Problem)/ I(Issue) |
U(User) |
H (How) |
Meningkatkan |
kemahiran membaca |
dalam kalangan murid LINUS |
Kaedah EBaK |
Mengurangkan |
jumlah kes disiplin |
dalam kalangan pelajar universiti |
|
Membiasakan |
yang luar biasa |
dalam kalangan pensyarah |
|
Menghasilkan |
idea inovasi |
dalam kalangan pelajar |
PUSAR+Do |
Membuang |
|
|
|
Menambahkan |
|
|
|
Membentuk |
|
|
|
Meneutralkan |
|
|
|
Mengecilkan |
|
|
|
Menghindarkan |
|
|
|
Menjauhkan |
|
|
|
Membesarkan |
|
|
|
Membiasakan |
|
|
|
*Pilihan
QUESTION (Q) - Membina soalan
Soalan kajian merujuk kepada objektif kajian. Kedua-duanya sama, cuma objektif kajian berbentuk pernyataan manakala soalan kajian pula berbentuk soalan tentang konsep yang sama. Contohnya: Objektif inovasi ini dapat membantu:
1. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid LINUS dengan menggunakan Kaedah EBaK.
Soalan kajian/inovasi:
1. Bagaimanakah Kaedah EBaK dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid LINUS?
RUMUSAN FASA 2 UNPACK (ACSOQ)
- Associate (A) - KAITKAN - Mengaitkan masalah yang dihadapi dengan DSKP/Piagam Pelanggan/Dasar/Polisi negara.
- CAUSES (C) - PUNCA - Mengenal pasti sebanyak mungkin punca yang menyebabkan masalah itu berlaku dan memilih beberapa punca paling utama
- SUBJECT (S) - SUBJEK - Kumpulan sasaran
- OBJECTIVE (O) - OBJEKTIF - Membina objektif inovasi
- QUESTION (Q) - SOALAN - Membina soalan
S-SUGGEST
FASA 3: SUGGEST (CERISOS & MOST)
CERISOMS (Characteristic)
CATEGORY (C) - KATEGORI - Kategori
EASY (E) - MUDAH - Easy (mudah)
RADICAL (R) - RADIKAL - Radikal/Eskrem
INTERESTING (I) - INTERESTING - Interesting (menarik)
SAFE (S) - SELAMAT - Safe (selamat)
OTHERS (O) - LAIN-LAIN - Lain-lain
SCATCH (S) - LAKARAN - Lakaran
MOST (Expectation: Low Cost, High Impact)
MONEY (M) - KOS RINGGIT - Jangkaan penjimatan dari aspek perbelanjaan/kos yang dikeluarkan
OUTCOMES (O) - KEBERHASILAN - Jangkaan hasil yang diperoleh
SOURCE (S) - SUMBER - Jangkaan penjimatan sumber tenaga
TIME (T) - MASA - - Jangkaan penjimatan dari aspek masa
Beberapa kriteria boleh anda perhatikan sebagai senarai semak tentang idea penyelesaian agar mudah untuk membuat keputusan seperti di bawah ini.
CATEGORY (C) - Kategori
Daripada objektif inovasi yang telah dikenal pasti, anda boleh membuat brainstorming tentang cara penyelesaian yang dicadangkan untuk menangani masalah yang berlaku itu. Perkara pertama yang anda bayangkan ialah tentulah anda berfikir “bentuk” inovasi atau cara penyelesaian masalah tersebut.
Terdapat tiga bentuk inovasi yang mungkin anda hendak hasilkan iaitu:
- Produk / ABM (alat secara maujud)
- Proses (pelaksanaan melalui proses)
- Digital (penggunaan gajet/internet/laman web/ aplikasi/ dalam talian dll)
Produk – lakaran atau lukisan produk tersebut dari aspek spesifikasi yang jelas seperti ukuran, bahan, fungsi-fungsi dll.
Proses – jika inovasi tersebut dalam bentuk proses atau langkah-langkah yang dilakukan dari awal hingga akhir perjalanannya. Contoh: inovasi prosedur kerja yang lebih efesien berbanding dengan proses kerja yang sedia ada atau yang masih bersifat konvensional. Oleh yang demikian, lakaran tentang tatacara kerja atau pengoperasiannya hendaklah jelas sehingga dapat memberi gambaran aktiviti tersebut.
Digital - Jika melibatkan digital seperti gajet, penggunaan internet, laman web, perisian, aplikasi dll, maka tunjukkan cadangan tersebut dari aspek ciri-cirinya, flow design dan bagaimana tatacara kerja digital tersebut berfungsi membantu menyelesaikan masalah dari awal hinggalah ke proses terakhir.
