Rentak Kita

Kejelasan dan Gaya Penulisan dalam Penulisan Akademik

Oleh Muhaimi Suhaili

 

 

Pengenalan

Dalam penulisan akademik, kejelasan dan gaya penulisan sangat penting bagi memastikan sesebuah wacana itu disampaikan dengan tepat dan berkesan. Penulisan akademik yang menggambarkan tahap keintelektualan seseorang dalam menyampaikan gagasan dan menjadikan idea yang disampaikan itu benar-benar ilmiah, berfakta dan mempesonakan pembaca yang inginkan ilmu. Oleh itu sesuailah dengan sifat-sifat yang harus ada dalam wacana itu seperti jelas, berobjektif,  penggunaan bahasa formal, dan penulisan ayat yang jelas. Selain itu aspek penulisan juga amat menekankan perkembangan idea secara logik. Dalam bahagian ini aspek koheren dan kohesif akan dibincangkan dengan mengambil kira pandangan beberapa tokoh tentang aspek-aspek yang harus ada dalam aspek dan kohesif ini.

 

Konsep kejelasan dan gaya bahasa

Kamus Dewan (1998) mentakrifkan kejelasan ialah perihal sifat, keadaan yang jelas, nyatanya, terangnya; manakala gaya pula ialah cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutama yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Selain itu, takrifan penulisan turut dinyatakan yang bermaksud perihal atau kegiatan menulis iaitu mengarang dan lain-lain. Kejelasan dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang tepat dan tidak meleret-leret, istilah-istilah yang konkrit, tidak kabur dan tidak terlalu umum. Nilai kejelasan ini berkaitan secara rapat dengan nilai-nilai yang lain yang dihuraikan kemudian (Mohd. Sidin, 1996). Dalam penulisan, gaya yang baik ialah seperti memakai sepasang kasut yang baik. Anda tidak mengamat-amatinya. Gaya menulis bergantung kepada subjek dan pembaca. Ini bermakna gaya menulis dalam sesuatu subejk bagi satu golongan pembaca berbeza daripada gaya yang digunakan dalam sebuah buku lain untuk golongan pembaca yang lain (Klitgaard, 1983).

 

Penggunaan bahasa formal

Bahasa yang formal ialah bahasa yang digunakan memenuhi aspirasi penulisan akademik yang menjadi ciri penting dalam penulisan. Penggunaan bahasa yang formal bermaksud bahasa yang digunakan itu berstatus rasmi dan memenuhi ciri-ciri penulisan akademim tersebut. Antaranya ialah pemilihan perkataan yang tepat. Contohnya:

  1. Kebanyakan mereka yang saya temu bual kepada Kebanyakan subjek kajian.

Begitu juga penggunaan bahasa yang ringkas dan tepat agar mesej yang disampaikan benar-benar berkesan. Contoh kata-kata yang ringkas dan tepat ialah:

  1. Apa yang jelas kelihatan daripada dapatan kajian ini ialah kepada Dapatan kajian ini menunjukkan.

Penulisan akademik yang baik akan mengetepikan unsur-unsur penggunaan bahasa lisan yang kelihatan dalam penulisan. Oleh itu, elakkan penggunaan kata-kata lisan hingga terbawa-bawa perkataan hingga mengikis ciri-ciri keakademikannya. Contoh:

  1. saya, anda, nak, duduk sajalah;

Variasi dalam ayat juga amat penting terutama penggunaan ayat aktif dan pasif. Penulisan haruslah menggunakan ayat aktif dan pasif mengikut kesesuaian iaitu berdasarkan penegasan terhadap subjek yang hendak diberi penekanan. Contoh:

  1. Kajian ini memfokuskan teknik mnemonik dalam pembelajaran atau Teknik mnemonik dalam pembelajaran difokuskan dalam kajian ini.

Selain itu, gunakan fikiran, bukan emosi dalam menyampaikan mesej hingga menulis perkataan seperti:

  1. Memanglah keadaannya begitu meskipun nampak tidak betul sahaja tingkah lakunya.

 

Penulisan secara objektif

Penulisan secara objektif ialah gaya penulisan yang melaporkan sesuatu idea atau gagasan, atau kejadian dengan bahasa yang tepat serta ringkas. Penulisan dalam jurnal atau laporan terhadap sesuatu kejadian itu disampaikan dengan tepat dan benar. Penggunaan ayat pasif yang tepat dan penggunaan kata nama yang sesuai berbanding kata kerja dengan bersubjekkan saya, seperti:

  1. Saya mengutip data ini kepada Data ini dikutip.
  2. Saya mencadangkan supaya kepada Dicadangkan supaya, dan
  3. Dalam catatan ini saya akan mengupas kepada Tulisan ini mengupas.

