Rentak Kita

Program Rakan Pembelajaran KPPB Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Raja Melewar ke Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)

Program Rakan Pembelajaran KPPB Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Raja Melewar ke Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)

 

Oleh Muhaimi Suhaili

JABATAN Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar telah mengadakan lawatan akademik bawah Program Rakan Pembelajaran Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) ke Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM).

Program tersebut melibatkan 48 orang pelajar opsyen Bahasa Melayu bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2022/2027 (Tahun 1, Semester 2).

Lawatan akademik ini dilaksanakan bagi memberikan panduan dan gambaran kepada pelajar untuk melaksanakan tugasan Pentaksiran Berterusan bagi kursus BMMB3203 Morfologi Bahasa Melayu, BMMB3213 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan BMMB3223 Pengajaran Kemahiran Bahasa dalam Bahasa Melayu yang dilaksanakan secara interdisciplinary.

Gambar: Encik Ismail bin Rosdi ketika membuat perkongsian tentang penghasilan produk dari perspektif dan keperluan pihak industri

Selain itu, program tersebut dapat membantu pelajar mengaplikasikan teknologi digital dalam pembelajaran sesuai dengan tugasan yang diberikan iaitu menghasilkan bahan bantu belajar berbentuk pembelajaran Virtual Reality bawah “The Big Idea: Eksplorasi Bahasa Mencetuskan Inovasi”.

Sehubungan itu, Encik Ismail bin Rosdi, Head - Design Policy & Advisory Division, MRM telah dijemput untuk memberi maklumat yang berkaitan melalui sesi perkongsian tentang kriteria penghasilan inovasi menggunakan bahan bantu belajar berbentuk pembelajaran Virtual Reality dari perspektif dan keperluan pihak industri.

Gambar: Para pelajar ketika mendengar perkongsian daripada Encik Ismail bin Rosdi

Ini bertepatan dengan peranan MRM yang dianggap sebagai kumpulan pemikir dan penasihat untuk mengembangkan reka bentuk inovatif di kalangan rakyat Malaysia, dan untuk memastikan bahawa Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa.

MRM ialah sebuah agensi yang bukan mengutamakan keuntungan (non-profit agency), bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan SIRIM Berhad pula ialah sekretariat yang dilantik.

Gambar: Para pelajar diberi taklimat tentang sumbangan MRM dalam memberi khidmat nasihat bagi menghasilkan produk-produk dalam industri

MRM telah ditubuhkan pada tahun 1993 untuk membuka ruang masa depan inovasi dan reka bentuk bagi menerajui program di negara ini untuk meningkatkan kepakaran, keupayaan dan piawaian reka bentuk industri.

Antara fungsi MRM Untuk mendidik industri tentang kepentingan pengurusan reka bentuk yang berkualiti dan berkesan, dalam pembuatan produk, untuk bersaing dalam pasaran terbuka.

Gambar: Imej-imej yang terhasil daripada cetakan 3D

Sehingga kini, MRM meneruskan usahanya untuk meningkatkan kaedah reka bentuk dan melonjakkan kreativiti dalam kalangan pengeluar. 

Selepas mendengar aktiviti pengkongsian, para pelajar telah dibawa ke bahagian Design Exhibit yang berbentuk showcase yang menempatkan Design Facilitates Industrialisation.

Berikut ialah beberapa rakaman FOTO yang dapat dikongsikan hasil daripada lawatan tersebut.

 

*****

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini25
Semalam144
Minggu Ini169
Bulan Ini5180
Jumlah Pelawat145537

Who Is Online

2
Online

2024-04-30