Pendek kata, Suggest ini hanya berupa idea yang telah “dibrainstormingkan” menjadi satu cara penyelesaian masalah yang dapat “DIPERLIHATKAN” dengan jelas melalui lakaran, proses kerja, atau flow chart yang menunjukkan pengoperasian produk tersebut. Lihat contoh di bawah ini.
EASY (E) - Easy (mudah)
E - Easy (mudah) – adakah inovasi anda mudah digunakan atau “mesra” pengguna?
RADICAL (R) - Radikal/Eskrem
R - Radical (radikal/Ekstrem) – Adakah ideanya amat berlainan, ekstrem, tidak pernah terfikir oleh orang lain atau bersifat “WOW”.
INTERESTING (I) - Interesting (menarik)
I - Interesting (menarik) – Apakah ciri-ciri inovasi anda itu dapat menarik minat pengguna?
SAFE (S) - Safe (selamat)
S - Safe (selamat) – Adakah produk yang anda hasilkan itu selamat dan tidak memudaratkan pengguna?
OTHERS (O) - Lain-lain ciri tambahan
O- Others (lain-lain) - Anda boleh tambah ciri-ciri lain inovasi yang akan anda hasilkan.
SCATCH (S) - Lakaran
S - Scatch - Anda perlu membuat gambaran tentang inovasi anda melalui lakaran, design flow, dll yang berkaitan.
Berikut ialah contoh lakaran atau gambaran inovasi yang dihasilkan.
MOST (Expectation: Low Cost, high impact)
MONEY (M) - Penjimatan dari aspek perbelanjaan/kos yang dikeluarkan
M – Money (perbelanjaan diminimumkan)
Buktikan bahawa inovasi anda itu dijangka akan mempunyai kos yang rendah. Umpamanya, berapa kos atau perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan inovasi tersebut? Mungkin tiada kos langsung, contohnya. Mungkin inovasi itu juga membawa penjimatan dalam organisasi.
OUTCOMES (O) - Hasil yang diperoleh
O - Outcomes (Meningkatkan keberhasilan)
Outcomes/Results (keberhasilan/keberhasilan) – Impak yang paling penting ialah anda dapat menjangkakan dari aspek keberhasilan atau kesan daripada inovasi tersebut dari aspek pencapaian yang dijangka diperoleh sekiranya menggunakan inovasi anda itu.
SOURCE (S) - Penjimatan sumber tenaga
S – Source (sumber tenaga dikurangkan)
Tenaga pula, berapa orang yang digunakan. Umpamanya, dalam proses kerja, mungkin melibatkan banyak tenaga kerja. Namun apabila menggunakan inovasi anda, tenaga kerja tersebut dapat dikurangkan.
TIME (T) - Penjimatan dari aspek masa
T – Time (masa dijimatkan)
Mungkin anda boleh menyatakan dari aspek penjimatan masa apabila menggunakan inovasi anda ini. Inovasi tersebut dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat sahaja.
Catatan: Begitupun, jika ada inovasi lain yang sudah berada dalam pasaran atau sedang digunakan, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan inovasi yang anda hasilkan ini, maka buatlah perbandingan sebagai pesaing anda. Dengan ini anda dapat membuat tanda aras tentang inovasi yang dihasilkan berada pada tahap mana agar aspek penambahbaikan dapat dilaksanakan.
Sehubungan itu, kumpulan anda diminta membuat brainstorming tentang produk tersebut dengan menyatakan ciri-ciri yang ada padanya. Oleh itu, gunakan senarai semak: CERISOS & MOST tersebut bagi menjelaskan ciri-ciri produk tentang cara penyelesaian melalui Fasa 3 Suggest itu. Selepas itu, buat lakaran cadangan inovasi anda itu DALAM BENTUK YANG DAPAT DIGAMBARKAN seperti di bawah ini.