 

Penulisan ayat yang jelas

Penulisan yang jelas akan memastikan sesebuah penulisan itu mempunyai isi yang mencukupi dan sangat tepat. Meskipun isinya berkembang dan dihuraikan, namus penulisan ayat yang jelas tetap dikekalkan tanpa dipengaruhi panjang atau pendeknya sesebuah wacana itu. Menurut Asmah (2009), kejelasan teks dalam penulisan ditakrifkan sebagai teks mestilah jelas, yakni mudah dibaca. Kejelasan teks terletak pada penyusunan idea dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan yang memberi kesan kesepaduan teks. Dua faktor ini membawa kita kepada ciri koherensi dan kohesi. Perkembangan idea secara logik : koheren dan kohesif.

 

Perkembangan idea secara logik: koheren dan kohesif

Kohesi

Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistic dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Contohnya:

  1. Ali dan adiknya pulang ke kampung untuk berhari raya. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya.

Kohesi antara ayat-ayat di atas wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana  (Nik Safiah, Farid, Hashim & Abdul Hamid, 2008).

Tautan dalam kajian yang pernah dibuat oleh Sanat (2002) mendefinisikan tautan sebagai hubungan antara sesuatu unit teks dengan unit teks yang lain melalui peranti tautan. Hubungan bentuk lingusitik itu dikatakan boleh berlaku secara hubungan semantik. Melalui Model Tautan Pindaan (MTP), beliau membahagikan tautan kepada tiga jenis utama iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat. Untuk perbincangan kohesi atau tautan ini, penulisan ini hanya berfokus kepada tautan penghubung ayat sahaja yang terdiri daripada tautan penghubung ayat tambahan, tautan penghubung ayat tentangan, tautan penghubung ayat sebab – musabab, tautan penghubung ayat waktu, dan tautan penghubung ayat terusan.

 

  1. Tautan penghubung ayat tambahan

Antara contohnya: Dan, Dengan lain-lain perkataan, Atau, Tegasnya, Selain dari itu, Lebih-lebih lagi, Apalagi, Malah, Umpamanya, Malahan, Ertinya, Juga, Ataupun, dan Dalam pada itu.

Penterjemahan komik sebenarnya mampu mengangkat budaya sesuatu masyarakat untuk pergi lebih jauh. Malah, komik mampu menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti yang diterapkan oleh masyarakat Jepun.

Wan Halizawati Wan Mahmood, 40-43.

  1. Tautan penghubung ayat Tentangan

Antara contohnya: Bagaimanapun, Hanya, Tetapi, Namun demikian, Walau bagaimanapun, Dalam keadaan demikian jua pun, Biarpun begitu, Cuma, Sebaliknya, Sebenarnya, Memang, dan Walaupun begitu.

Di samping itu, kaedah ini dapat mengisi kekosongan di dalam kelas yang sering diselitkan dengan kaedah kuliah semata-mata tanpa ada aktiviti yang menyeronokkan pelajar. Oleh sebab itu, berbagai-bagai cara yang digunakan oleh guru dan pakar pendidikan dunia untuk menjadikan pengalaman belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan (Ahmad Fadzli, 2009). Penggunaan mnemonik ini bukan sahaja menyeronokkan malah dapat meningkatkan kerjasama antara ahli kumpulan. Dengan penggunaan kaedah ini sekurang-kurangnya guru tidak bergantung kepada kaedah kuliah semata-mata atau menggunakan satu kaedah sahaja. Tambahan pula, guru-guru juga dapat bereksperimen bagi meningkatkan ingatan pelajar-pelajar terhadap apa yang diajar.

 

iii. Tautan penghubung ayat sebab - musabab

Antara contohnya: Berhubungan dengan ini, Maka, Yang demikian, Oleh itu, Kerana, Sebab, Dengan demikian, Dengan begitu, Seperti yang telah diterangkan, Dengan begini, Maka itu, kerana itu, dan Maka itulah.

