Portfolio

Asas Keterampilan Berbahasa

Asas Keterampilan Berbahasa

 

Oleh Muhaimi Suhaili

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Raja Melewar

 

 

 

Definisi

Kamus Dewan (2018) mentakrifkan keterampilan bermaksud kecekapan, kemampuan yang tinggi.

Definisi bahasa pula ialah mempunyai bahasa, memakai menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa.

Definisi yang sinonim menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2015) ialah cekap, cetakan, cegak, cergas, pantas, tangkas, campin.

 

 

Apabila cekap berbahasa maksud seseorang itu mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi.

Kemahiran berbahasa meliputi aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Semakin tinggi kemahiran bahasa seseorang, semakin tinggilah kecekapan berbahasanya.

Aspek kemahiran merupakan aspek penting dalam menilai kecekapan berbahasa seseorang. 

 

Kesimpulannya, keterampilan berbahasa bermaksud kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan sesuatu mesej sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam urusan pekerjaan atau seharian seseorang.

 

2. Fungsi keterampilan berbahasa

a. Membantu dalam memperoleh maklumat - dengan memahami dan mengingat supaya mesej yang diperoleh memenuhi hasrat penyampai.

Kecekapan mendengar sangat penting apabila maklumat yang disampaikan itu diingati dan difahami.

Apabila melibatkan maklumat dalam bentuk teks pula, kecekapan membaca amat diperlukan.

Akhir sekali kemahiran menulis sangat diperlukan untuk mencatat maklumat yang didengar agar lebih faham.

Contohnya, seseorang mahu menyampaikan maklumat yang diperoleh melalui kursus untuk disampaikan kepada rakan melalui perkongsian.

Kecekapan memahami dan mengingat maklumat itu penting dalam proses pemerolehan pengetahuan tersebut untuk disampaikan kepada rakan-rakan.

Dalam konteks ini kecekapan berbahasa daripada aspek pemerolehan pengetahuan itu penting.

 

b. Membantu dalam menguasai maklumat - dengan mengaplikasi, menganalisis, menilai, mentaksir dan merefleksi.

Keterampilan berbahasa seseorang mula terserlah apabila berfungsi untuk mengoperasikan maklumat tersebut dengan disepadukan  keterampilan berbahasa.

Seseorang mengoperasi maklumat dalam minda apabila mendengar atau membaca maklumat yang diberikan.

Di sinilah memerlukan seseorang menguasai kemahiran seperti mengaplikasi, menganalisis, mentaksir dan merefleksi daripada apa yang disampaikan dan dibaca.

Maklumat yang diproses melalui penganalisisan dan penilaian tersebut perlu dicatat atau didokumentasikan melalui penulisan. Di sinilah keterampilan menulis diperlukan.

 

c. Membantu dalam mengadaptasi maklumat tersebut dalam konteks situasi baharu yang sebenarnya.

Dengan berkecekapan berbahasa seseorang sepatutnya berkebolehan mengadaptasi maklumat yang diperoleh dan dikuasai.

Seseorang itu perlulah menyesuaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut dalam situasi yang sebenarnya.

Kemahiran yang dipelajari kadang-kadang berbeza dengan persekitaran baharu.

Oleh itu, seseorang yang cekap berbahasa, akan dapat membantu untuk mengadaptasi dalam persekitaran yang sebenarnya. 

 

d. Membantu dalam menghasilkan maklumat bagi membina kecekapan berbahasa yang tinggi dengan menghasilkan idea baharu ke arah penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian atau pekerjaan.

Dengan berketerampilan berbahasa yang tinggi seseorang itu dapat berada di mana-mana pentas.

Seseorang dapat menghasilkan maklumat baharu untuk disampaikan sama ada secara lisan mahupun secara penulisan.

Pada tahap ini, seseorang itu dapat membantu orang lain supaya cekap berbahasa dengan idea dan inovasi sendiri.

Di sinilah fungsi keterampilan berbahasa diperlu dengan melahirkan orang-orang seperti Steve Jobs, Sukarno, Donald Trump, J.K Rowling, Cassandra Clare, dan lain-lain.

 

3. Prinsip keterampilan berbahasa

a. Mulakan dengan kemahiran bertutur dan mendengar, kemudian membaca dan menulis.

b. Sentiasa ada latihan dan praktikkan dalam kehidupan seharian.

c. Bertujuan dan ada matlamat.

d. Mempunyai tatacara yang betul dan sistematik.

e. Penguasaan aspek tatabahasa yang tinggi.

f. Belajar daripada kesilapan.

g. Inisiatif yang tinggi dalam meningkatkan kecekapan berbahasa.

h. Sentiasa merefleksi diri tentang keberkesanan sistem penyampaian.

 

 

4. Kepentingan keterampilan berbahasa

a. Bidang pentadbiran

Pentadbir memerlukan kecekapan berbahasa yang tinggi dalam organiasi bagi memastikan organisasi mencapai visi dan misi.

Tanpa keterampilan berbahasa yang tinggi akan menimbulkan konfliks dalam organisasi kerana sistem penyampaian kurang berkesan sama ada dalam kalangan pentadbir bawahan mahupun pentadbir atasan.

Bidang pentadbiran meliputi aspek dalam kerajaan mahupun dalam swasta, sama ada dalam unit kecil mahu yang berskala besar.

 

b. Bidang pekerjaan

Dalam bidang pekerjaan keterampilan berbahasa amat diperlukan tidak kira apa sahaja kerjaya seseorang.

Setiap pekerja akan berinteraksi setiap hari dan pada setiap masa dengan sesiapa sahaja yang mereka hadapi lebih-lebih lagi mereka yang berkaitan dengan pekerjaan mereka ketika berurusan dengan mereka.

Tanpa kecekapan bahasa yang tinggi, seseorang itu akan diklasifikasikan sebagai pekerja yang kurang kompeten dan efisien dalam melaksanakan tugas.

 

 

c. Bidang sosial

Bidang sosial ialah berkaitan dengan aktiviti sosial yang kita lalui dalam kehidupan seharian selain aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran dan pekerjaan.

Kecekapan berbahasa dalam melaksanakan aktiviti sosial cukup penting sebagai warga negara yang hidup dengan harmoni dan sejahtera.

Tanpa ada kecekapan berbahasa dalam melayari kehidupan seharian, seseorang itu akan menghadapi masalah dalam masyarakat.

Masalah yang berlaku berpunca daripada salah faham yang menyebabkan berlaku masalah dan konflik hanya kerana kurang beketerampilan dalam berbahasa.

 .................................

Cadangan menulis rujukan bersumberkan bahan dalam talian menggunakan sistem APA:

Muhaimi Suhaili. (2023, Januari 7). Re: Asas Keterampilan Berbahasa [Web log post]. Diperoleh daripada muhaimi.suhaili.com 

 

 

Rujukan

Teuku Iskandar. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Kuala Lumpur: DBP.

 

 

Date

08 Januari 2023

Tags

Artikel

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini238
Semalam262
Minggu Ini1243
Bulan Ini6600
Jumlah Pelawat202329

Who Is Online

1
Online

2024-11-21