RUMUSAN FASA 3: SUGGEST (CERISOS & MOST)
CERISOS (Characteristic)
CATEGORY (C) - KATEGORI - Kategori
EASY (E) - MUDAH - Easy (mudah)
RADICAL (R) - RADIKAL - Radikal/Eskrem
INTERESTING (I) - INTERESTING - Interesting (menarik)
SAFE (S) - SELAMAT - Safe (selamat)
OTHERS (O) - LAIN-LAIN - Lain-lain
SCATCH (S) - LAKARAN - Lakaran
MOST (Expectation: Low Cost, High Impact)
MONEY (M) - KOS RINGGIT - Jangkaan penjimatan dari aspek perbelanjaan/kos yang dikeluarkan
OUTCOMES (O) - KEBERHASILAN - Jangkaan hasil yang diperoleh
SOURCE (S) - SUMBER - Jangkaan penjimatan sumber tenaga
TIME (T) - MASA - - Jangkaan penjimatan dari aspek masa
A - ACTION
FASA 4: ACTION
MATERIAL (M) - BAHAN/MATERIAL
BUILD (B) - BINA
FEEDBACK (F) - MAKLUM BALAS
REBUILD (R) - BINA SEMULA
MANUAL (M) - MANUAL PENGGUNAAN
KONSEP ACTION:
ACTION ialah BERTINDAK menghasilkan inovasi daripada cadangan idea-idea kreatif melalui SUGGEST, untuk menjadi prototaip, serta membuat uji cuba terhadap keupayaan prototaip tersebut, serta menambah baik produk. Action ialah perbuatan atau aktiviti memindahkan atau transfer idea-idea dalam Suggest menjadi REALITI. Dengan perkataan lain, ciri-ciri Suggest dalam bentuk produk, proses atau digital dijelmakan menjadi PROTOTAIP yang jelas untuk digunakan. Selepas selesai menghasilkan prototaip tersebut, uji prototaip tersebut dengan pengguna dan meminta pandangan mereka untuk tujuan penambahbaikan. Sebaiknya, minta pandangan mereka melalui PM-I iaitu Plus, Minus, dan Improvement, iaitu kekuatan, kekurangan, dan penambahbaikan. Prototaip yang baik, tentulah banyak kali uji cuba dibuat. Dengan ini, wujudlan prototaip 1, 2, 3 dan seumpamanya. Tujuannya, adalah untuk menjadikan inovasi itu lebih baik dan benar-benar berkesan. Pengujian prototaip ini dikenali sebagai test atau uji cuba atau uji lari. Maklum balas prototaip dan aktiviti test (uji cuba) ini boleh dilakukan kepada pengguna sebenarnya. Kalau alat untuk mengajar, sudah semestinya melibatkan murid, dan guru juga boleh memberi maklum balas kerana mereka merupakan orang yang berada di barisan hadapan. Maklum balas atau komen tersebut boleh diperoleh melalui temu bual atau tinjauan melalui Google Form.
Langkah-langkah pelaksanaan ACTION adalah seperti MBFRM di bawah ini.
MATERIAL (M) - BAHAN/MATERIAL
Untuk menghasilkan inovasi anda sama ada digital, maujud atau proses, anda hendaklah menyatakan bahan atau material yang digunakan untuk menghasilkan inovasi. Tentulah jenis-jenis atau kategori inovasi akan menentukan bahan atau material yang digunakan. Anda boleh senaraikan bahan-bahan tersebut terutama inovasi yang bersifat maujud. Inovasi digital pula boleh dijelaskan tentang aplikasi yang digunakan dan digital learning object (DLO) lain yang berkaitan dalam pengoperasiannya. Inovasi yang berbentuk proses pula menyatakan platform yang digunakan seperti modulnya, atau borang-borang dalam bentuk tatacaranya. Kalau gabungan daripada mana-mana jenis inovasi itu boleh nyatakan seperti yang bersifat proses untuk mengajar dengan menyediakan modul pembelajaran. Dalam masa yang sama mungkin bahan-bahan lain boleh dicapai dalam laman web atau mana-mana platform. Dengan ini gabungan yang jenis proses dan digital telah berlaku. Jadi, material atau bahan inilah yang kita nyatakan.
BUILD (B) - BINA
Bahagian ini, anda perlu tunjukkan "apa yang dicadangkan" dalam bahagian suggest untuk "direalitikan". Anda mula membina inovasi tersebut berdasarkan CERISOS dalam suggest. Sebelum inovasi itu dimuktamadkan, maka anda akan melalui proses pembinaan inovasi itu. Inovasi yang direaliti itu dinamakan prototaip. Oleh sebab ini ialah penghasilan pertama anda, maka produk itu dinamakan Prototaip 1.
FEEDBACK (F) - MAKLUM BALAS
Selepas prototaip pertama dibangunkan, anda perlu mendapat maklum balas daripada pengguna. Apabila anda telah mendapat maklum balas daripada pengguna tentang prototaip 1 itu, maka anda akan menerima banyak cadangan. Anda boleh menggunakan PM-i (Plus, Minus, Impovement) untuk mendapat maklum balas tentang kekuatan, kekurangan dan cadangan aspek penambahbaikan daripada pengguna.
