Showcase KPPB IPGKRM - Merevolusikan Pendidikan Menangani Perubahan

Showcase KPPB IPGKRM - Merevolusikan Pendidikan Menangani Perubahan

 

OLEH Nur Alia Maisarah binti Mohd Fadhil Ikhwan, Nur Sajidah Flora binti Norizam, & Nur Alya Insyirah binti Mohd Hafizi (Pelajar PPISMP BM2)

DENGAN bertemakan “KPPB Merevolusikan Pendidikan Menangani Perubahan”, Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) telah sempurna diadakan pada 15 Mei 2023 secara dalam talian melalui platform Google Meet.

Showcase peringkat IPGKRM ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Zaidi bin Ishak, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKRM bagi Semester 1, 2023.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata melalui KPPB ini, pelajar dapat berkongsi pengalaman pembelajaran KPPB dan penghasilan Digital Learning Object (DLO) oleh pensyarah.

Beliau berharap KPPB ini bukan sahaja dilaksanakan melalui Pentaksiran Berterusan, malah ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui kuliah dan tutorial.

“KPPB juga menitikberatkan aspek merungkai untuk kejelasan dan aktiviti ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum interaksi kuliah bermula”, katanya.

Gambar: Encik Mohamad Zaidi bin Ishak, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar 

Sebanyak empat jabatan yang membuat pembentangan iaitu terdiri daripada Jabatan Sains Sosial (Pelajar), Jabatan Sains Sosial (Pensyarah), Jabatan Pengajian Melayu (Pelajar) dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Pensyarah). 

Majlis telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, Muhammad Hairunnas bin Mohamad Yunus, diikuti dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa oleh Muhammad Ezzad bin Azhari sebelum ucapan perasmian oleh Pangarah IPGKRM.

Pembentangan dimulakan pada pukul 9.30 pagi oleh Jabatan Sains Sosial.

Sesi pembentangan ini dikendalikan oleh pelajar unit SJHK berdasarkan The Big Idea  (TBI) mereka iaitu Pendigitalan Wadah Memperkasakan Sejarah Tempatan

Jabatan Sains Sosial telah mewujudkan satu laman web yang telah merangka nota-nota sejarah dengan lebih sistematik. 

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Sains Sosial (Pelajar)

Tujuan laman web ini dibina adalah untuk memperkasakan sejarah tempatan melalui digital dan teknologi tanpa melibatkan buku dan kertas dengan menggabungkan semua tajuk dan sukatan yang telah dipelajari di dalam seperti mana dalam DLO tersebut.

Secara umumnya, DLO tersebut dapat membantu pelajar untuk mencari nota secara ringkas. 

Terdapat beberapa penambahbaikan berdasarkan maklum balas diberikan oleh para panel.

Antaranya ialah memasukkan elemen KPPB selain menambah aktiviti pelajar secara interaktif. 

Selain itu, DLO yang dihasilkan juga perlulah mempelbagaikan kandungan mengikut peredaran zaman agar relevan digunakan oleh guru dan murid-murid di sekolah.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan pembentangan KPPB DLO pensyarah dari Jabatan Sains Sosial yang dibentang oleh Encik Akbar bin Amran.

TBI bagi pembentangan KPPB DLO Jabatan Sains Sosial kumpulan dua ini ialah Keharmonian dan Perpaduan Menjelmakan Kesempurnaan

Terdapat dua kursus yang telah digabungkan iaitu melibatkan interdisciplinary kursus Ensembel Nyanyian dan Asas Muzik II. 

DLO yang dibina telah berjaya menyerlahkan bakat pelajar melalui penghasilan muzik video serta tugasan yang diberikan yang juga dimuat naik di dalam laman web. 

Gambar: Pembentangan oleh Encik Akbar bin Amran (DLO-KPPB Pensyarah), Jabatan Sains Sosial

Selain itu, Google Form juga digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap pemahaman pelajar dalam proses pelaksanaan KPPB.  

Penyediaan laman web bagi kursus ini merupakan suatu kekuatan dalam memastikan pelajar lebih menghayati topik pembelajaran kursus. 

Namun, beberapa penambahbaikan perlu dibuat antaranya membuat sebuah inovasi untuk memastikan guru di sekolah menguasai mata pelajaran muzik serta menarik pelajar sekolah untuk mempelajari muzik.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan wakil pelajar PPISMP daripada Jabatan Pengajian Melayu dengan TBI Sastera dan Budaya Menjadi Teras Keterampilan Berbahasa. 

 

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Pengajian Melayu (KPPB - Pelajar)

Terdapat empat kursus yang dilaksanakn secara interdisciplinary ini.

Pembentang berkongsi pengalaman pembelajaran mereka melalui aktiviti di luar dan berkolaboratif dengan rakan pembelajaran di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. 

Selain itu, terdapat pelbagai produk yang dihasilkan melalui kursus-kursus ini.

Antaranya ialah penghasilan buku cerita kecil dan aktiviti teromba sebagai satu daripada bahan untuk Modul Aulad Sejahtera khusus untuk murid-murid prasekolah. 

 

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Pengajian Melayu (KPPB - Pelajar)

Cadangan daripada ahli panel ialah menerbitkan buku modul Aulad Sejahtera secara digital agar dapat diakses oleh semua guru di sekolah. 

Berdasarkan aspek pembentangan, ahli panel memberikan cadangan agar moderator setiap kumpulan perlulah menjelaskan tajuk utama pembentangan yang hendak disampaikan agar mudah difahami isi utama oleh penonton.

Showcase pembentangan KPPB Pelajar/DLO KPPB Pensyarah diakhiri dengan pembentangan dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral oleh Dr. Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah.

TBI yang dipilih untuk melaksanakan KPPB ini ialah Pemangkin Kesejahteraan Ummah. 

Gambar: Pembentangan daripada Jabatan Pengajian Islam dan Moral oleh Dr. Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah (DLO KPPB Pensyarah)

Jabatan Pengajian Islam dan Moral turut berkolaboratif dengan rakan pembelajaran di luar dalam mendalami ilmu fiqh kerana ilmu ini merupakan suatu konsep untuk mencapai kesimpulan akhir tentang sesuatu isu yang dibincangkan. 

Majlis diteruskan dengan rumusan oleh Ketua Panel iaitu Encik Muhaimi bin Suhaili untuk memberikan rumusan sepanjang showcase berlangsung. 

Menurut beliau, selepas showcase ini pelajar dan pensyarah boleh membuat refleksi untuk redesign aktiviti yang akan datang untuk tujuan penambahbaikan.

Selain itu, beliau juga menyatakan setiap kursus yang ditaksir perlulah mempunyai DLO kerana penggunaan DLO merupakan komponen yang penting dalam elemen reka bentuk pembelajaran melalui pemanfaatan digital serta memperkasakan model 3E.

Selesai sahaja ulasan daripada Ketua Panel, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu IPGM serta sesi bergambar bersama ahli-ahli panel serta pembentang yang terlibat.

 

*****

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini18
Semalam140
Minggu Ini433
Bulan Ini1212
Jumlah Pelawat146909

Who Is Online

1
Online

2024-05-09