Maka, di sinilah letaknya pokok persoalan; bagaimanakah rupa wajah bahasa yang bahagia? Sebelum menanggapinya, kita perlu terlebih dahulu bergulat dengan pertanyaan ini; adakah benar Bahasa yang memberikan rasa bahagian kepada manusia?

Mohd Tarmizi Hasran, 26-28.

  1. Tautan penghubung ayat waktu

Antara contohnya: Sekarang pun, Pertamanya, Yang kedua, Kesimpulan, sehingga hari ini, Sehingga…nanti, Kemudian, dan Pendeknya.

Kesimpulannya, mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahasa Melayu sama sekali bukan sekadar di pinggran tetapi sudah terlalu tinggi peranannya semenjak bermulanya sejarah kewujudkan bahasa Melayu.

Saiman, 30-33

  1. Tautan penghubung ayat terusan

Sekarang.

Dari Masjid Muhammad, kami berjalan lebih kurang 200 meter menuju ke Hogia Sophia yang terletak di Istanbul itu. Bangunan yang berusia lebih 17 dekad itu seperti benteng-banteng konstinapel yang masih berdiri tegak di jajaran sepanjang Kawasan bandar raya dua benua itu.

 

Koheren

Menurut Kamus Dewan (1998), koheren diertikan sebagai ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam sesebuah wacana supaya mudah difahami. Manakala runtutan pula didefinisikan sebagai deretan, jajaran, leretan. Runtutan merujuk kepada kualiti persepsi sesebuah teks secara relatif sehingga dapat difahami (Sanat, 2002)

Koheren yang juga dikenali sebagai runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bemakna. Contohnya:

Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya Bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat telaah tersebar luas ke seluruh dunia, ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi Bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan Bahasa Inggeris.

Dalam contoh di atas, kesinambungan idea terjalin melalui perkataan dan frasa teknologi maklumat dalam ayat pertama, Bahasa asas bidang ini dalam ayat kedua, tersebar luas ke seluruh dunia dalam ayat ketiga, dan berlaku penyesuaian dan penggunaan Bahasa lain dalam ayat keempat. Keempat-empat ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren daan bermakna.  (Nik Safiah et al. 2008)

Menurut Asmah (2009), faktor penting untuk mencapai koherensi ialah susun atur ayat dan susun atur idea atau fakta. Ini bermakna bahawa dalam susun atur ayat termaktub susun atur fakta. Serentetan tindakan, peristiwa dan sebagainya disusun mengikut tahap-tahap berlakunya dan ini mempunyai perkaitan dengan masa. Selanjutkan beliau mengkategorikan koheren ini kepada empat iaitu susun atur lazim (nomal ordering), susun atur berdasarkan peristiwa, susun atur bilazim (abnormal ordering), dan susun ataur bebas (free ordering).

 

  1. Koheren: Susun atur lazim (normal ordering)

Contoh yang berikut ini menunjukkan perkaitan linear berdasarkan tahap-tahap tindakan, dan tahap-tahap ini dihuraikan dalam ayat satu demi satu.

Tugas jawatankuasa kecil ini ialah mengkaji sama ada pelaksanaan sistem pelajaran dan kurikulumnya sekarang daoat melahirkan keperluan tenaga rakyat, jangka pendek dan jangka Panjang. Untuk tugas ini, Jawatan Kuasa Kecil Rakyat telah menubuhkan  dua kumpulan kerja, satu mengkaji sistem pelajaran dan satu lagi mengkaji kurikulum di semua peringkat pelajaran dan kedua-duanya mengemukakan syor-syor kepada Jawatankuasa Tenaga Rakyat.

Susun atur seperti yang terdapat dalam petikan di atas itu diberi nama susun atur lazim (normal ordering), dan susun atur inilah yang biasa digunakan dalam penulisan akademik. Penghuraian akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita menggunakan susun atur ini.

 

  1. Koheren: Susun atur berdasarkan peristiwa

Dari Masjid Muhammad, kami berjalan lebih kurang 200 meter menuju ke Hogia Sophia yang terletak di Istanbul itu. Bangunan yang berusia lebih 17 dekad itu seperti benteng-banteng konstinapel yang masih berdiri tegak di jajaran sepanjang Kawasan bandar raya dua benua itu.

