Rentak Kita

Kejohanan Sukan Olahraga Raja Melewar 2022 Meriah!

Oleh Muhaimi Suhaili

KEJOHANAN Sukan Olahraga 2022, Majlis Sukan IPG Kampus Raja Melewar baru saja tamat dan warga Raja Melewar masih dapat merasakan bahangnya.

Gambar: Dr. Mazlan bin Aris, Pengarah IPGKRM, dan Puan Halimah binti Che Mat, Timbalan Pengarah, bersama-sama maskot rumah Undang Jelebu.

 

Dengan berkonsepkan sukan untuk semua,  setiap warga IPGKRM tidak kira para pelajar, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan para pensyarah, semuanya berganding bahu untuk menjayakan temasya sukan untuk pelajar ini.

Penganjuran temasya sukan kali ini sangat meriah dengan keadaan cuaca hari ini sangat baik, bermula dari majlis pembukaan seawal 8.00 pagi hinggalah tamat pada pukul 1.00 petang itu.

Saat-saat sambutan yang diadakan secara fizikal seperti ini memang mengujakan setelah negara dilanda zaman pandemik yang baru sahaja berakhir.

Pada kejohanan kali ini, sebanyak empat buah rumah sukan yang beradu kekuatan dalam mempamerkan keupayaan rumah masing-masing dalam pelbagai acara yang diadakan iaitu rumah Undang Jelebu (Merah), rumah Undang Sg Ujung (Kuning), rumah Undang Johol (Hijau) dan rumah Undang Rembau (Biru).

Gambar: Pasukan dari rumah Undang Sg Ujung, cerah bersama warna kuning.

 

Kejohanan sukan ini telah pun bermula pada hari pertama iaitu pada 7 November 2022 (Isnin) dan diakhiri pada hari ini iaitu 9 November (Rabu), selepas memberi laluan kepada satu program khas yang diadakan pada hari 8 November 2022 di IPGKRM, iaitu Karnival Oghok Melewar 2022.

Majlis yang dimulakan dengan seawal 8.00 pagi itu dimeriahkan dengan acara perbarisan yang memperlihatkan semua kontijen rumah sukan dan persatuan beruniform, membuat lintas hormat.

Majlis pembukaan turut diserikan dengan persembahan Kelab Gimrama Raja Melewar yang turut menunjukkan bakat anak-anak kecil dalam variasi persembahan yang menghiburkan.

Gambar: Majlis pembukaan turut diserikan dengan persembahan Kelab Gimrama Raja Melewar.

 

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Mazlan bin Aris, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Hajah Halimah binti Che Mat, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Dr.  Khairul Sham bin Hanafiah, Penolong Pengarah Jabatan STEM, IPGM, dan Encik Izudin bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPGM.

Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Abdul Halim bin Md Salleh, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani,  Kesihatan dan Kokurikulum selaku host utama penganjuran kejohanan sukan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.

Pada hari pertama banyak acara padang diadakan manakala pada hari kedua ialah acara-acara balapan, acara tarik tali dan acara lari berganti-ganti dalam kalangan pelajar, pensyarah dan AKP.

Majlis kemuncak ialah acara penyampaian hadiah daripada pelbagai kategori yang dipertandingkan.

 Gambar: Pasukan rumah Undang Johol yang berkonsepkan warna hijau.

 

Gambar: Pasukan rumah Undang Rembau - laut membiru.

 

 Gambar: Pasukan rumah Undang Jelebu, MERAH BERAPI!

 

 Gambar: Tetamu khas bergambar kenangan bersama dengan rumah Undang Johol.

Johan keseluruhan bagi kejohanan sukan bagi tahun 2022 ialah diungguli oleh rumah Undang Rembau. Tempat kedua pula disandang oleh rumah Undang Johol manakala tempat ketiga ialah rumah Undang Jelebu.

SEHINGGA BERJUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN!

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini49
Semalam121
Minggu Ini1279
Bulan Ini4654
Jumlah Pelawat145011

Who Is Online

1
Online

2024-04-27