Kenali Kami

Tentang Kami

Perkongsian menjadi satu gagasan kepada kami agar sesuatu pembelajaran berlaku setiap hari.  Hidup ini ialah pembelajaran yang kita kutip sebagai panduan melayari bahtera kehidupan. Kita belajar melalui persekitaran agar menjadikan diri kita lebih baik dan dapat memberi makna dalam hidup.

Misi

Menjadikan perkongsian ilmu itu dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam apa sahaja bidang ilmu yang mencakupi kehidupan kita sebagai manusia biasa.

Di Sebalik Tabir

Kandungan dan kemahiran bahasa Melayu, pedagogi, motivasi, inovasi dan pembangunan diri

Muhaimi bin Suhaili

Image

PROFIL

MUHAIMI SUHAILI memulakan pendidikannya di SRK Kampung Baru (1973 hingga 1978), Kota Samarahan sebelum menyambung pelajaran di SMK Muara Tuang (1979 – 1981), SMK DPHA Ghapor Stampin (1982 hingga 1983), dan SMK Tun Abang Haji Openg (1984 hingga 1985).

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama [PBMP]) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2012, dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989. Beliau juga pemegang Diploma Pendidikan (Kepujian), dari Universiti Malaya pada tahun1991 dalam Pengajian Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang, Kota Samarahan dari tahun 1992 hingga 2007. Jawatan terakhir di sekolah tersebut ialah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selain pernah menjadi Ketua Panitia, Guru Majalah Sekolah, dan Ketua Bidang.

Beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan sejak tahun 2007 hingga 24 Julai 2022. Kini beliau bertugas di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dari 25 Julai hingga sekarang.

Beliau banyak menyumbangkan penulisan ilmiah dan penulisan kewartawanan yang dimuatkan dalam akhbar harian selain sajak, cerpen dan kritikan.

Beliau juga banyak menyumbangkan artikel penyelidikan dan membentang kertas kerja dalam beberapa penerbitan di dalam dan di luar negara.
Image


Encik Muhaimi juga sering diundang untuk memberi ceramah yang berkaitan dengan pedagogi, inovasi, kemahiran berfikir, motivasi dan inovasi. Beliau juga merupakan penceramah dan Ketua Fasilitator bagi kursus-kursus anjuran Jabatan Pengajian Melayu.

Selain itu, beliau aktif menghasilkan inovasi secara individu mahupun dalam kumpulan. Beliau merupakan Ketua Kumpulan Inovasi IPG iaitu Kumpulan Al-Kahfi, Kumpulan SAF1, SAF2, dan SAF3, dan Kumpulan LOK Al-Kahf.

Sejak tahun 2016 hingga tahun 2020, beliau telah menyertai sebanyak 30 pertandingan inovasi sama ada secara individu mahupun berkumpulan anjuran IPG, kerajaan Negeri Sarawak, MPC di peringkat Negeri, peringkat Wilayah, peringkat Kebangsaan, dan peringkat Antarabangsa.

Dalam pasukan inovasi Al-kahfi, beliau mengetuai peluasan inovasi yang dikenali EBaK di seluruh negeri Sarawak. Projek pembelajaran ini telah berjaya dilaksanakan melalui geran Yayasan Inovasi Malaysia pada tahun 2018 yang memberi tumpuan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Dalat. Bersama-sama dengan ahli kumpulan, beliau pernah berkongsi peluasan inovasi IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, IPG Kampus Kent, dan di National Institute Education, Singapura.

Beliau juga mengetuai beberapa pasukan IPGKTAR untuk menghasilkan modul-modul pembelajaran seperti Modul Pembelajaran Al-Kahfi, Modul MOBOTO, Modul TABSOR + ABC, dan Modul PUSAR + 3 Ext.

Ketika bertugas di IPGKTAR, beliau merupakan penyelaras Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau New Pedagogy Deep Learning dan Design Thinking. Beliau banyak berkongsi pengalaman melalui laman web beliau iaitu “muhaimisuhaili.com” iaitu tentang bidang bahasa, pedagogi, motivasi dan inovasi.

PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN

Image

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 1996 (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2005 (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008 (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 (Kementerian Pendidikan Malaysia)

ANUGERAH MELEWAR 2022 (Kategori ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK)
(Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar)

ANUGERAH KHAS PENGARAH TAHUN 2021
 (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

ANUGERAH APRESIASI KATEGORI INOVASI TAHUN 2019 (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

ANUGERAH KHAS REKTOR 2018
Kumpulan Al-Kahfi terpilih sebagai pemenang Inovasi Terbaik dalam Pendidikan (Kategori Pensyarah) (Institut Pendidikan Guru Malaysia)

ANUGERAH KHAS INOVASI TAHUN 2018 (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

ANUGERAH KHAS PENGARAH TAHUN 2017 (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

ANUGERAH INOVATIF 2016
Kategori Individu (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

ANUGERAH INOVATIF 2016
Kategori Kumpulan (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

SUMBANGAN KEPAKARAN PERINGKAT SEKOLAH/DAERAH

Image

Ketua Fasilitator Bengkel Siri 1: Penghasilan Bahan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan dan Prasekolah dengan Menggunakan Kaedah Al-Kahfi di Dewan Sri Samarahan, IPG Kampus Tun Abdul Razak pada 9-10 Februari 2022.

Ketua Fasilitator Bengkel Siri 2: Penghasialn Bahan Inovasi Pembelajaran Pendidikan Pemulihan dan Prasekolah dengan Menggunakan Kaedah PUSAR + 3 Ext Jalinan dan Jaringan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan dengan IPG Kampus Tun Abdul Razak di Dewan Sri Samarahan, IPGKTAR pada 29-30 Mac 2022.

Ketua Fasilitator Bengkel Siri 3: Kajian Tindakan untuk Bahan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan dan Prasekolah Tahun 2022 di Dewan Sri Samarahan IPGKTAR pada 2-3 Ogos 2022.

Hakim Pertandingan Inovasi Pendidikan Daerah Kuching Tahun 2020 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching pada 7 Disember 2020.

Penceramah Bengkel Siri 2: Bimbingan dan Laporan Penghasilan Inovasi dan Kajian Tindakan Menggunakan Kaedah PUSAR + Do Daerah Simunjan pada 11-12 Ogos 2020 bertempat di Pusat Sumber SK Abang Man Simunjan.

Penceramah Kursus Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dengan Menggunakan Kaedah PUSAR + Do Daerah Simunjan pada 16-17 Julai 2020 bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Simunjan.

Penceramah Wacana Profesional Siri 4: CPD 3: Strategi Menggalakkan Murid Berfikir Anjuran Team CPD 3 AT/ML SMK Lundu pada 8 April 2021.

Ketua Panel Penilai Kajian Tindakan Peringkat Daerah Simunjan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan pada 25 jun 2021.

Hakim Konvensyen Penyelidikan, Inovasi & Kreativiti (PIK 20200 bertempat di IPG Kampus Tun Abdul Razak pada 8-10 September 2020.

Penceramah Kajian Tindakan Peringkat SMK Asajaya sempena Bengkel Pembudayaan Kajian Tindakan SMK Asajaya pada 28 Julai 2022.

Pembentang Program Pembelajaran bagi Kursus Seni dalam Pendidikan bertajuk Pembinaan Bahan Kaedah Didik Hibur Kamishibai KADIHIKA dalam pengajaran dan pembelajaran pada 13 Mei 2023 melalui Streamyard LIVe Youtube MYIPGKTAR.

Hakim Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Samarahan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 pada 24 Jun 2022.

 

SUMBANGAN PERINGKAT NEGERI & KEBANGSAAN

Image

Panel Hakim Pertandingan Inovasi sempena Konferensi Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2022 (NCRI2022) IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Hakim Sayembara Cerpen Berteraskan Nilai Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Panel Maklum Balas sempena Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Kluster Tiga IPG Kampus pada 12 Disember 2022 secara dalam talian.

Panel Penilai Pembentangan Showcase KPPB/NPDL Semester 2 2021 Institut pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik secara Maya pada 2 November 2021.

Panel Penilai Showcase Maya Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent pada 18 Julai 2022.

Ketua Hakim Pertandingan Inovasi Pengajaran sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pengajaran Peringkat Kebangsaan (SePIPK) 2022 pada 12 Mei 2022.

Ketua Hakim Kajian Tindakan Pedagogi PdP Guru pada 23 Mei 2022 bertempat di Auditorium Mini, Institut Tadbiran Awam (INTAN) anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD)

Panel Temu Duga Pemilihan  Calon Jawatan Pensyarah / Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia pada 26 Mei 2022.

Wakil Jabatan Lembaga Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Negeri Sarawak Tahun 2019.