Maka berlakulah proses menghasilkan prototaip 1, prototaip 2, prototaip 3, atau seterusnya. Jika sampai ke prototaip 3 dan anda rasa poduk tersebut dikira lengkap dan boleh digunakan "di pasaran", maka prototaip akhir yang anda hasilkan itu akan menjadi produk akhir, dan akan digunakan oleh pengguna. Selagi inovasi itu tidak dimuktamadkan, selagi itulah produk itu dinamakan prototaip.
REBUILD (R) - BINA SEMULA
Berdasarkan PM-i yang telah anda terima, maka anda membina prototaip 2 pula. Kini anda telah Rebuild (membina semula) prototaip berdasarkan penambahbaikan. Oleh itu, proses yang sama berlaku iaitu anda perlu mendapat maklum balas daripada pengguna. Daripada maklum balas itulah anda membina prototaip 3 pula. Proses ini dinamakan proses penambahbaikan. Anda perlu rebuild (membina semula) prototaip tersebut sebagai aspek penambahbaikan. Berapa prototaip yang perlu ada? Bergantung kepada keseriusan anda. Semakin banyak penambahbaikan, semakin baiklah produk anda. Jika anda berpuas hati dengan siri-siri maklum balas tadi, kerana itulah yang terbaik setakat ini, maka produk terakhir itulah yang akan anda gunakan dan mula "dilancarkan" kepada pengguna. Itulah INOVASI ANDA YANG SEBENARNYA.
MANUAL (M) - MANUAL PENGGUNAAN
Apabila anda sudah berjaya menghasilkan inovasi berdasarkan produk yang dihasratkan, maka tugas anda yang sangat penting ialah menyediakan manual penggunaan inovasi ini. Hal ini sangat penting sebagai panduan kepada orang lain itu menggunakannya. Manual itu ibarat mewakili anda untuk menjelaskan tatacara penggunaannya supaya jelas dan mencapai objektif yang dihasratkan. Dengan adanya manual penggunaan ini, akan memberi nilai tambah kepada inovas anda.
RUMUSAN FASA 4: ACTION
MATERIAL (M) - BAHAN/MATERIAL
BUILD (B) - BINA
FEEDBACK (F) - MAKLUM BALAS
REBUILD (R) - BINA SEMULA
MANUAL (M) - MANUAL PENGGUNAAN
R-REFLECT + 3 Ext
FASA 5: REFLECT
OUTCOMES (O) - KEBERHASILAN/HASIL
IMPACT (I) - IMPAK
EFFECTIVENESS (E) - KEBERKESANAN
KONSEP REFLECT
Reflect ialah bukti keberhasilan projek atau inovasi anda. Oleh itu, penyediaan terhadap pengukuran yang akan kita gunakan sangat penting bagi melaporkan keberkesanan inovasi anda sama ada secara kuantitatif (quantitative [Qt]) atau kualitatif (qualitative [Ql]. Tujuannya untuk membuat pengukuran dan penilaian tentang inovasi anda, iaitu sejauh manakah keberkesanannya.
Untuk membuktikan keberhasilan projek, anda perlulah melaporkan tentang "keberkesanan inovasi anda". keberkesanan bukan hanya disebut sebagai berkesan mengikut andaian anda, tetapi dibuktikan dengan keberhasilan inovasi tersebut, serta menyatakan impak yang akan diperoleh. Apabila bukti keberhasilan ditunjukkan, dan impak jangkamasa panjang dihuraikan, maka barulah inovasi anda itu dikatakan INOVASI BERKESAN.
Reflect dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Outcomes (O)[Keberhasilan]
- Impact (I) [Impak]
- Effectiveness (E) [Keberkesanan]
Hal ini dapat dijelaskan seperti idea di bawah ini.
