Portfolio

Pembelajaran Trialogical

Pembelajaran Trialogical

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Pembelajaran Trialogical menekankan aktiviti pembelajaran murid yang dilaksanakan di persekitaran perkongsian "objek".

Persekitaran Amalan Pengetahuan (KPE) direka bentuk bagi menyokong pembelajaran triological dan proses penghasilan pengetahuan kolaboratif. 

Kedua-dua KPE dan pembelajaran trialogical telah dibangunkan oleh Projek EU-funded KP-Lab (2006-2011).

- Paavola et al, 2011

 

 

 

Rajah 1: An Illustration of the Trialogical Approach to Learning Presenting Its Basic Elements (Paavola & Hakkarainen 2009)

 

Aspek Pedagogi

Dalam Project KP-Lab, prinsip-prinsip reka bentuk, telah diformulakan kepada ciri-ciri pembelajaran trialogical seperti berikut:

1. Melaksanakan aktiviti di persekitaran objek yang dikongsikan.

2. Menyokong integrasi dalam kalangan personal dan agensi kolektif serta pekerjaan.

3. Menekankan pembangunan dan kreativiti terhadap perkongsian objek melalui transformasi dan refleksi.

4. Memupuk proses pemajuan ilmu dalam jangka masa panjang dengan objek yang dikongsikan (artefact & practices).

5. Menggalakkan pembentukan pelbagai amalan pengetahuan dan artifak yang merentas silang dalam komuniti dan institusi.

6. Menyediakan alat-alat yang fleksibel untuk pembangunan artifak dan amalan.

 

Teknologi

Dalam KP-Lab, sumber terbuka untuk persekitaran pembelajaran kolaboratif dikenali sebagai Persekitaran Amalan Pengetahuan (KPE) yang dibangunkan oleh Lakkala et al, 2009. 

KPE adalah berdasarkan metafora destop maya.

Oleh yang demikian, membenarkan cara yang mudah untuk melaksanakan secara bebas, menstruktur semula, dan memindahkan objek yang dikongsikan serta tugasan secara berfasa-fasa (kronologi) adalah berdasarkan kehendak pengguna.

Tambahan pula, tiada hak terhad atau berlaku sebarang larangan mengikut kategori yang ditetapkan antara guru dan murid.

Pengguna mendefinisikan mereka sendiri berdasarkan hak dan larangan dalam apa sahaja yang diperlukan oleh mereka dalam pekerjaan.

Ciri-ciri mantap yang sedia ada dalam persekitaran kolaboratif jelas sekali ditunjukkan dalam KPE juga.

Contohnya, interaksi dalam pengetahuan artifak, proses, pengguna dan alat bereflektif sepanjang pembelajaran trialogical atau proses kerja dilaksanakan.

 

 

 

 

Date

18 Ogos 2024

Tags

EDEBEB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini249
Semalam340
Minggu Ini589
Bulan Ini7074
Jumlah Pelawat193051

Who Is Online

2
Online

2024-10-22