Rentak Kita

Emergency declaration - Keganasan - Kapal Terbang - Sisi Asia

Emergency declaration - Keganasan - Kapal Terbang - Sisi Asia

MENONTON filem versi Asia perihal keganasan dan "kehidupan di dalam kapal terbang", memang terasa teruja apabila kita sebelum ini biasa "disogokkan" dengan filem-filem Hollywood dari Barat.

Tangkap layar - Para pelakon Emergency Declaration

Penceritaan kehidupan memang berat sebelah apabila kandungan sarat dengan kehidupan barat kerana banyaknya filem Hollywood merajai arus global.

Kita akan belajar memahami wajah-wajah mereka, pemikiran mereka, sikap dan tindakan mereka, malah banyak menilai cara mereka bertindak dan membuat keputusan.

Kita akan menelan bulat-bulat sisi pemikiran mereka kalau kita tidak berfikir untuk mencari kebenaran.

Kalau peminat filem ingin melihat bagaimana versi Asia menampilkan kisah keganasan dalam filem - Emergency Declaration merupakan filem yang menghiburkan dan sekali gus bangga dengan usaha Korea Selatan menghasilkan filem seumpama ini.

Banyak filem keganasan berada di platform media, namun isu keganasan melalui kehidupan dalam filem sepenuhnya dalam "makmal" kapal terbang merupakan sesuatu yang boleh kita garapkan bersama-sama. 

Yang paling penting, bagaimana pengkisahan dalam filem tersebut boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan kita dalam membentuk kita supaya hidup dengan sejahtera.

Oleh itu, ulasan ini melihat Emergency Declaration sebagai satu bahan pendidikan yang boleh kita jadikan iktibar bersama-sama.

 

 

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini66
Semalam161
Minggu Ini536
Bulan Ini2846
Jumlah Pelawat143203

Who Is Online

2
Online

2024-04-18