Pembentang (Muhaimi bin Suhaili, Sharil Zulkarnain bin Haslan, Mohammad Syaid Fikrie bin Mohamad Hadad, dan Mohammad Aidil Ikhwan bin Gayuh) dengan tajuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Menggunakan Pendekatan Proses dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi bin Suhaili, Muhammad Ashraf bin Abdullah, Phu Wen Zhi, Esther Liong Chuen Ning) dengan tajuk  Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Tahun 5 dengan Menggunakan Kaedah Didik Hibur dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi bin Suhaili, Dayang Nurin Sabrina binti Ab Dzulkifli, Fatin Nabilah Binti Alias dan Muhammad Nor Faizmie bin Rasman) dengan tajuk  Meningkatkan Kemahiran Berfikir dalam Kalangan Murid Tahun 6 Menggunakan SMB (Soalan Mendaki Bukit) dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi bin Suhaili, Norshafika binti Madian, Nur Farah Nadia binti Buana dan Sharifah Nuur Qhamelia binti Wan Azeman) dengan tajuk Formula Jawapan + CSI + KAI + BUAS Meningkatkan Khat dalam Kalangan Murid Tahun 6 dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi Suhaili, Hafizie bin Abdullah Hasbie, Kelvin Chung Yiung Shi Hong, dan Mohd. Harris Haiqal bin Ahmad Moslini) dengan tajuk: Meningkatkan Kemahiran Bertutur dalam Kalangan Pelajar Tahun 3 dengan Kaedah ABC PAL (Alat Berfikir Cemerlang: Punca Akibat Langkah) dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi Suhaili, Lee Wen Qing, Maszanirah binti Ahmad, dan Nur Aliah Syazwinie bin Azmi ) dengan tajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Adjektif dengan Menggunakan Kaedah Mnemonik dalam Kalangan Murid Tahun 4 dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi Suhaili, Empenai Fung Jiu Kei, Lai Mee Ing, dan Nurul Sabariah bin Eduad) dengan tajuk: Meningkatkan kemahiran Menggunakan Kata Hubung dalam Ayat Menggunakan Kaedah Mnemonik dalam Kalangan Murid Tahun 5 dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi Suhaili, Nur Assykin binti Jamhari, Nur Azra Syafiqah binti Abdul Wahap) dengan tajuk: Meningkatkan Penggunaaan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas dalam Kalangan Murid Tahun 1 dengan Menggunakan Teknik Didik Hibur dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

Pembentang (Muhaimi Suhaili, Ernia Syafeka binti  Sam, Wong Hui Lim, dan Elni Haliza binti Hassim) dengan tajuk: Kaedah SASBIDI MENBAKE Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun 6 dalam Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021 pada 8-9 Mac 2021.

SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA/ "GO GLOBAL"

Image

Pembentang dalam Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu pada 15-16 Oktober 2012 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, dan Dewan Bahasa dan Pustaka bertempat di UPSI.

Pembentang dalam International Colloquium "Language Teaching Methods" pada 20 November 2013 di Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia.

Pembentang dalam Panitia Kolokium Internasional Antarabangsa Pedagogi Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu pada 18-19 November 2013 di Kampus Universitas Indonesia.

Penyertaan dalam Seminar Antarabangsa Psikolinguistik III, anjuran Persatuan Psikolinguistik Malaysia dan Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi Universiti Putra Malaysia pada 26-27 November 2014 di Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak.

Kumpulan Al-Kahfi, IPG Kampus Tun Abdul Razak memenangi Pingat Emas dalam Temu Karya Mutu & Produktivitas Nasional XXI and International Quality & Productivity Convention 2017 di Padang Sumatera Barat, Indonesia, 27-30 November 2017.

Pembentangan Inovasi Kumpulan Al-Kahfi dari IPG Kampus Tun Abdul Razak dalam Sesi Perkongsian Inovasi di National Institute of Education (NIE) Singapore pada 7 September 2018.

Penyertaan dalam Bengkel Didik Hibur KAMISHIBAI 2017 bertempat di IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia pada 18-20 April 2017.
Penyertaan dalam 1st International Conference on Education in The Digital Ecosystem Blended Learning in Teacher Training Innovation and Good Practices pada 19-22 Ogos 2019 di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak.

Penyertaan Blended Learning for Teacher Educators Workshop Using Video in the Claasroom in conjunction with The 1st International Conference on Education in the Digital Ecosystem Blended Learning in Teacher Training Innovation and Good Practices pada 19-22 Ogos 2019 di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak.

Hakim sempena Festival Kesenian Islam Borneo 2019 pada 22-23 April 2019, Anjuran IPG Kampus Tun Abdul Razak bertempat di Dewan Sri Samarahan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Pembentang dalam Kolokium Bahasa, Budaya, dan Sastera (Program kolaboratif Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAR dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Riau, bertempat di Universitas Riau, Indonesia pada 25 Februari 2020.

