Starfield Library, Seoul: Menjanjikan Kelainan

Starfield Library, Seoul: Menjanjikan Kelainan

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

BERKUNJUNG ke Starfield Library, tentu menyajikan beberapa kelainan bagi yang pertama kali ke sini.

Perpustakaan yang dikatakan mampu menempatkan lebih daripada 50,000 buku ini telah menjadi tarikan popular sejak dibuka pada tahun 2017. 

Kelainan lain ialah lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat beli-belah COEX Mall, di metropolitan Seoul ini.

Pada tahun 2022, perpustakaan ini dikatakan mencatatkan lebih daripada 10 juta pengunjung, menjadikannya salah satu perpustakaan awam paling terkenal di Korea.

 

Ruangnya tidaklah besar, tetapi dengan idea kreatif telah menjadikan ruang yang sedia ada tak ubah sekadar memaparkan susunan buku yang kebanyakannya untuk dipandang sahaja.

Reka bentuknya dengan susunan buku yang lapis demi lapis sehingga menjulang ke ruang siling itu tidak mungkin dijangkau oleh tangan.

Tempat menelaah ada disediakan tetapi kebanyakan digunakan untuk duduk-duduk memerhati telatah pengunjung yang merakam memori di sini.

Bentuk seni bina yang unik itu telah menjadi daya tarikan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bergambar semata-mata daripada membuat rujukan apatah lagi untuk meminjam.

Bagi satu-satu seksyen atau bahagian tempat menelaah, perpustakaan ini menyediakan tempat duduk dan meja yang hanya dapat dibilang dengan jari sahaja.

Memasuki ruang tersebut tidak lebih menghidu aroma buku yang untuk santapan mata.

Di ruang masuk dan ruang lobi kaki limanya diisi dengan tempat duduk yang kelihatan para pengunjung sedang berbual dan memegang buku.

Perpustakaan ini turut menyediakan ruang pembacaan bagi mereka yang ingin menelaah.

 

Bagaimanapun, kalau ingin membuat rujukan serius, tempat ini mungkin kurang sesuai kerana diganggu dengan kemaraan pengunjung yang datang bertali arus untuk mengambil gambar.

Kerusi-kerusi santai tersedia bagi yang telah kepenatan atau sekadar menikmati telatah pengunjung yang teruja untuk mengambil gambar.

Bagi satu-satu masa, perpustakaan ini menerima pengunjung sama ada daripada penduduk tempatan atau pelancong yang datang dari seluruh pelosok dunia.

Kesimpulannya, tempat baharu memang sentiasa ada kelainannya dengan sisi pandang yang berbeza mengikut tanggapan masing-masing.

Bagi yang berkesempatan melancong di Korea, Starfield Library boleh menjadi senarai tempat yang boleh dikunjungi.

*****

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini25
Semalam503
Minggu Ini528
Bulan Ini2677
Jumlah Pelawat261663

Who Is Online

2
Online

2025-04-08