Strategi
Oleh Muhaimi Suhaili
Strategi
Strategi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan, kaedah, teknik yang saling berkait rapat merupakan strategi sistematik yang telah diatur oleh guru secara bijaksana (Zamri, 2012).
Strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar saja. Malahan, perlu mengambil pertimbangan lain (Mok, S.S. 2006) seperti:
- Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
- Pemiihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
- Pemyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pengajaran.
- Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap akedah dan teknik mengajar yang telah disusun.
- Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
- Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dipilih.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan tentang kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi tersebut melibatkan pengabunganjalinan kemahiran, penyerapaian nilai, mata pelajaran merentas kurikulum, strategi keseluruhan kelas, kaedah kumpulan atau individu. Pengabunganjalinan kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum juga antaranya. Pemilihan stategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan (Mok, 2006).
Contoh:
- Strategi pembelajaran bahasa (pelbagai strategi)
- Strategi pengajaran berpusatkan guru
- Strategi pengajaran berpusatkan pelajar
- Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan bahan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran alam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSM, strategi p&p Bahasa Melayu menggunakan pelbagai prinsip, teknik dan pendekatan untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah:
- Konsep 5P
- Penyelesaian masalah
- Pembelajaran berasaskan projek
- Pembelajaran koperatif
- Pembelajaran kecerdasan pelbagai
- Pembelajaran kontekstual
- Pembelajaran kontruktivisme
- Kemahiran Belajar Cara Belajar
- Kajian masa depan
- Pembelajaran akses kendiri
- Pembelajaran luar bilik darjah
- Pembelajaran masteri
- Pembelajaran modular
- Pembelajaran berpusatkan murid
- Pembelajaran berasaskan inkuiri
- Pendekatan didik hibur
- Kepelbagaian sumber dan bahan
- Pendekatan bertema
Pendekatan
Pendekatan
Pendekatan ialah arah atau hala tuju yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Sesuatu pendekatan yang dipilih lazimnya berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Pernyataan di atas mengungkap bahawa pendekatan pengajaran bahasa menjurus kepada pembuka haluan. Kaitannya juga bersendikan usaha untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran bahasa, selain penerapan sesuatu kemahiran (Adenan & Khairudin, 2012).
Pendekatan merujuk kepada cara seseorang guru itu mengajar, iaitu berdasarkan objektif pengajaran yang telah ditentukan (Zamri, 2012).
Contoh:
- Pendekatan Induktif
- Pendekatan deduktif
- Pendekatan elektik
- Pendekatan tematik
- Pendekatan masteri
- Pendekatan penyebatian
- Pendekatan konstruktif
- Pendekatan kontekstual
Pendekatan yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlandaskan teori, prinsip, atau model tertentu. Sebagai contoh, teori yang boleh digunakan seperti teori Dunn dan Dunn, teori Maslow, teori Skinner, Teori Piaget, teori Pavlov dan sebagainya. Melalui teori-teori ini, guru Bahasa Melayu dapat menentukan pendekatan yang bakal digunakan sama ada menggunakan pendekatan konstruktif, masteri, kontekstual, kolaboratif dan lain-lain (Zamri, 2012).
Kaedah
Kaedah
Kaedah pula adalah satu prosedur yang dirancang untuk satu proses pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Ia melibatkan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Dalam bidang pengajaran, kaedah merupakan satu ikhtiar keseluruhan untuk mencapai sesuatu obejktif. Pemilihan sesuatu kaedah adalah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Ia tidak boleh bercanggah sesama sendiri (Mok, 2006).
Kaedah yang digunakan mestilah berkait rapat atau sepadan dengan pendekatan yang digunakan. Contohnya, guru menggunakan pendekatan kontruktif dalam proses pengajaran, dia hendaklah menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan pendekatan tersebut. Contohnya pengajaran yang berpusatkan pelajar dan guru ialah fasilitator. Kaedah yang digunakan bercorak jangka pendek dan sesuai diaplikasikan sewaktu dalam satu proses pengajaran dan pembelajaraan sahaja (Zamri, 2012).
Contoh:
- Kaedah syarahan/kuliah
- Kaedah tunjuk cara / demonstrasi
- Kaedah projek
- Kaedah simulasi
- Kaedah perbincangan
- Kaedah sumbang saran
- Kaedah lawatan
- Kaedah pengajaran berbantukan komputer
- Kaedah pengajaran secara individu
- Kaedah pengajaran secara berkumpulan
Teknik
Teknik
Teknik merujuk kepada kemahiran guru mengelolakan dan melaksanakan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah, maka teknik yang mesti digunakan hendaklah bersesuaian dengan kaedah tersebut seperti teknik demontrasi. Terdapat teknik-teknik lain seperti lawatan, projek, teknik bercerita, simulasi, bermain, inkuiri penemuan dan sebagainya (Zamri, 2012).
Contoh:
- Demontrasi
- Lawatan
- Projek
- Teknik bercerita
- Simulasi
- Bermain,
- Inkuiri penemuan
RUJUKAN
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (2003). Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod. (2012). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim: UPSI.