Portfolio

KPPB: Merungkai - Mencerakin HPK dalam MK

KPPB: Merungkai - Mencerakin HPK dalam MK


Oleh Muhaimi Suhaili

Panduan aspek-aspek penting ketika merungkai adalah seperti di bawah ini.

Kursus dan HPK/CLO atau SK & SP

Anda perlu nyatakan kod dan nama kursus yang anda ajar. Selepas itu masukkan semua Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) atau Course Learning Outcames (CLO). Di sekolah merujuk standard kandungan dan standard pembelajaran.

Bagi HPK, maklumat tersebut diperoleh dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) atau Maklumat Kursus (MK).

Mencerakin Kemahiran dan Pengetahuan dalam HPK/C

Rajah: Contoh MK untuk dicerakinkan kemahiran dan pengetahuan dalam HPK/CLO

 

Mencerakinkan HPK

Untuk meningkatkan kefahaman tentang kemahiran dan pengetahuan yang terdapat dalam semua HK/CLO, cerakinkan pernyataan HPK/CLO tersebut kepada dua bahagian iaitu kemahiran dan pengetahuan.

Kemahiran pada pernyataan tersebut dapat dikenal pasti sebagai “kata kerja”, manakala pengetahuan pula sebagai “kata nama” atau "frasa nama". 

Kemahiran ditandai dengan kata kerja dalam bentuk perkataan, manakala pengetahuan pula dalam bentuk kata nama atau frasa nama.

 

Pengetahuan dan Kemahiran

Dengan pencerakinan ini, kita dapat memberi penekanan tentang kemahiran yang perlu dikuasai dan ilmu pengetahuan yang perlu diketahui.  Contohnya seperti di bawah ini.

  1. Menjelaskan konsep mi segera dalam konteks masyarakat Malaysia.
  2. Memasak mi segera dengan kreatif sebagai makanan yang seimbang.
  3. Menganalisis kandungan ramuan mi segera Malaysia dalam konteks Asia.
  4. Menghasil mi segera Malaysia dengan kreatif dan inovatif.
  5. Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata penjodoh bilangan mengikut konteks.
  6. Menganalisis kemahiran abad ke-21, berfikir aras tinggi dan objektif kurikulum bahasa Melayu.
  7. Mengapungkan diri di dalam kolam renang.
  8. Mengaplikasikan teknik-teknik pengucapan awam dalam situasi yang sebenarnya.

Mengapa perlu dicerakin?

  1. Membantu kita membuat pentaksiran berdasarkan penjajaran seperti mana yang terdapat dalam HPK atau SP yang ada.
  2. Memberi penekanan terhadap kemahiran dan pengetahuan yang perlu didalami dan membantu kita memahami kehendak MK/RMK atau SP.
  3. Memberi fokus yang bertumpu sama ada untuk pentaksiran berterusan atau peperiksaan. 

 

Dengan kata lain

Pengetahuan ialah APA yang kita pelajari atau ketahui, manakala kemahiran ialah apa yang kita BUAT dengan pengetahuan tersebut.

 

Contoh:

HPK/CLO1:

Menghuraikan asas, teori dan bentuk keterampilan berbahasa. (C2, HP1)

Kemahiran

Pengetahuan

Menghuraikan

  • Asas ketrampilan berbahasa
  • Teori keterampilan berbahasa
  • Bentuk keterampilan berbahasa



HPK/CLO2:

Mengaplikasi aktiviti aspek keterampilan berbahasa berdasarkan teknik penyampaian dalam pengucapan awam. (C3, P6, HP2, HP3, KKG1)

Kemahiran

Pengetahuan

Mengaplikasikan

  • Aktiviti aspek keterampilan berbahasa 
  • Teknik penyampaian
  • Pengucapan awam.



HPK/CLO3: 

Menghasilkan bahan tentang halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa. (C6, A4, HP2, HP6, KKG2, KDN3

Kemahiran

Pengetahuan

Menghasilkan

  • Bahan halangan dalam keterampilan berbahasa
  • Isu dalam keterampilan berbahasa. 

 

Contoh Merungkai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

Salah satu sebab, kita perlu merungkai HPK/SP ialah membantu kita membuat pentaksiran berdasarkan penjajaran seperti mana yang terdapat dalam HPK atau SP yang ada.

5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

5.1.2 Memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata mengikut konteks:

(iii) kata ganti nama

Untuk bahagian input, anda dikehendaki merungkai SK dan SP bagi menghasilkan instrumen pentaksiran yang benar-benar mengukur SK dan SP tersebut. Ada tiga aspek yang perlu dirungkai iaitu kemahiran (kata kerja), pengetahuan (frasa nama) dan kriteria/ciri-ciri/keterangan (syarat-syarat yang ditetapkan) seperti rajah di bawah ini.

Contoh SP yang telah dirungkai adalah seperti rajah di bawah ini.

 

Contoh instrumen praujian dan pascaujian pentaksiran berdasarkan SK dan SP di atas adalah seperti pautan di bawah ini.

 

 

  

SUMBER TENTANG KPPB YANG BOLEH DIRUJUK:

Anda boleh memperoleh templat merungkai dan merangkai, serta beberapa panduan tersebut melalui pautan di bawah ini. 

Anda juga boleh memperoleh kedua-dua templat tersebut seperti di bawah serta maklumat yang boleh dijadikan panduan seperti pautan di bawah ini.

 

Selain itu, Puan Mimma Sayuti juga ada berkongsi dengan kita tatacara tentang menghasilkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) melalui pautan penulisan beliau seperti di bawah.

Panduan DLO-KPPB IPGM sebagai bahan bacaan tambahan dan panduan seperti pautan di bawah.

Selain itu, buku khusus untuk OPD KPPB telah dikeluarkan. 

Panduan lengkap boleh merujuk buku tersebut malah telah diterbit yang dihasilkan oleh Task Force.

 

Date

03 Ogos 2024

Tags

KPPB

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini177
Semalam262
Minggu Ini1182
Bulan Ini6539
Jumlah Pelawat202268

Who Is Online

4
Online

2024-11-21