OUTCOMES (O) - KEBERHASILAN (HASIL)
Bahagian ini ialah membuat pengukuran tentang keberkesanan inovasi tersebut dalam jangka masa pendek. Biasanya, menjawab masalah atau isu yang dibentangkan dalam Fasa 1 dan Fasa 2. Contohnya, masalah tidak pandai membaca, maka bahagian ini akan membuktikan pengguna (orang) yang tidak dapat membaca, menjadi dapat membaca, atau orang yang buta huruf dapat menjadi celik huruf dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Outcomes ialah Hasil (Qt [bersifat kuantitatif] dan Ql [bersifat kualitatif] yang perlu disediakan sebagai PEMBUKTIKAN. Adakah hasilnya sangat jelas atau tidak? Penyediaan data pengukuran bentuk kuantitatif merujuk kepada jumlah, min dan peratusan; manakala kualitatif pula menggunakan temu bual dan pemerhatian. Kedua-dua pengukuran ini hendaklah digunakan bagi memastikan kejayaan sesuatu inovasi tersebut. Kumpulan inovasi tersebut hendaklah menyediakan Google Form (GF), untuk menguji tahap pencapaian seseorang apabila menggunakan inovasi tersebut. Sekiranya hendak menggunakan GF, jumlah sampel sekurang-kurangnya 20 orang. Bagi kaedah temu bual pula boleh menemu bual sekurang-kurangnya tiga orang. Temu bual dengan menjawab soalan subjektif dalam GF boleh dianggap sebagai temu bual juga terutama kelonggaran pada musim COVID-19 ini. Soalan yang diberikan ialah dalam bentuk objektif dan subjektif atau esei. Soalan dalam bentuk subjektif atau esei, perlulah disediakan rubrik pemarkahannya seperti skala Amat cemerlang, Cemerlang, Kepujian, Lulus dan Gagal. Setiap skala ini hendaklah disediakan ciri-cirinya bagi setiap skalanya. Laporan bahagian ini hendaklah ada data seperti jumlah, min dan peratus; dan analisis tersebut dijelmakan melalui graf, carta pai atau mana-mana yang sesuai. Selepas itu jelaskan tentang pencapaian tersebut dalam bentuk laporan pencapaiannya.
Untuk bidang pendidikan, perancangan kaedah mengumpul data ialah:
- Anda boleh menggunakan tiga kaedah mengumpul data iaitu Pemerhatian, Temu bual, dan Analisis Dokumen.
- Contoh instrumen ialah Ujian bertulis, Temu bual, dan Pemerhatian.
- Pemerhatian boleh dilaksanakan melalui jurnal, buku log, diari, catatan anekdot, senarai semak, nota lapangan, rakaman audio-visual.
Oleh itu senarai semak OUTCOMES ini adalah seperti di bawah ini
- Soalan-soalan objektif dan subjektif (Ikut kesesuaian Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran jika berkaitan)
- Rubrik bagi soalan subjektif.
- Data-data diperoleh bagi soalan objektif iaitu jumlah, min dan peratusan.
- Data-data daripada temu bual dan rumusan temu bual tersebut.
- Tunjuk graf atau carta pai atau graf garisan dan seumpamannya yang sesuai.
- Laporan data tentang Tahap Pencapaian (TP) dan graf/carta pai/graf garisan dll yang sesuai.
- Laporan kesimpulan tentang hasil dapatan daripada data tersebut.
Selain itu, OUTCOMES juga dapat dipersembahkan sebagai keberhasilan yang diperoleh daripada MST iaitu dari aspek penjimatan iaitu Money (Kos perbelanjaan yang dijimatkan), Source (Tenaga kerja yang dapat dikurangkan), dan Time (Masa yang dapat dijimatkan). Jika dalam SUGGEST aspek MOST ialah berbentuk jangkaan, tetapi dalam REFLECT, anda perlu buktikan dengan data apabila menggunakan inovasi ini.
- - Oleh itu, Outcomes (O)/Keberhasilan diperlihatkan melalui dapatan data kuantitatif dan kualitatif dalam jangka masa pendek. Cara kumpul data (Pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dll)
- - Cara Analisis data (ujian [instumen/soalan Subjektif? Objektif? Rubrik? dll])
- - Lapor dapatan (deskriptif - mod, min, peratus/graf dll)
- Selain itu, sebagai tambahan (jika relevan), buktikan bahawa penjimatan dari aspek MST dapat dijimatkan dengan data yang sebenarnya selepas inovasi anda digunakan.
IMPACT (I) - IMPAK
Impak ialah kesan jangka panjang inovasi ini, iaitu manfaat yang bakal diperoleh oleh pelajar-pelajar yang menggunakannya nanti. Adakah impaknya sangat kecil atau pada skala yang sangat besar? Adakah menjangkau di peringkat organisasi sendiri atau memberi manfaat hingga melepasi sempadan dunia?
- Oleh itu, inovasi yang dihasilkan itu hendaklah dapat menjangkakan Impact (I)/ Impak yang diperoleh dalam jangka masa panjang.
