Rentak Kita

Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan - Mengapa Pelajar Perlu Tahu?

Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan - Mengapa Pelajar Perlu Tahu?

Oleh Muhaimi Suhaili

 

IBARAT seorang Jeneral membawa bala tenteranya di dalam sebuah kapal.

Jeneral perlu memberitahu kepada tentera-tenteranya bahawa mereka hendak menuju ke mana, apa tujuan mereka, dan bagaimana mereka tahu bahawa misi tersebut sudah berjaya.

Bayangkan, bala tentera yang berada di dalam kapal tidak tahu mereka hendak ke mana, tujuannya, dan bagaimana mereka tahu misi itu sudah tercapai, tentu sekali perkara itu satu malapetaka besar!

Guru ibarat Jeneral, manakala pelajar-pelajarnya ialah bala tentera. 

Proses pembelajaran di dalam kelas mempunyai hasrat dan misi tersendiri.

Bukan seorang Jeneral sahaja tahu, tetapi bala tenteranya juga perlu tahu.

Dengan perkataan lain, bukan seorang guru saja tahu, tetapi pelajar juga perlu dikongsikan bersama.

Dengan ini, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap proses pembelajaran yang dilalui.

Pelajar harus mempunyai idea seperti mana gurunya tentang apa yang berlaku di dalam kelas.

  • Apakah yang mereka akan pelajari hari ini (hari proses pembelajaran berlaku)?
  • Apakah tujuan mereka?
  • Bagaimanakah mereka tahu bahawa tujuan mereka tercapai?

Gambar: Dalam sebuah perjalanan pembelajaran, pelajar harus tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana mereka tahu telah sampai ke destinasinya.

 

Hasrat pembelajaran merujuk kepada apa yang pelajar akan belajar, manakala sukses kriteria merujuk kepada apa yang pelajar dapat buat bagi menunjukkan yang mereka telah belajar.

Hasrat Pembelajaran (learning intension), juga menggunakan frasa lain seperti:

  • Learning goal (Tujuan pembelajaran)
  • Learning objective (Objektif pembelajaran)
  • Learning aim (Sasaran pembelajaran)

Penggunaan frasa, Saya belajar (menunjukkan hasrat pembelajaran), manakala Saya dapat (menunjukkan kriteria kejayaan).

Proses pembelajaran akan lebih bermakna, apabila guru sentiasa meraikan hasrat pembelajaran (atau objektif pembelajaran), dan keberhasilan pembelajaran (kriteria kejayaan) sepanjang proses pembelajaran berlaku.

Pelbagai kelebihan apabila guru dan murid mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan impak pada tahap maksimum. Umpama seorang Jeneral dan bala tenteranya mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu peperangan.

Antara kelebihannya:

  1. Pelajar boleh memperbetul kesalahan guru, atau ada yang kurang maka pelajar dapat menambah baik lagi.
  2. Menunjukkan hasil kerja akhir mereka, maka pelajar dapat tahu rupa hasil yang sepatutnya dicapai.
  3. Membandingkan hasil kerja yang terbaik kerana pelajar dapat tahu tentang petunjuk kualiti dengan justifikasi.
  4. Sukses kriteria yang kurang sesuai menunjukkan kaedah atau pelaksanaan yang tidak berkesan. Pelajar kemudiannya boleh bersama-sama guru menambah baik kriteria kejayaan yang sepatutnya.
  5. Penghasilan semula kriteria kejayaan daripada sebelum ini berguna apabila produk atau proses tersebut sangat besar sehingga tidak jelas apa yang hendak dimasukkan ke dalamnya. Hal ini berguna dalam memecahkan kebuntuan.
  6. Sentiasa mengulang kriteria kejayaan dari masa ke masa akan dapat memandu pelajar berada pada landasan atau hala tuju pembelajaran tersebut.

 

Active Learning Through Formative Assessment (Clarke, S. 2008), menjelaskan bagaimana menggunakan hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan seperti pautan youtube di bawah ini.

https://www.youtube.com/watch?v=OGyvDvOegXE

 

*****

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini134
Semalam121
Minggu Ini1364
Bulan Ini4739
Jumlah Pelawat145096

Who Is Online

2
Online

2024-04-27