Contoh yang di atas ialah susun atur peristiwa yang digambarkan perjalanan penulis ketika berjalan kaki dari Masjid Muhammad ke Hogia Sophia. Persepsi penulis ditunjukkan melalui Hogia Sophia yang dibandingkan keutuhannya sama dengan benteng-banteng konstinapel yang masih berdiri tegak hingga sekarang yang terletak di bandar raya yang lebih dikenali sebagai Istanbul itu. Susun aturnya seperti di bawah:

 

iii. Koheren: Susun atur bilazim (abnormal ordering)

TIADA yang lebih indah dan besar ganjarannya selain dapat berbakti kepada kedua ibu bapa. Namun bagaimana pula buat mereka yang telah kehilangan kedua-dua insan tercinta itu? Bagi penceramah terkenal Indonesia, Ali Saleh Mohammed Ali Jaber atau lebih dikenali sebagai Ali Jaber, anak-anak masih berkesempatan untuk berbakti dan membuat kebaikan terhadap ibu bapa meskipun mereka sudah tiada. Menurut pendakwah kelahiran Madinah itu, ia adalah dengan mengeluarkan sedekah yang dilakukan atas nama ibu bapa tidak kira di mana sahaja terutama di kawasan yang boleh memberi manfaat sejagat.

Hisyamuddin (2019)

Berdasarkan wacana contoh di atas, pada ayat pertama membicarakan tentang kebaktian kita kepada ibu bapa yang pdrgi dahulu daripada kita yang mempunyai ganjaran yang sangat besar. Pada ayat kedua pula tentang kesempatan seseorang untuk berbakti kepada orang tuanya meskipun mereka sudah tiada menurut Ali Jaber. Ayat ketiga pula menyatakan tentang amalan sedekah atas nama ibu bapa yang telah pergi merupakan kesempatan yang boleh direbut oleh seseorang,  Walaupun ketiga-tiga ayat itu membicarakan hal yang tidak sama, tetapi kerangka keseluruhan wacana itu bercerita tentang tema amalan bersedekah ini.

 

  1. Koheren: Susun atur bebas (free ordering)

Kelibatnya yang baru keluar dari Pusat Islam itu bak bidadari yang sopan. Memang matanya seperti sinar purnama yang boleh memanah sanubari. Bibirnya pula seperti semerah mekar buah delima. Kulit pipinya seperti telur yang baru dikupas. Apabila minum air kelihatan mengalir dari batang lehernya.

Setiap ayat di atas mempunyai susun atur yang bebas apabila mempunyai fokus masing-masing seperti perbicaraan  tentang kelibat, mata, bibir, pipi dan kecerahan kulitnya. Namun, keseluruhan tema wacana tersebut membicarakan kecantikan seorang wanita.

 

Langkah-langkah dalam penulisan

- Memilih masalah / topik penulisan

- Mengumpul maklumat atau data untuk penulisan

- Menyusun / mengorganisasikan data untuk menghasilkan satu penulisan yang baik

- Meneliti semula hasil penulisan dengan membuat penambahbaikan

- Menyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

 

Penutup

Oleh itu, kejelasan dalam penulisan akademik sangat penting bagi memastikan hala tuju penulisan itu mencapai matlamatnya.

 

Rujukan

Asmah Omar (2006). Panduan wacana akademik  Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hisyamuddin Ayub. (2019, Mac, 19). ‘Jambatan’ pahala buat roh ibu bapa. Utusan Online. Retrieved from: http://www.utusan.com.my

Mohd Tarmizi Hasran. (2018, Disember). Penterjemahan komik. Dewan Bahasa, 12, 26-28.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1996). Ketrampilan menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Osman, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom (Ketua Editor). (1998). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.A. Klitgaard. (1983). Pegangan pengarang petua dan proses. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saiman Abdul Wahab. (2018, Disember). Bahasa Melayu sekadar di pinggiran. Dewan Bahasa, 12, 30-33.

Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam wacana Bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Nur Hidayah Othman Bakar. (2017, Disember). Pembentukan prinsip psikolinguistik. Dewan Bahasa, Bil. 12, 46-47.

Wan Halizawati Wan Mahmood. (2018, Disember). Penterjemahan komik. Dewan Bahasa, 12, 40-43.

 

*****

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini147
Semalam154
Minggu Ini771
Bulan Ini3081
Jumlah Pelawat143438

Who Is Online

2
Online

2024-04-19