EFFECTIVENESS (E) - KEBERKESANAN
Keberkesanan ialah rumusan yang diperoleh daripada data OUTCOMES tadi. Sekiranya keputusan pengukuran dan penilaian tersebut menunjukkan peningkatan, bermakna inovasi anda sangat berkesan. Dengan keputusan tersebut kita dapat menjelaskan rumusan keseluruhan bahawa inovasi tersebut sangat berkesan.
- Oleh itu, Effectiveness (E)/Keberkesanan ialah rumusan keseluruhan tentang keberkesanan produk.
RUMUSAN FASA 5: REFLECT
OUTCOMES (O) - KEBERHASILAN/HASIL
IMPACT (I) - IMPAK
EFFECTIVENESS (E) - KEBERKESANAN
FASA 5: 3 EXT (RSRC)
EXTEND (REPLICATION [R] & SHARING [S])
EXTRA (RESEARCH [R])
EXTRAORDINARY (COPYRIGHT [C])
Fasa 5: 3 EXT meliputi aspek RSRC di bawah ini.
- R - REPLICATION (REPLICATION) – adakah inovasi ini digunakan atau dilaksanakan di tempat lain?
- S - SHARING (PERKONGSIAN) – bagaimanakah perkongsian diperluas dari local to global?
- R - RESEARCH (KAJIAN) - adakah terdapat kajian tambahan dilaksanakan sebagai nilai tambah kepada inovasi ini?
- COPYRIGHT (HAK CIPTA) - adakah inovasi anda dilindungi dengan membuat copyright (hak cipta) atau paten bagi melindungi harta intelek anda?
KONSEP 3 EXT
Fasa 6, 3 EXT ialah fasa terakhir yang menyempurnakan fasa-fasa lain. Inovasi yang baik bukan sahaja dapat kita laksanakan di peringkat anda selaku penghasilnya, tetapi sejauh manakah inovasi itu digunakan oleh orang lain untuk mendapat manfaat daripadanya. Fasa 6, 3 EXT mempunyai empat perkara yang penting iaitu melalui RSRC seperti di bawah ini.
- REPLICATION (R) - REPLIKASI
- SHARING (S) - PERKONGSIAN UNTUK PELUASAN
- RESEARCH (R) - KAJIAN SEBAGAI NILAI TAMBAH
- COPYRIGHT (C) - HAK CIPTA
FASA 5: 3 EXT (RSRC)
EXTEND (REPLICATION [R] & SHARING [S])
1. REPLICATION (R) - REPLIKASI
Inovasi yang baik haruslah menjangkau sayapnya ke tempat lain daripada terbang di tempat sendiri. Dengan perkataan lain, adakah inovasi anda dilaksanakan atau digunakan oleh orang lain demi kesejahteraan bersama.
2. SHARING (S) - PERKONGSIAN UNTUK PELUASAN
Inovasi mungkin telah digunakan atau dilaksanakan di tempat lain, tetapi sejauh manakah pula anda memperluas perkongsian inovasi tersebut di peringkat tempatan, nasional ataupun di peringkat global. Semakin jauh atau luasnya perkongsian anda, semakin besarlah sumbangan inovasi tersebut.
EXTRA (RESEARCH [R])
3. RESEARCH (R) - KAJIAN SEBAGAI NILAI TAMBAH
Jika anda mahu memberi nilai tambah kepada inovasi tersebut, buatlah kajian bagi menyokong bahawa inovasi tersebut benar-benar memberi kesejahteraan kepada masyarakat. Data-data ini sebagai nilai tambah untuk menyokong pencapaian inovasi anda.
EXTRAORDINARY (COPYRIGHT [C])
4. COPYRIGHT (C) - HAK CIPTA
Perlindungan itu paling tidak pun dari aspek hak cipta atau copyright, meskipun tidak sampai ke peringkat paten.
RUMUSAN FASA 6 DO
- R - REPLICATION (REPLICATION) – adakah inovasi ini digunakan atau dilaksanakan di tempat lain?
- S - SHARING (PERKONGSIAN) – bagaimanakah perkongsian diperluas dari local to global?
- R - RESEARCH (KAJIAN) - adakah terdapat kajian tambahan dilaksanakan sebagai nilai tambah kepada inovasi ini?
- COPYRIGHT (HAK CIPTA) - adakah inovasi anda dilindungi dengan membuat copyright (hak cipta) atau paten bagi melindungi harta intelek anda?
TAMAT