Pembentang kertas kerja International Conference on Islamic Education 2020 (ICIEd 2020) pada 21-22 Disember 2020 Anjuran Association of Malaysian  Muslim Intellectuals  dan Institute of Teacher Education Tun Abdul Razak Campus.

Moderator Webinar Titian Ketamadunan Melayu Serantau 2022, bertemakan "Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Wajah Tamadun Bangsa" pada 4 Februari 2022.

PENCAPAIAN INOVASI (Peranan Sebagai Ketua Kumpulan)

Image

2016
  • ANUGERAH DUA BINTANG (Pertandingan Inovasi Kelolaan Jabatan Ketua Menteri Sarawak, 2016)
  • PINGAT EMAS (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah dan Sarawak, 2016)
  • PINGAT EMAS TIGA BINTANG (Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition [APIC] 2016)
  • JOHAN KATEGORI AWAM (Cabaran Inovasi Inklusif 2016) Zon Sarawak
  • GERAN KHAS EBAK (Oleh Yayasan Inovasi Malaysia)

 

2017

  • PINGAT EMAS (MPC Konvensyen Mini Kuching Sarawak 2017) Kumpulan HIBRID Bersama-sama dengan PUSAKA, SARAWAK.
  • PINGAT EMAS (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah dan Sarawak, 2017)
  • ANUGERAH DUA BINTANG (Pertandingan Inovasi Kelolaan Jabatan Ketua Menteri Sarawak, 2017)
  • PINGAT EMAS TIGA BINTANG (Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition [APIC] 2017)
  • PINGAT EMAS PENYERTAAN IQPC (International Quality Productivity Convention) KE PADANG, SUMATERA, INDONESIA pada 27 – 30 November 2017

 

2018

  • PINGAT EMAS (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah dan Sarawak, 2018.
  • ANUGERAH REKTOR (Kategori Inovasi Pensyarah), HARI INOVASI IPGM 2018
  • JOHAN BICARA TUNTAS (Kategori Pensyarah), HARI INOVASI IPGM 2018
  • PINGAT EMAS (MPC Konvensyen Mini Kuching Sarawak 2018)
  • PINGAT EMAS (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah dan Sarawak, 2018).
  • PINGAT EMAS TIGA BINTANG (Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition [APIC] 2018
  • ANUGERAH DUA BINTANG [Inovasi 1: Ero@TABSOR">Eri @TABSOR + ABC], Pertandingan Inovasi Kelolaan Jabatan Ketua Menteri Sarawak, 2018
  • ANUGERAH TIGA BINTANG [Inovasi 2: TOB - Bukan Sekadar Kotak], Pertandingan Inovasi Kelolaan Jabatan Ketua Menteri Sarawak, 2018

 

2019

  • PINGAT EMAS (MPC Konvensyen Mini Kuching Sarawak 2019)
  • PINGAT EMAS (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah dan Sarawak, 2019).
  • PINGAT EMAS DUA BINTANG (Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition [APIC] 2019

2020

  • PINGAT EMAS (MPC Konvensyen Mini Zon Tengah 2020)
  • PINGAT EMAS (MPC Peringkat Wilayah Tengah 2020)
  • PINGAT EMAS TIGA BINTANG (APIC 2020)

 2021

  • PINGAT PERAK, Mini Innovation Showcase Team Excellence 2021 Wilayah Pantai Timur (1 Julai 2021) Kumpulan: SAF 2, Pencapaian: Pingat Perak
  • Karnival Kik Profesional Keguruan 2021, Acara Saringan 3/9/2021, Kumpulan: SAF 2 Pencapaian: Terpilih (Senarai Pendek Peringkat Awal).
  • Karnival KIK Profesional Keguruan 2021, Peringkat Akhir (21 September 2021), Kumpulan: SAF 2, Pencapaian: SAGUHATI
  • Sesi Saringan KIK Negeri Sarawak - Pusar + 3 Ext (2 September 2021), Kumpulan: SAF 2, Pencapaian: PERINGKAT SARINGAN.
  • PINGAT EMAS, Regional Innovation Showcase On Team Excellence (RISTEX) 2021, Kumpulan: SAF 2, Pencapaian: Emas.
  • PINGAT EMAS, Annual Productivity And Innovation Showcase (Arlse) 2021 (15 November 2021), Kumpulan: SAF 2.

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini32
Semalam154
Minggu Ini656
Bulan Ini2966
Jumlah Pelawat143323

Who Is Online

2
Online

2024-04-19