Rentak Kita

Padang Kota Lama menggamit kenangan lama

 

Oleh Muhaimi Suhaili

 

BERSIAR-SIAR di Padang Kota Lama cukup mengujakan.

Sudah hampir 10 tahun tidak ke sini meskipun beberapa kali sudah ke "Tanjung".

Tanjung ialah nama yang diberikan kepada Pulau Pinang yang berlokasikan Georgetown.

Itu menurut rakanku ketika menyelusuri sekitar laluan pantai menghala ke destinasi yang dituju.

Aku pernah bertandang di sini. Rasanya 10 tahun yang lepas.

Seingat aku, ketika itu, masa petangnya dihabiskan dengan berlari di Padang Kota.

Tiga kali petangnya pada masa itu dinikmati dengan membuat pusingan di Padang Kota Lama.

Pada masa itu, rasanya tak ada Tebingan Sungai (istilah digunakan untuk kuching Waterfront) yang aku kira telah berjaya mempersonakan pengunjung, sama ada dari  tempatan mahupun dari luar negara.

Binaan luas ini menghadap hamparan laut di depannya sedangkan di belakangnya ialah Padang Kota Lama yang tetap pendek rumputnya.

Ketika cerita ini ditulis, sebenarnya aku sedang duduk di tebingan ini dengan angin lembut dan sekali sekali deras membelai belakangku, dan dinginnya menyusuk hingga ke tulang. Pada masa ini jam 7.17 petang.

Apakah menariknya Padang Kota Lama ini pada pengunjung seperti aku ini?

Aku ingin melihat bahawa tempat ini memang boleh menjadi tempat santai-santai bagi mereka yang mahu melepaskan penat bekerja.

Kita boleh melihat laut di hadapannya. Ketika artikel ini ditulis, sebuah kapal persiaran sedang menuju ke terminal. Aegean Paradise.

Tidak kurang juga kulihat, ada sesetengah pengunjung membuat kandungan Tik Tok. Mereka mbuat rakaman secara berpasangan. Mungkin Tik Tok kerana mereka kelihatan membuat aksi-aksi yang biasa dibuat di media sosial itu.

Cuma di sini bukan tempat matahari terbenam rasanya. Kalau tidak pasti menjadi tempat yang paling romantik pada saat ini bagi pengunjung yang ingin merasai nilai keindahan tersebut.

Kelihatan juga sekumpulan keluarga dan beberapa pasangan kelihatan menikmati suasana tepi pantai berdekatan dengan Padang Kota Lama itu.

Pendek kata, tempat ini memang untuk semua peringkat. 

Selain itu, di bahu-bahu jalan kelihatan kereta sudah memenuhi parkir meskipun pada ketika itu bukan pada waktu hujung minggu.

Tidak jauh dari situ, ada tempat makan The Esplanade Park.

Harga makanannya,  berpatutan sama ada minuman atau makan. Harganya, bagiku memang masih murah jika dibandingkan di tempat lain. Standard air RM2.00. Teh lemon, teh tarik atau teh panas.

Selain itu, Padang Kota Lama sebenarnya, sejak dulu memang tempat berlari.

Petang-petang, memang ramai kalangan warga kota, malah pengunjung juga turut berjoging.

Kelihatan juga beberapa orang Mat Saleh turut berjoging.

Kalau aku, memang tempat ini memang pilihan berjoging, kalau tidak petangnya, aku boleh saja berlari sebelah pagi.

Di samping itu, Padang Kota Lama memang sentiasa hidup.

Di padangnya kelihatan sekumpulan remaja sedang bermain bola sepak.

Aktiviti berbasikal dan menyewa basikal memang rancak berlaku. Walaupun tempatnya tidak sehebat pantai kota Georgetown yang lain, tetapi aktiviti beriadah akan menjadikan Padang Kota Lama tetap kekal hidup.

Ada juga kelihatan yang berminat dengan aktiviti memancing.

Ada satu keluarga kelihatan menghampar tikar bersantai sambil makan.

10 tahun tidak berkunjung di sini, apabila tiba tetap menggamit kenangan lama.

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini42
Semalam128
Minggu Ini717
Bulan Ini1496
Jumlah Pelawat147193

Who Is Online

1
Online

2024-05-11